Pages

29 January 2018

Ingin Detoks Badan Anda? Ini adalah 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Detok adalah salah satu langkah penting untuk mencapai kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan. Melalui detok anda dapat menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga, melegakan kembung dan sembelit, mengatasi nafsu makan,meningkatkan kualiti tidur anda,mengurangkan tekanan, memperkuatkan sistem pertahanan badan,dan memperbaiki tekstur kulit.

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks


Apakah yang dimaksudkan dengan Detok?
Detok adalah cara badan untuk membersihkan tubuh daripada racun. Detok dilakukan dengan pelbagai cara. Ada yang melakukannya dengan hanya mengamalkan makan jus buah dan sayur, dan ada juga dengan cara yang lebih mudah iaitu menghindari diri daripada makan makanan yang mengandungi gula, garam, kafein dan alkohol

Anda yang biasa makan makanan yang tidak sihat akan merasa lebih segar dan sihat selepas mengamalkan detok. Tubuh terasa lebih ringan, lebih muda dan lebih bertenaga. Anda juga akan mengalami penurunan berat badan.

Tetapi apakah jenis makanan yang membantu dalam proses detok ini? Dalam entry ini Balkis akan terangkan 11 jenis makanan yang dapat membantu dalam proses detok 

11 Makanan Utama Untuk Menyokong Proses Detok

1) MILK THISTLE

Milk Thistle merupakan teman baik kepada hati; ia membantu menyihatkan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru dari rosak disebabkan toksin yang sama.

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks



Bagaimana milk thistle boleh menjadi teman baik hati anda?

Silymarin, adalah campuran flavonoid yang berasal dari benih milk thistle, yang bertindak sebagai antioksidan dan mencari radikal bebas serta menghalang dari merosakkan sel-sel. Silymarin meningkatkan tahap glutathione dalam hati, berfungsi untuk membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubat-ubatan yang boleh diperolehi dari kaunter seperti acetaminophen).
Di samping itu, flavonoid yang kompleks didalam susu thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak; oleh kerana itu ia digunakan untuk merawat mereka yang menghidapi hepatitis serta sirosis (kerosakan hati).
Kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal telah menunjukkan bahawa silymarin berfungsi untuk menghalang kerosakan hati yang disebabkan oleh toksin seperti dari alkohol'. Kajian juga telah membuktikan bahawa susu thistle dapat menghalang penyakit Alzheimer, kanser usus besar dan kanser prostat
Bayangkan sekiranya susu thistle ini mampu melawan penyakit yang serius, tidak mustahil ia juga boleh merawat organ hati dengan menggunakan penyahtoksidan yang biasa. Penggunaan susu thistle telah berabad-abad lamanya semenjak zaman Yunani purba kepada lnggeris dalam abad ke-17 sehingga zaman kedoktoran Amerika pada abad ke-20; penggunaan susu thistle yang telah berabad lamanya dan beratus kajian yang telah dijalankan untuk menyokong keberkesanannya, sudah pasti susu thistle adalah sahabat hati anda!

2) DANDELION

Adakah anda tercari-cari nutrisi untuk menyokong hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik buah pinggang dan hati, namun dandelion yang bersifat penyembuh telah diiktiraf sejak zaman purba lagi.

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks


Pada zaman India kuno, dandelion telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti demam kuning, sirosis dan pembesaran hati. Dalam perubatan Cina, dandelion adalah antara herba terbaik untuk merawat kencing manis, penyakit hati, buah pinggang dan masalah penghadaman.

Apa yang membuatkan dandelion sangat terkenal? 
Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan beta-karotena, termasuk mineral seperti zink, besi, kalium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi unsur polisakarida, yang sama yang ditemui dalam sesetengah spesis cendawan yang dikaitkan mempunyai sifat-sifat antitumor. 
Sebatian dalam dandelion menyumbang kepada kedua-dua fungsi hati dan buah pinggang; dandelion juga boleh bertindak sebagai julap untuk memperbaiki sistem penghadaman dan membuang toksin melalui air kencing. Dandelion adalah lebih daripada sekadar bunga atau rumpai yang anda lihat - ia adalah sumber terbaik untuk detoks!
3) SCHIZANDRA CHINENSIS
Schizandra Chinensis atau lebih dikenali sebagai "S.C." Penggunaan herba anti-stres ini sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksida S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks di dalam badan serta berupaya untuk merawat penyakit mental dan fizikal, termasuk rawatan penyakit kencing manis 

