Pages

18 October 2017

Kelas Borak-Borak Blogspot

Selamat menyambut hari deepavali kepada semua penganut agama hindu. Cuti- cuti kali ini apa agaknya aktiviti anda semua? Mesti ada yang luangkan masa bersama keluarga pergi berjalan ataupun bercuti. Ditambahkan lagi dengan keadaan cuti sekolah, maka mesti ramai yang sambung cuti sehingga hujung minggu ini.

Cuti kali ini Balkis berpeluang menyertai kelas borak-borak blogspot anjuran Supermom Group. Kelas kali ini lebih fokus kepada bagaimana mengurus masa ditempat kerja dengan dirumah dan juga cara menulis blog yang betul.


Berbaloi-baloi sangat menyertai kelas ini kerana penceramah bagi kelas kali ini memang mereka yang pakar dalam bidang blog dan pengurusan masa.

Untung buat bisnes Shaklee ini sebenarnya kerana kita dikelilingi oleh mentor-mentor Shaklee yang sentiasa membantu downline yang baru hendak membina bisnes dengan Shaklee. Mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar tanpa pernah jemu.



Menarik kan? Siap ada  kelas bimbingan untuk downline yang baru hendak bermula. Jadi bagi anda yang ingin membuat bisnes bersama Shaklee, tidak perlu gusar kerana anda tidak akan berseorangan dalam membina bisnes anda sendiri.

Rugi sangat jika anda tidak merebuat peluang sebegini kerana kebiasannya kelas-kelas ini berbayar jika diambil di luar. Tetapi jika anda menyertai bisnes bersama Shaklee, kebanyakkan kelas bimbingan diadakan secara PERCUMA.

Jadi, sila rebut peluang di depan mata anda kerana mentor-mentor Shaklee sentiasa akan mencurahkan ilmu yang mereka ada.



Berminat untuk menyertai bisnes Shaklee bermodalkan RM79.50? Boleh hubungi Balkis di sini :

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Fb  : Siti Balkis
Instagram : Siti Balkis

14 October 2017

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT SENDI DAN LUTUT

Apa perasaan anda bila terseliuh, kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut. Betul tak? ATAU
Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua dua lutut anda keras dan kaku, terutamanya apabila keadaan sejuk? Pernah mendengar bunyi 'klik' atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda mengerakkannya?

Kemungkinan besar, anda mengalami masalah 'osteoarthritis' iaitu sakit sendi yang menyerang mana mana sendi di bahagian tubuh badan kita. 

sakit sendi dan lutut


Apakah penyakit osteoarthritis' ?

Setiap orang berisiko untuk mendapat penyakit osteoarthritis ini tetapi golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini adalah golongan wanita, orang berumur dan yang mengalami obesiti. Para pengkaji daripada Jepun mendapati bahawa aktiviti mencangkung dan melutut secara berlebihan mampu mengakibatkan kecederaan lutut yang kekal

'Osteoarthritis' ini merupakan masalah sendi yang biasa ditemui. Pada dasarnya, osteoarthritis ini merupakan penyakit di mana lapisan rawan pada permukaan tulang, serta pembentukan duri tulang (spur) pada hujung-hujung tulang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala 'Osteoarthritis'

Antara gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak, sakit panas dan sukar digerakkan. Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku, dan kadang kadang sakit menjadi lebih teruk. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.

Langkah Pencegahan Untu Mengatasi Masalah 'Osteoarthritis'

Langkah utama untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan mengawal berat badan. Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan di waktu pagi ataupun berenang merupakan salah satu aktiviti yang digalakkan. 

Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana bahagian ini adalah bahagian yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan terlalu banyak bebanan terhadap lutut. Tetapi sekiranya anda dikategorikan sebagai obesiti dan tidak pasti senaman yang sesuai atau sering mengalami kesakitan pada sendi ketika bersenam, segera mendapatkan nasihat daripada doktor.

