Pages

29 January 2018

Ingin Detoks Badan Anda? Ini adalah 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Detok adalah salah satu langkah penting untuk mencapai kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan. Melalui detok anda dapat menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga, melegakan kembung dan sembelit, mengatasi nafsu makan,meningkatkan kualiti tidur anda,mengurangkan tekanan, memperkuatkan sistem pertahanan badan,dan memperbaiki tekstur kulit.

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks


Apakah yang dimaksudkan dengan Detok?
Detok adalah cara badan untuk membersihkan tubuh daripada racun. Detok dilakukan dengan pelbagai cara. Ada yang melakukannya dengan hanya mengamalkan makan jus buah dan sayur, dan ada juga dengan cara yang lebih mudah iaitu menghindari diri daripada makan makanan yang mengandungi gula, garam, kafein dan alkohol

Anda yang biasa makan makanan yang tidak sihat akan merasa lebih segar dan sihat selepas mengamalkan detok. Tubuh terasa lebih ringan, lebih muda dan lebih bertenaga. Anda juga akan mengalami penurunan berat badan.

Tetapi apakah jenis makanan yang membantu dalam proses detok ini? Dalam entry ini Balkis akan terangkan 11 jenis makanan yang dapat membantu dalam proses detok 

11 Makanan Utama Untuk Menyokong Proses Detok

1) MILK THISTLE

Milk Thistle merupakan teman baik kepada hati; ia membantu menyihatkan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru dari rosak disebabkan toksin yang sama.

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks



Bagaimana milk thistle boleh menjadi teman baik hati anda?

Silymarin, adalah campuran flavonoid yang berasal dari benih milk thistle, yang bertindak sebagai antioksidan dan mencari radikal bebas serta menghalang dari merosakkan sel-sel. Silymarin meningkatkan tahap glutathione dalam hati, berfungsi untuk membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubat-ubatan yang boleh diperolehi dari kaunter seperti acetaminophen).
Di samping itu, flavonoid yang kompleks didalam susu thistle menggalakkan pengeluaran protein untuk mencipta sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak; oleh kerana itu ia digunakan untuk merawat mereka yang menghidapi hepatitis serta sirosis (kerosakan hati).
Kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal telah menunjukkan bahawa silymarin berfungsi untuk menghalang kerosakan hati yang disebabkan oleh toksin seperti dari alkohol'. Kajian juga telah membuktikan bahawa susu thistle dapat menghalang penyakit Alzheimer, kanser usus besar dan kanser prostat
Bayangkan sekiranya susu thistle ini mampu melawan penyakit yang serius, tidak mustahil ia juga boleh merawat organ hati dengan menggunakan penyahtoksidan yang biasa. Penggunaan susu thistle telah berabad-abad lamanya semenjak zaman Yunani purba kepada lnggeris dalam abad ke-17 sehingga zaman kedoktoran Amerika pada abad ke-20; penggunaan susu thistle yang telah berabad lamanya dan beratus kajian yang telah dijalankan untuk menyokong keberkesanannya, sudah pasti susu thistle adalah sahabat hati anda!

2) DANDELION

Adakah anda tercari-cari nutrisi untuk menyokong hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik buah pinggang dan hati, namun dandelion yang bersifat penyembuh telah diiktiraf sejak zaman purba lagi.

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks


Pada zaman India kuno, dandelion telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti demam kuning, sirosis dan pembesaran hati. Dalam perubatan Cina, dandelion adalah antara herba terbaik untuk merawat kencing manis, penyakit hati, buah pinggang dan masalah penghadaman.

Apa yang membuatkan dandelion sangat terkenal? 
Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan beta-karotena, termasuk mineral seperti zink, besi, kalium dan selenium untuk menyokong kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi unsur polisakarida, yang sama yang ditemui dalam sesetengah spesis cendawan yang dikaitkan mempunyai sifat-sifat antitumor. 
Sebatian dalam dandelion menyumbang kepada kedua-dua fungsi hati dan buah pinggang; dandelion juga boleh bertindak sebagai julap untuk memperbaiki sistem penghadaman dan membuang toksin melalui air kencing. Dandelion adalah lebih daripada sekadar bunga atau rumpai yang anda lihat - ia adalah sumber terbaik untuk detoks!
3) SCHIZANDRA CHINENSIS
Schizandra Chinensis atau lebih dikenali sebagai "S.C." Penggunaan herba anti-stres ini sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksida S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks di dalam badan serta berupaya untuk merawat penyakit mental dan fizikal, termasuk rawatan penyakit kencing manis 