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Dalam kajian terbaru, atlet yang diberikan S.C. telah mengalami penurunan paras kortisol hormon stres. Schizandra Chenensis telah meningkatkan keupayaan badan terhadap tekanan persekitaran, pendedahan toksin, kebimbangan, emosi dan penyakit mental
Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan jumlah lemak di dalam hati. S.C. terbukti telah berjaya mengurangkan aktiviti pengumpulan lemak di dalam hati, mencegah kecederaan hati, dan mengurangkan keradangan hati. Bagi pesakit kencing manis, S.C. bermanfaat untuk mengurangkan tahap glukosa selepas makan
4) CENDAWAN REISHI

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Kulat ini digelar "Cendawan keabadian" dan "Herba ajaib"! oleh kaum Cina. Adakah ia dikenali dengan nama samarannya? Kebaikan utama yang terdapat di dalam cendawan reishi termasuklah keupayaan terhadap sistem imun, sifat-sifat anti-oksida dan anti histamine serta daya tahan sel hati dari jangkitan bakteria dan toksin 
Apakah lagi kelebihan dan kebaikannya? 
Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk memerangi kemunculan penuaan (or melambatkan proses penuaan). 
Selain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi sebagai sokongan sistem imun, hormon, dan kawalan tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya cendawan Reishi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaat yang diberikan kepada tubuh anda dalam pelbagai cara.
5) KUNYIT
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Curcumin mungkin tidak semeriah atau seindah namanya, tetapi tahukah anda ianya kerap digunakan dalam masakan India dan Asia? lni kerana curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit atau rempah ratus , dan agen penting untuk warna kuning.
 Waiau bagaimanapun, khasiat bukan hanya terdapat didalam warna dan rasanya sahaja, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk badan dan otak anda.
Tekanan oksidatif dan pengoksidaan adalah salah satu penanda yang digunakan oleh para ahli biologi untuk menentukan paras kesihatan dan curcumin anda, komponen utama kunyit, berupaya untuk anti-radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu pengoksidaan daya tahan badan anda.
Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, curcumin menyokong memori yang jelas dan kuat dengan meningkatkan tahap hormon di dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.
6) ARTICHOKES
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Anda mungkin tahu artichoke adalah sejenis makanan, tetapi ianya hanya boleh dimakan untuk tempoh masa yang singkat, dan selepas itu ia tidak seperti yang anda lihat di pasar raya. lni kerana artichoke tergolong dalam kumpulan thistle yang ditanam sebagai makanan dan bahagian yang boleh dimakan adalah putik bunga itu sendiri sebelum ianya kembang mekar.
Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dalam serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain yang mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silimarin yang tinggi.
MENGAGUMKAN BUKAN?
Jadi, adakah anda tahu bahawa artichokes mempunyai hubungkait yang rapat untuk hati dan detoks? Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan meningkatkan kelajuan apabila hempedu dirembeskan daripada hati.
 Hempedu ini dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan apabila anda makan; artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu22 Kekurangan jumlah hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. Oleh yang demikian, artichoke memainkan peranan yang besar apabila anda ingin mendapatkan hempedu dalam sistem anda mengalir dan membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu
7) ALFAFA
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Anda mungkin tahu bahawa alfalfa dikenali sebagai 'bapa makanan,' Jadi pastinya anda dapat agak betapa berkhasiatnya ia! Alfalfa adalah gudang kepada 300 jenis nutrisi bilamana akar tunjangnya mencecah kedalaman 6 meter, mencari keluar vitamin dan mineral daripada deposit di dalam tanah.
Alfalfa mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan ditambah dengan jumlah klorofil yang sangat tinggi. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat, membantu melawan kebimbangan dan menyahtoksin darah. lnginkan sistem penghadaman yang sihat dan darah.
8) DAUN SENNA

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks


Sembelit! la merupakan satu pengalaman yang tidak selesa.Realitinya, ia adalah satu perkara yang biasa, berulang kali terjadi dan merupakan masalah kesihatan yang sering dialami disebabkan pengambilan serat yang rendah dan dehidrasi. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia 45.5% daripada subjek mempunyai isu-isu yang berkaitan dengan sembelit dalam tempoh 5-15 tahun, dan 27.7% daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mengalami sembelit
 Untuk pengetahuan anda, daun senna adalah herba kolon aktif yang boleh membantu proses sembelit kerana ianya bertindak sebagai julap semulajadi untuk mengalakkan kolon yang tidak aktif kembali bekerja. la juga berkesan untuk menghilangkan ketidakselesaan dan daun senna didapati berkesan untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit
9) POLIFENOL
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Beberapa faktor boleh menyebabkan keradangan yang kronik termasuk pendedahan untuk jangka masa yang panjang terhadap tekanan, toksin alam sekitar, pengambilan nutrisi yang tidak seimbang, mikrob atau jangkitan virus. Kesan keradangan yang berpanjangan boleh merosakkan sel-sel dan membawa kepada pelbagai penyakit metabolik, penuaan pramatang, penyakit jantung koronari dan aterosklerosis (pengumpulan plak dalam arteri)
Polyphenols, adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, bertindak sebagai antioksidan dan anti-radang yang hebat untuk merawat kerosakan sel badan akibat keradangan dan pelbagai isu kesihatan yang berkaitan dengannya. Hasil kajian yang dijalan di seluruh dunia mendapati polyphenols menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti:
  1. Melindungi hati daripada penyakit kardiovaskular
  2. Mengurangkan risiko penyakit neurodegenerative (seperti Parkinson dan Alzheimer)
  3. Meningkatkan kelembapan kulit untuk lebih anjal dan muda
  4. Meningkatkan insulin
Kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang adalah merupakan makanan yang mengandungi polifenol yang tinggi. Jadi, amalkan pengambilan buah dan sayur di dalam makanan harian kita bagi memastikan tubuh anda dilindungi dari radikal bebas, pengoksidaan dan radang

10) PUDINA
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks
Pernahkah anda mengalamai sebu atau mungkin seperti seluar ketat? Adakah perut anda sentiasa dalam kesakitan atau adakah anda berasa seperti ia membengkak atau mengembung seperti belon selepas makan? lni adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami kekembungan. Sekiranya tanda-tanda ini dialami untuk tempoh masa yang panjang atau kerap, ini bermakna anda memerlukan detoks.
Kekembungan selalunya terjadi disebabkan oleh senak akibat makan berlebihan serta penghasilan tahap cecair pencernaan dan enzim yang rendah. la biasanya terjadi kepada pesakit-pesakit yang menghidapi masalah usus dan sembelit. Perut menjadi kembung. Apabila perut anda mengembang keluar di luar lilitan biasa dan ini adalah tanda yang jelas bahawa anda mengalami kembung perut. la bukan sahaja menyebabkan rasa yang tidak selesa, bahkan ia kurang elok dipandang.
Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kembung perut anda. Pudina melegakan kekejangan otot dan membantu (GI) saluran pencernaan berehat supaya anda boleh melepaskan gas, menawarkan analgesik dan kesan anestetik untuk meredakan sebarang kesakitan. Kajian klinikal juga menunjukkan pudina yang mempunyai manfaat kesihatan lain seperti berfungsi sebagai anti-mikrob dan anti-virus, berkeupayaan sebagai antioksidan dan anti-tumor yang kuat serta bertindak sebagai anti alahan. Pengambilan pudina boleh menghilangkan kesakitan kembung perut.
11) HALIA
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Seperti pudina, halia adalah sumber terbaik untuk membantu mengatasi masalah kembung perut.Budaya India dan Asia telah beralih kepada halia untuk merawat ulser, penyakit gastrousus dan kembung.
Secara tradisinya, halia biasanya digunakan untuk merawat senak kerana ia merangsang pengeluaran air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus. Dipercayai bahawa komponen­-komponen halia yang aktif, seperti gingerol, menjadikan ianya ubatan yang terkenal untuk melegakan rasa loya dan muntah. 
Menurut beberapa kajian klinikal, di samping membantu menghilangkan ketidakselesaan di saluran pencernaan, halia juga boleh mengurangkan gejala-gejala artritis. Perap semalaman makanan anda dengan halia atau minum secawan teh halia untuk merawat kembung, melawan ulser melegakan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan perut serta ia juga.