Petua Mengurangkan Sakit Sendi dan Lutut

1) Omega Guard
petua menghilangkan sakit sendi dan lutut
  • Omega Guard mengandungi kandungan minyak Omega 3 yang berfungsi melambatkan degradasi ( penyusutan) tulang rawan
  • Asid lemak Omega 3 mengandungi DHA dan EPA yang membantu mengurangkan gejala sakit sendi dan kekejangan pada waktu pagi
  • Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
  • Membantu mengurangkan inflamasi di bahagian di antara dua tulang rawan
  • Omega Guard bertindak sebagai pelincir
  • Membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas
2) Ostematrix
petua menghilangkan sakit sendi dan lutut

Kandungan nutrisi Ostematrix mengandungi magnesium,boron,mangan yang penting untuk tulang kita bertambah kuat dan mengurangkan risiko tulang rapuh. Ramai orang terlalu banyak mengambil kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Magnesium membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang .

Kalsium diperlukan bukan hanya untuk tulang tetapi amat penting bagi jantung mengepam darah, dan otot mengecut. Ketika ini darah memerlukan kalsium. Jika kalsium dari badan tidak mencukupi, maka sumber kalsium akan di ambil daripada tulang. Kebanyakan orang memerlukan 1,000 hingga 1,200 mg kalsium sehari. 

3) Collagen Powder
petua menghilangkan sakit sendi dan lutut


Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Jika tisu yang lembut ini rosak, maka itu akan menyebabkan sendi berbunyi 'krik', sengal dan sakit. Kolagen juga diperlukan dalam pembentukan tulang.

Apabila anda mengambil kolagen, ia diserap dengan cepat ke dalam darah dan diekstrak kepada sel yang memerlukannya. Tulang rawan akan berfungsi sebagai memacu serat kolagen yang baru.Kolagen ini juga sangat sesuai bagi anda yang mengalami masalah tulang rapuh ( osteoporosis) kerana kolagen adalah matriks penting yang membnatu menghasilkan struktur di mana kalsium diletakkan

Selain itu, kolagen  yang diserap dengan baik dan boleh merangsang sintesis kolagen bagi membantu mengekalkan struktur sendi dan mengurangkan ketidakselesaan sendi. Secara ringkas kolagen berfungsi sebagai :
  • membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil
  • meningkatkan metabolisma dan memberikan tenaga
  • mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan semasa bergerak
  • memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang
Malah , kolagen ini selain memulihkan sakit sendi tulang, ianya dapat menganjalkan dan menegangkan kulit 

4) Vivix
petua menghilangkan sakit sendi dan lutut

Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi telah terbukti dapat membantu : 
  • mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi
  • mengurangkan sebab penyakit berkaitan sendi
  • merupakan penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi 
  • mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaiki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi
Testimoni Set Sakit Sendi dan Lutut Shaklee

"Baru baru ini, kaki Kak Ita terpelecok. Alhamdulillah tak ada lebam-lebam atau luka. Cepat cepat ambil vivix dan bancuh dengan kolagen. Bangun pagi esok, tak ada bengkak atau sakit kaki "

"Selang beberapa hari, saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Akibatnya pinggang dan perut sakit akibat terjatuh terus minum vivix dan kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali.Pagi dan malam.Dan sebelum tidur, saya makan ostematrix 5 biji setiap hari."

petua menghilangkan sakit sendi dan lutut



petua menghilangkan sakit sendi dan lutut

petua menghilangkan sakit sendi dan tulang


petua menghilangkan sakit sendi dan tulang

Berminat untuk mendapatkan set ini? Boleh hubungi Balkis :

Whatsapp / Telegram : 0192463390
Facebook : Siti Balkis
Instagram : Balkis
FB Page : Anggun Blossom

Penghantaran adalah percuma bagi yang berada di kawasan Batu Caves, Gombak dan Selayang !!!

12 October 2017

CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT MIGRAIN

" Apa doktor? Saya ada migrain? Kenapa boleh macam tu doktor? Saya sakit kepala biasa saja". Jadi bermula dari situ ubat sakit kepala kena sentiasa bawa tidak kira ke mana sekali pun. Jika ubat tertinggal perlu ada panadol sebagai pengganti ubat.