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Dalam kajian terbaru, atlet yang diberikan S.C. telah mengalami penurunan paras kortisol hormon stres. Schizandra Chenensis telah meningkatkan keupayaan badan terhadap tekanan persekitaran, pendedahan toksin, kebimbangan, emosi dan penyakit mental
Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan jumlah lemak di dalam hati. S.C. terbukti telah berjaya mengurangkan aktiviti pengumpulan lemak di dalam hati, mencegah kecederaan hati, dan mengurangkan keradangan hati. Bagi pesakit kencing manis, S.C. bermanfaat untuk mengurangkan tahap glukosa selepas makan
4) CENDAWAN REISHI

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Kulat ini digelar "Cendawan keabadian" dan "Herba ajaib"! oleh kaum Cina. Adakah ia dikenali dengan nama samarannya? Kebaikan utama yang terdapat di dalam cendawan reishi termasuklah keupayaan terhadap sistem imun, sifat-sifat anti-oksida dan anti histamine serta daya tahan sel hati dari jangkitan bakteria dan toksin 
Apakah lagi kelebihan dan kebaikannya? 
Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk memerangi kemunculan penuaan (or melambatkan proses penuaan). 
Selain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi sebagai sokongan sistem imun, hormon, dan kawalan tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya cendawan Reishi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaat yang diberikan kepada tubuh anda dalam pelbagai cara.
5) KUNYIT
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Curcumin mungkin tidak semeriah atau seindah namanya, tetapi tahukah anda ianya kerap digunakan dalam masakan India dan Asia? lni kerana curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit atau rempah ratus , dan agen penting untuk warna kuning.
 Waiau bagaimanapun, khasiat bukan hanya terdapat didalam warna dan rasanya sahaja, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk badan dan otak anda.
Tekanan oksidatif dan pengoksidaan adalah salah satu penanda yang digunakan oleh para ahli biologi untuk menentukan paras kesihatan dan curcumin anda, komponen utama kunyit, berupaya untuk anti-radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu pengoksidaan daya tahan badan anda.
Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, curcumin menyokong memori yang jelas dan kuat dengan meningkatkan tahap hormon di dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.
6) ARTICHOKES
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Anda mungkin tahu artichoke adalah sejenis makanan, tetapi ianya hanya boleh dimakan untuk tempoh masa yang singkat, dan selepas itu ia tidak seperti yang anda lihat di pasar raya. lni kerana artichoke tergolong dalam kumpulan thistle yang ditanam sebagai makanan dan bahagian yang boleh dimakan adalah putik bunga itu sendiri sebelum ianya kembang mekar.
Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dalam serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain yang mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silimarin yang tinggi.
MENGAGUMKAN BUKAN?
Jadi, adakah anda tahu bahawa artichokes mempunyai hubungkait yang rapat untuk hati dan detoks? Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan meningkatkan kelajuan apabila hempedu dirembeskan daripada hati.
 Hempedu ini dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan apabila anda makan; artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu22 Kekurangan jumlah hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. Oleh yang demikian, artichoke memainkan peranan yang besar apabila anda ingin mendapatkan hempedu dalam sistem anda mengalir dan membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu
7) ALFAFA
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Anda mungkin tahu bahawa alfalfa dikenali sebagai 'bapa makanan,' Jadi pastinya anda dapat agak betapa berkhasiatnya ia! Alfalfa adalah gudang kepada 300 jenis nutrisi bilamana akar tunjangnya mencecah kedalaman 6 meter, mencari keluar vitamin dan mineral daripada deposit di dalam tanah.
Alfalfa mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan ditambah dengan jumlah klorofil yang sangat tinggi. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat, membantu melawan kebimbangan dan menyahtoksin darah. lnginkan sistem penghadaman yang sihat dan darah.
8) DAUN SENNA

Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks


Sembelit! la merupakan satu pengalaman yang tidak selesa.Realitinya, ia adalah satu perkara yang biasa, berulang kali terjadi dan merupakan masalah kesihatan yang sering dialami disebabkan pengambilan serat yang rendah dan dehidrasi. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia 45.5% daripada subjek mempunyai isu-isu yang berkaitan dengan sembelit dalam tempoh 5-15 tahun, dan 27.7% daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mengalami sembelit
 Untuk pengetahuan anda, daun senna adalah herba kolon aktif yang boleh membantu proses sembelit kerana ianya bertindak sebagai julap semulajadi untuk mengalakkan kolon yang tidak aktif kembali bekerja. la juga berkesan untuk menghilangkan ketidakselesaan dan daun senna didapati berkesan untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit
9) POLIFENOL
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Beberapa faktor boleh menyebabkan keradangan yang kronik termasuk pendedahan untuk jangka masa yang panjang terhadap tekanan, toksin alam sekitar, pengambilan nutrisi yang tidak seimbang, mikrob atau jangkitan virus. Kesan keradangan yang berpanjangan boleh merosakkan sel-sel dan membawa kepada pelbagai penyakit metabolik, penuaan pramatang, penyakit jantung koronari dan aterosklerosis (pengumpulan plak dalam arteri)
Polyphenols, adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, bertindak sebagai antioksidan dan anti-radang yang hebat untuk merawat kerosakan sel badan akibat keradangan dan pelbagai isu kesihatan yang berkaitan dengannya. Hasil kajian yang dijalan di seluruh dunia mendapati polyphenols menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti:
  1. Melindungi hati daripada penyakit kardiovaskular
  2. Mengurangkan risiko penyakit neurodegenerative (seperti Parkinson dan Alzheimer)
  3. Meningkatkan kelembapan kulit untuk lebih anjal dan muda
  4. Meningkatkan insulin
Kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang adalah merupakan makanan yang mengandungi polifenol yang tinggi. Jadi, amalkan pengambilan buah dan sayur di dalam makanan harian kita bagi memastikan tubuh anda dilindungi dari radikal bebas, pengoksidaan dan radang

10) PUDINA
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks
Pernahkah anda mengalamai sebu atau mungkin seperti seluar ketat? Adakah perut anda sentiasa dalam kesakitan atau adakah anda berasa seperti ia membengkak atau mengembung seperti belon selepas makan? lni adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami kekembungan. Sekiranya tanda-tanda ini dialami untuk tempoh masa yang panjang atau kerap, ini bermakna anda memerlukan detoks.
Kekembungan selalunya terjadi disebabkan oleh senak akibat makan berlebihan serta penghasilan tahap cecair pencernaan dan enzim yang rendah. la biasanya terjadi kepada pesakit-pesakit yang menghidapi masalah usus dan sembelit. Perut menjadi kembung. Apabila perut anda mengembang keluar di luar lilitan biasa dan ini adalah tanda yang jelas bahawa anda mengalami kembung perut. la bukan sahaja menyebabkan rasa yang tidak selesa, bahkan ia kurang elok dipandang.
Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kembung perut anda. Pudina melegakan kekejangan otot dan membantu (GI) saluran pencernaan berehat supaya anda boleh melepaskan gas, menawarkan analgesik dan kesan anestetik untuk meredakan sebarang kesakitan. Kajian klinikal juga menunjukkan pudina yang mempunyai manfaat kesihatan lain seperti berfungsi sebagai anti-mikrob dan anti-virus, berkeupayaan sebagai antioksidan dan anti-tumor yang kuat serta bertindak sebagai anti alahan. Pengambilan pudina boleh menghilangkan kesakitan kembung perut.
11) HALIA
Rahsia Detok Dengan Selamat? 11 Makanan Utama Untuk Membantu Proses Detoks

Seperti pudina, halia adalah sumber terbaik untuk membantu mengatasi masalah kembung perut.Budaya India dan Asia telah beralih kepada halia untuk merawat ulser, penyakit gastrousus dan kembung.
Secara tradisinya, halia biasanya digunakan untuk merawat senak kerana ia merangsang pengeluaran air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus. Dipercayai bahawa komponen­-komponen halia yang aktif, seperti gingerol, menjadikan ianya ubatan yang terkenal untuk melegakan rasa loya dan muntah. 
Menurut beberapa kajian klinikal, di samping membantu menghilangkan ketidakselesaan di saluran pencernaan, halia juga boleh mengurangkan gejala-gejala artritis. Perap semalaman makanan anda dengan halia atau minum secawan teh halia untuk merawat kembung, melawan ulser melegakan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan perut serta ia juga.

Tip untuk Detok : 

Minum air secukupnya (6-8 gelas sehari) supatya tubuh kekal hidrat & melancarkan pembuangan toksin. 

Bosan dengan air kosong? Tambahkan jus lemon untuk rasa lebih selamat






No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com