Tip untuk Detok : 

Minum air secukupnya (6-8 gelas sehari) supatya tubuh kekal hidrat & melancarkan pembuangan toksin. 

Bosan dengan air kosong? Tambahkan jus lemon untuk rasa lebih selamat






27 January 2018

Miliki Kulit Gebu dan Lembut Secara Semulajadi dengan 1 Langkah Mudah Ini

Kecantikan itu tidak kekal. Oleh kerana itu, kita tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam dengan harapan dapat menghapuskan tanda - tanda penuaan. Jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik anda dengan nutrient yang tepat seperti Coenzyme Q10 ( CoQ10).

miliki kulit gebu dan lembut secara semulajadi dengan  1 langkah mudah ini


Jumlah antioksidan ini adalah tinggi di dalam epidermis  dan ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi. Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan supplemen CoQ10 sangat digalakkan

Manfaat Menakjubkan CoQ10 kepada kulit

miliki kulit gebu dan lembut secara semulajadi dengan 1 langkah mudah ini

1) Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri
CoQ10 antioksidan yang kuat, melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan. Ia juga meningkatkan perlindungan antioksidan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda,yang membawa kepada penuaan pramatang

2) Kulit Kelihatan Lebih Muda
Kehilangan kolagen dan elastin menjadikan kulit anda tegang dan berkedut . Alami pengurangan garis halus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal dengan CoQ10   kerana ia membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit

3) Meremaja dan Meningkatkan Tenaga
Meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan dengan meningkatkan tahap CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semual sel-sel baru dengan lebih efektif


Apakata Mereka yang Dah Cuba CoQ10 ini?

Miliki Kulit Gebu dan Lembut Secara Semulajadi Dengan 1 Langkah Mudah Ini

miliki kulit gebu dan lembut secara semulajadi dengan 1 langkah mudah ini

miliki kulit gebu dan lembut secara semulajadi dengan 1 langkah mudah ini

Ingin mendapatkan vitamin vitamin seperti di atas?Boleh hubungi Balkis di sini : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram : Siti Balkis


26 January 2018

7 Keperluan Nutrisi Bagi Ibu Yang Melahirkan Anak

Tubuh wanita mengalami perubahan yang luar biasa semasa tempoh kehamilan, dan berterusan selepas kelahiran bayi. Semasa tempoh kelahiran bayi, ibu akan mengalami tempoh berpantang dimana terdapat beberapa perkara yang mereka tidak boleh lakukan dalam tempoh tersebut. Tempoh berpatang ini bergantung kepada budaya dan amalan kaum masing-masing

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak


Sebagai contoh, tempoh berpantang bagi kaum Cina adalah 30 hari manakala bagi kaum Melayu dan India pula adalah sehingga 44 hari.Dalam tempoh ini, berbagai amalan dan pantang larang harus diikuti untuk kesejahteraan dan pemulihan badan ibu

Ini adalah bertujuan agar ibu ibu dapat pulih dengan lebih cepat dan bertenaga. Dengan keadaan bayi yang masih kecil, badan anda memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk bersaing dengan keperluan aktif bayi anda

7 Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Bagi Memastikan Ibu Sentiasa Aktif dan Bertenaga

1) B-Complex

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Mengandungi 8 jenis vitamin penting penting untuk  mengurangkan risiko kemurungan semasa dalam tempoh berpantang dan ia adalah baik untuk:

• Penghasilan sel darah merah yang normal
• Fungsi sistem saraf
• Penghasilan tenaga

2) Vitamin C

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Vitamin larut air ini melibatkan pembentukan tisu baru dan membantu mempercepat pemulihan luka. Ia juga:
• Berperanan dalam proses pembaikan sel.
• Membuang jangkitan terutamanya di sekitar kawasan luka.

3) Omega 3

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Baik untuk anda, baik untuk bayi anda! Omega-3 dipanggil asid lemak penting kerana ia tidak disintesis oleh badan dan terbaik diperoleh melalui suplemen. Omega-3:
• Membantu perkembangan otak dan  bayi anda untuk lebih sihat
• Menggalakkan peredaran darah yang baik.
• Membantu mengurangkan keradangan di dalam badan.