Terdetik dalam hati sampai bila keadaan ini akan berterusan. Misi mencari itu dan ini di farmasi pun bermula tetapi tidak serasi. Dan keadaan semakin parah bila sakit kepala menjadi semakin kronik

migrain


Bagaimana Sakit Migrain Ini Berlaku?

Migrain merupakan adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.Di anggarkan kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain. Kebiasannya migrain bermula dari zaman remaja dan akan berkurangan selepas umur 45-50 tahun.

Sakit migrain ini berlaku apabila saluran-saluran darah dalam kepala yang membekalkan darah ke kulit kepala serta otak mengembag lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Keberangkalian Migrain Terjadi Adalah di sebabkan :

  • Stress ataupun tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Faktor makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
Jenis-jenis Migrain

1) Migrain Klasik - sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal yang dikenali sebagai 'aura' akan dialami sebagai tanda amaran. 'Aura' yang kebiasaannya dialami seperti ternampak kilauan cahaya, garisan zigzang, penglihatan berbayang, kebas, pening dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas keadaan ini berakhir, barula migrain akan datang menyerang

2) Migrain Biasa - sakit kepala menyerang dengan tiba-tiba tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami oleh kaum wanita.

Tanda-tanda Berlakunya Migrain 

1) Sakit Kepala
  • Biasanya sakit kepala akan terjadi pada sebelah kepala sahaja dan digambarkan sebagai 'berdenyut'. Kadang kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua dua belah kepala. Kesakitan akan bertambah secara perlahan-lahan , selepas itu beransur hilang dan akan pulih dengan sendirinya dalam tempoh sehari. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap dalam seminggu.
2) Tidak tahan cahaya yang terang ataupun bunyi yang kuat. Pesakit migrain lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang

3) Aura (biasanya berlaku dalam tempoh 1-15 minit). Aura bermaksud tanda-tanda awal sebelum migrain menyerang. Antara contoh-contoh aura adalah : 
  • Aura penglihatan contohnya kehilangan sebahagian penglihatan secara sementara, dan kerlipan cahaya seperti zigzag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
Cara Mudah Hilangkan Sakit Migrain Dengan Vitamin Semulajadi

Di sini Balkis akan kongsikan beberapa vitamin semulajadi yang boleh membantu menghilangkan migrain anda buat selamanya. Dan yang penting adalah bebas daripada kesan sampingan , semulajadi dan selamat untuk badan anda

Set Migrain Shaklee terdiri daripada vitamin B-Complex dan Ostematrix. Mereka yang mengamalkan set migrain ini terbukti mengalami perubahan berkurangnya masalah sakit kepala dan dalam masa yang sama menghilangkan  migrain ini untuk selamanya.

1) B-Complex

cara mudah hilangkan sakit migrain

Kandungan Vitamin B2 ( RIBOFLAVIN) dan Vitamin B6 (PYRIDOXINE ) dapat mengurangkan gejala sakit kepala. Vitamin B lengkap yang terkandung dalam vitamin ini bukan sahaja dapat mengurangkan sakit kepala tetapi juga mencegah daripada penyakit lain seperti tekanan dan strok kerana berfungsi dalam menstabilkan hormon

2) Ostematrix

cara mudah hilangkan sakit migrain

Mengandungi kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi. Kandungan magnesium berupaya mencegah kekejangan pembuluh darah. Kekejangan pembuluh darah ini akan menyebabkan gejala migrain berlaku.

Selain itu kedua dua vitamin ini dapat memgekalkan tekanan darah normal, membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, meningkatkan fungsi otak, mengurangkan sistem kemurungan dan tekanan, membantu pengecutan otot dan saraf, dan B-Complex sebagai agen anti stress.

Testimoni Set  Migrain Shaklee

" Apabila saya mengambil B-Complex dan Ostematrix sakit kepala nak datang pun segan. Segar sentiasa. Alhamdulillah saya sudah tidak perlu bergantung kepada painkiller dan panadol. