Pages

21 September 2017

CARA MENGATASI MASALAH GASTRIK UNTUK SELAMANYA



Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat.Selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.Kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi kalau kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan. Ya allah sakitnya ibarat tuhan aje yang tahu. Kadang kadang sampai guling guling la dekat katil menahan sakit gastrik ni. Sanggup tak kita menahan kesakitan akibat gastrik ini setiap bulan? Takkan nak tanggung kesakitan ini seumur hidup pulak kan. Dah makan ubat doktor pun masih tak baik baik jugak? Jangan risau, Balkis ada cara untuk mengatasi masalah anda ini. 


BAGAIMANA GASTRIK TERJADI?






TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.


Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.

“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.


PUNCA PUNCA GASTRIK
Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit. Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.



CARA UNTUK MENGATASI MASALAH GASTRIK UNTUK SELAMANYA


  • ESP ( Energized Soy Protein)



ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 
.

  • Ostematrix

ostematrix

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.
  • Peppermint Ginger Plus



Peppermint-ginger plus ni adalah pudina segar yang juga mengandungi halia yang hanya ditanam secara organik di negara beriklim sejuk. ia berfungsi untuk mengeluarkan angin dalam perut dan mengurangkan asid berlebihan daripada memenuhi ruang dinding perut. Angin inilah yang membuatkan kita sering muntah kalau terkena agstrik yang teruk. Angin terdapat dalam setiap badan individu, cuma kuantitinya samaada banyak atau sedikit berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Angin juga kekal di dalam perut kerana tingginya asid di dalam perut kita. Bahaya angin adalah kerana ia boleh menyebabkan gas yang boleh menekan urat saraf



Testimoni Set Gastrik Shaklee


"  Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger."




Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dengan vitamin gastrik ni. 

set gastrik balkis


Bagi yang ingin mendapatkan Se Gastrik Shaklee ini bagi mengatasi masalah gastrik anda untuk selamanya, boleh hubungi Balkis dengan whatsapp ke 0192463390 ataupun nak lagi mudah klik aje di link ini  http://anggunblossom.wasap.my
Untuk yang berada di area Selayang, Batu Caves dan Gombak penghantaran adalah percuma. Jom dapatkan segera!!



12 September 2017

TIP MENGATASI MASALAH ASMA DAN RESDUNG SECARA BERKESAN

Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu."
Tu kebiasaan, yang  selalu kita dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Balkis pun fikir macamtu . Tapi apabila ada sedara mara  yang mengidap asma, baru lah  tersedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu. Ditambah dengan setiap pagi mesti nak bersin dan sensitif betul dengan habuk habuk ni kan. Itu juga merupakan salah satu tanda yang kita mengalami masalah resdung. Jika masalah ini berterusan, apakah yang harus kita lakukan? Takkan nak tanggung penderitaan sepanjang hidup kita tanpa sebarang penyelesaian ?? Jangan risau, kali ini Balkis nk share kan tip mengalami masalah asma dan juga resdung ini secara berkesan.

Apa Yang Kita Faham Mengenai Asma?



Asma adalah sejenis penyakit yang terjadi yang berlaku semasa saluran pernafasan menjadi sempit. Biasanya bunyi yang dihasilkan akan menjadi lebih ketara apabila anda menghembus nafas daripada ketika anda menghirupnya (walaupun tidak semestinya). Bunyi yang disebabkan oleh udara yang dipaksa melalui saluran udara yang sempit daripada biasa. Saluran udara mengecil boleh disebabkan oleh:


  • Bronchospasm.  Ini bermakna otot dalam lapisan kontrak saluran pernafasan mula mengecut. Perkara ini terjadi disebabkan oleh kesan penyempitan (mengecutkan) saluran pernafasan.
  • Bengkak di bahagian lapisan dalam saluran pernafasan.
  • Banyak rembesan (lendir, dan lain-lain) di dalam saluran pernafasan.
  • Pertumbuhan yang tidak normal dalam saluran udara, seperti tumor (kanser).

Punca Masalah Resdung 


Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung , juga  di panggil sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil.

Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu: sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang.
Biasanya hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal adalah tanda-tanda awal resdung. Itupun dalam keadaan macam ni tidak ramai yang berani pergi mendapatkan rawatan resdung serta nasihat doktor kerana alasan penyakit yang korang hidapi tak teruk sangat..
Atasi Masalah Asma dan Resdung Ini Dengan Vitamin Shaklee

  1. Omega Guard


tip mengatasi masalah asma dan resdung

Ada kajian yang  mendapati bahawa orang dewasa dengan asma berterusan yang mengambil satu suplemen minyak ikan Omega-3 yang kaya dengan setiap hari untuk tiga minggu menyebabkan fungsi paru paru mereka bertambah baik .

Penyelidik mendapati bahawa ketika mengambil ikan tambahan minyak sebanyak 3.2 gram asid eicosapentaenoic (EPA) dan 2 gram asid docohexaenoic (DHA) setiap hari-sampel lendir diambil dari peserta menunjukkan mengurangkan jumlah sel-sel pro-radang.

Kandungan DHA yang tinggi dalam Omega Guard Shaklee sudah tentu dapat mengurangkan keradangan yang berlaku untuk pengidap asma malah ia juga membantu untuk mengurangkan masalah kahak yang menyebabkan masalah sesak nafas.

2.  Vitamin C 


vitamin c shaklee

  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


  • 3. Alfafa 

    tips mengatasi masalah asma dan redung

    • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
    • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
    • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
    Testimoni Penyakit Asma dan Redung

    Alhamdulillah memang nampak perubahan pada suami Kak Yang. Pagi-pagi dah kurang bersinnya, gatal-gatal muka, resdung pun semakin berkurangan dan yang paling Kak Yang perasan dia dah lama tak amik NEB. Alhamdulillah dengan izin Allah pastinya dan Kak Yang bersyukur sangat-sangat dengan perubahan kesihatan yang suami alami sekarang. Yang penting untuk mendapat kesihatan yang optimum, kita haruslah SABAR DAN KONSISTEN. Jangan anggap makan sebotol dah baik ye. Kadang tu ia bergantung atas penerimaan badan masing-masing"

    Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah sebegini, Kak Yang sarankan anda mencuba Set Resdung@Set Asma ini. Selagi kita boleh berikhtiar, kita ikhtiar lah. InsyaAllah, sesungguhnya hanya Dia yang maha berkuasa."



    Jom dapatkan segera set asma dan resdung ini daripada Balkis. In sha allah dengan pengambilan yang konsisten, masalah Asma dan Resdung yang korang alami akan berkurangan dan kesihatan beransur pulih. Camana nak dapatkan set vitamin ini? Senang saja.. Boleh whatsapp Balkis di 019-2463390 ataupun klik saja link ini  http://anggunblossom.wasap.my. Mudah dan cepat kan??

    Untuk yang berada di kawasan Selayang, Batu Caves dan Gombak, penghantaran adalah percuma ye!!

    vitamin c dan alfafa
    .
    +

    Omega Guard shaklee
    Jom lekas lekas hubungi Balkis untuk selesaikan masalah kesihatan korang ☺☺☺

    7 September 2017

    CARA HILANGKAN PARUT AKIBAT CHICKEN POX UNTUK KANAK-KANAK DALAM MASA SEMINGGU


    chicken pox



    Sebut aje pasal chicken pox semua orang takut. Nightmare.Sebab risau parut chicken pox tu kekal sampai ke tua. Wanita terutamanya memang  tak senang dudukla. Fikir sampai nangis sebab takut dan risau muka berparut. Bila kena chicken pox, kulit gatal kan? Kalau orang dewasa mungkin boleh tahan, tapi bayangkan kalau anak-anak kecil yang kena. Mesti nak menggaru. Bila asyik menggaru kesannya akan menyebabkan kulit mudah menjadi parut. Dah tentu kita sebagai ibu bapa susah hati bila tengok badan anak anak penuh dengan parut kan? Adakah cara untuk menghilangkan parut ini?