4) Kalsium
7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Semasa mengandung, bayi anda mengambil kalsium tulang anda untuk proses pertumbuhan mereka. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kekuatan tulang anda untuk kehidupan masa depan dan ia:
• Memastikan pengaliran saraf dan otot yang baik
• Mencegah kejang otot.

5)Alfafa

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Disifatkan sebagai "bapa kepada semua makanan", alfalfa adalah penggalak susu semulajadi yang memberikan pelbagai manfaat kepada badan dan:
• Makanan untuk tubuh ibu, untuk mendapatkan pemulihan yang lebih pantas.
• Mengandungi serat yang membantu mengawal pergerakan usus, selepas kehamilan.

6) Protein
7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Makronutrien penting yang terlibat dalam proses penyembuhan luka
Protein:
• Menyediakan tenaga yang berkekalan. 
• Menyediakan badan anda untuk pengeluaran susu ibu.
.
7) Multivitamin
Multivitamin adalah makanan utama bagi setiap individu dan ini termasuk ibu-ibu yang menjalani tempoh berpantang.  Multivitamin berfungsi sebagai :
• Memenuhi keperluan makanan dalam diet seharian kita
• Membantu dalam  penghasilan tenaga


Jadi ibu-ibu jangan ambil mudah soal penjagaan kesihatan. Lengkapkan nutrisi keperluan anda supaya anda boleh membina kehidupan yang lebih sihat

Ingin mendapatkan vitamin vitamin seperti di atas?Boleh hubungi Balkis di sini : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram : Siti Balkis


23 January 2018

Ketahui Keperluan Nutrisi Untuk Golongan Lelaki Mengikut Peringkat Umur


Inila masanya menyerlahkan yang terbaik di kalangan lelaki.

Kaum lelaki sering digambarkan sebagai idola dan juga wira. Mereka menguruskan pelbagai perkara penting dalam kehidupan dan sering diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan melaksanakan semua urusan dengan baik.

Ketahui Keperluan Nutrisi Untuk Golongan Lelaki Mengikut Peringkat Umur


Apabila anda sering memberi tumpuan kepada kehidupan seharian, masa anda adalah terhad untuk menjaga kesihatan. Oleh kerana tubuh kita berubah dari semasa ke semasa, keperluan tubuh kita turut berubah.Jadi bagi kaum lelaki yang bakal menghampiri usia 20 atau memasuki usia 40 an, perhatikan perubahan ini dan amalkan pemakanan yang betul untuk prestasi tubuh dan minda yang optimum

1) Usia 20 an

Apa yang akan anda alamiApa yang akan anda perlukan
Metabolisme berada pada tahap tertinggi.Protein
Membantu untuk membentuk dan memelihara otot.

Omega 3
Menyokong sintensis protein dalam otot.
Tenaga yang optimum diperlukan.B-Complex
Mempercepatkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
Kesukaran untuk ambil makanan yang seimbang.Multivitamin
Memenuhi jurang pemakanan anda.
Gaya hidup yang sibuk membuatkan anda mudah sakit.Vitamin C
Meningkatkan imuniti anda.
Paras hormon testosteron berada pada paras kemuncak.Vitamin E
Mengekalkan paras hormon yang sihat dan meningkatkan paras testosteron lelaki.1
2) Usia 30 an

Apa yang anda akan alamiApa yang akan anda perlukan
Berat badan yang berlebihan kerana metabolisme yang rendah.Protein
Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Multivitamin
Menyokong metabolisme badan.
Tekanan dan stres.B-Kompleks
Membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Pendedahan yang berterusan terhadap pencemaran.Vitamin C
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan imuniti.
Risiko yang lebih tinggi terhadap masalah berkaitan dengan jantung.Omega-3
Mengurangkan risiko penyakit jantung2 dengan merendahkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL Cholesterol) & trigliserida.
Merancang untuk mempunyai keluarga.Vitamin E & Selenium
Meningkatkan kadar kesuburan lelaki.3.4
Anda mahukan lebih tenaga, tenaga dan tenaga!Polifenol
Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.
3) Usia 40 an dan ke atas

Apa yang anda akan alamiApa yang akan anda perlukan
Kesukaran untuk mengekalkan berat badan yang ideal walaupun anda aktif secara fizikal.Protein
Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Mutivitamin
Menyokong metabolisme badan.
Kurang tumpuan yang boleh menjejaskan produktiviti kerja anda.B-Kompleks
Meningkatkan daya ingatan dan menyokong prestasi minda yang sihat.5
Tanda-tanda penuaan mula muncul.Vitamin C
Penuaan yang sihat & meningkatkan imuniti.
Mula mengalami ketidakselesaan sendi.Omega-3
Menggalakkan kesihatan dan meningkatkan mobiliti.
Kerap kencing dan tidak lawas.Vitamin E & Selenium
Mengoptimumkan kesihatan dan hormon lelaki.6
Berisiko tinggi untuk osteoporosis.Kalsium
Untuk tulang yang lebih kuat, otot dan sendi yang sihat.
Anda mahukan kehidupan yang penuh bertenaga dan aktif!Polifenol
Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.
Jadi sayangi diri anda wahai kaum lelaki kerana anda merupakan ketua dan hero bagi keluarga. Kekalkan bertenaga dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hilangkan tekanan dan seimbangkan emosi anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti sihat bersama keluarga


21 January 2018

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ada tak pembaca blog dekat sini yang memang minat sangat dengan barang pre-loved?
Ada tak yang ingin dapatkan barangan  pre-loved dengan harga yang berpatutan?

Kali ini Balkis nak kongsikan kedai pre loved item barangan Jepun yang anda boleh lawati dan membeli belah dengan harga yang sangat murah. Serendah RM3  anda sudah boleh membeli barangan yang anda suka. Banyak pilihan terdapat di kedai ini.

Kedai yang Balkis maksudkan adalah Jalan Jalan Jepun yang terletak di One City Store. Ada lagi 1 cawangan yang anda boleh lawati iaitu di 1 Shamelin Mall. Kedai ini sama konsep macam DAISO dan KAISON cuma yang berbeza adalah barangan yang dijual di Jalan Jalan Jepun adalah pre-loved daripada Jepun

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Walaupun barangan pre-loved tetapi keadaan barang masih lagi tip top okay. Kualiti yang bagus tapi  dengan harga yang sangat murah. Jadi kepada anda yang suka bergaya kedai ini memang pilihan yang tepat

Barangan yang dijual terdiri daripada pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Bukan setakat pakaian ada juga barangan mainan dan gadjet untuk kanak-kanak seperti stroller dan carseat . Ada juga dijual barangan dapur seperti cawan, pinggan mangkuk, sudu dan garfu

Nak senang, korang tengok gambar yang Balkis sempat ambilkan ini. Boleh bayang kan tak betapa banyak sangat barang dan pilihan dekat kedai ini. Kedai memang besar sangat dan selesa sebab ada aircond sekali.

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini


Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini


Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini


Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, dalam kedai ini ada disediakan Nursery Room sekali. Selesa sangat bershopping walaupun ada anak kecik. Kebiasaanya kalau anda dah masuk kedai ini, confirm anda dekat disini dalam sejam ataupun 2 jam. Terlupa pula nak ambil gambar nursery room.

Dan bahagian yang paling best adalah anda boleh dapatkan winter coat dekat sini. Bagi yang merancang nak travel pada musim sejuk tetapi tak nak beli winter coat yang mahal, berbagai bagai design anda boleh dapatkan dekat sini. Yelah negara kita bukannya ada musim sejuk pun kan, pakai winter coat pun kekadang aje bila travel, jadi boleh la berjimat dengan datang sini. Kiranya value for money la.

Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini


Ingin Dapatkan Barangan Pre - Loved  Dengan Harga Yang Murah? Anda Wajib Singgah di Kedai Ini
nak bayar pun tak long q. banyak cashier dan cepat aje

Jadi bagi yang berminat untuk datang ke sini, anda boleh Waze aje Jalan Jalan Jepun ini dan pilih la outlet mana yang anda berkenan. Dibuka pada setiap hari termasuk cuti umum pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Alamat Jalan Jalan Jepun adalah : 

One City Store
One City Sky  Park,
Level 1A, Blok A,
Jalan USJ 25/1A, 
47650 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Kuala Lumpur Store
1 Shamelin Mall,
Unit L3-032, Level 3A,
1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur


INSTAGRAM :  jalanjalanjapanmy/

Selamat Membeli Belah ☺☺

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com