    Jangan risau , jika anak-anak.kecil kita kena chicken pox dan nak elak dari terjadinya kulit berparut yang keterlaluan, Balkis ada cara yang boleh dikongsikan dengan anda semua

    APAKAH ITU CHICKEN POX ?


    chicken pox

    Chicken Pox juga dikenali sebagai Cacar Air. Ianya adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Cara merebak ataupun berjangkitnya penyakit ini adalah melalui bersin, selsema, batuk dan cecair ruam daripada orang yang menjangkiti penyakit ini.

    Selepas 2-3 hari, kulit pesakit akan mula mengeluarkan ruam merah yang gatal dan melepuh. Ruam melepuh kemudian ini akan merebak ke seluruh badan dalam tempoh masa 5 hingga ke 7 hari yang berikutnya dan diikuti dengan pembentukan kerak kering pada permukaan ruam. Biasanya seseorang pesakit akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.


    TIPS MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN PARUT CHICKEN DENGAN BERKESAN

    1) HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM 

    HERBAL BLEND UNTUK PENYAKIT CHICKEN POX

    Ni antara permintaan tinggi di mana ramai yang menggunakan krim ni sebagai pengganti krim yang selalu digunakan.Sapu je satu badan dari awal sampai la tapak cacar dia kering, pada masa yang sama parut cacar yang kecil akan cepat hilang manakala parut chicken pox yang agak besar akan mengambil masa sedikit untuk hilang sepenuhnya.
    2 ) BASIC H 
    BASIC H UNTUK DEMAM CAMPAK ATAU CHICKEN POX

    Mandikan anak anak dengan beberapa titis Basic H yang telah  dicampurkan dengan air. Rendamkan anak anak seketika supaya mandian tersebut dapat bertindakbalas dengan chicken pox tersebut. Jangan risau Basic H adalah selamat digunakan untuk anak anak anda kerana ianya menggunakan bahan organik dan tanpa bahan kimia. Sangat selamat untuk kulit anak yang sensitif. Bila naik chicken pox ni, tak boleh sabun badan dengan sabun biasa. Kulit boleh menjadi kering dan anak pun tak selesa kan.Selepas mandikan bersama dengan Basic H ni, barulah disapukan dengan krim Herbal Blend.
    Testimoni Chicken Pox
    " Memang sepanjang kene chicken pox tu, Herbal Blend adalah teman setia Kak Lia. Lepas mandi je memang sapu Herbal Blend terus. Husna pun kurang garu-garu sikit. Syukur sangat.
    .
    Sepanjang kene chicken pox tu jugak, Kak Lia mandikan Husna dengan Basic H. (fungsi pada botol tak dinyatakan untuk dibuat sebagai mandian) tapi Kak Lia yakin sebab Basic H purely natural dan tiada bahan kimia. Bila naik chicken pox ni, tak boleh sabun badan dengan sabun biasa. Kulit boleh jadi kering, anak pun tak selesa. Memang Kak Lia avoid sabun masa naik chicken pox hari tu.
    .
    Alhamdulillah, seminggu je, chicken pox Husna dah kering dan amazingly syukur seribu rahmat, tak ada bekas parut yang merisaukan especially pada pada muka dan juga badan. Cuma satu je Kak Lia tak boleh kawal si Husna ni, bila chicken pox dah kering, pastu jadi kudis, dia suka kutil kutil kudis chicken pox yang dah kering. Tapi overall, muka dan badan Husna bebas dari parut yang mengerikan. Syukur Alhamdulillah "
    testimoni demam campak

    Bagi ibu ibu yang ingin mendapatkan Herbal Blend dan Basic H untuk manja kesayangan yang terkena chicken pox, boleh hubungi Balkis dengan whatsapp ke 0192463390 ataupun nak lagi mudah klik aje di link ini  http://anggunblossom.wasap.my
    Untuk yang berada di area Selayang, Batu Caves dan Gombak penghantaran adalah percuma. Jom dapatkan segera!!

    Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com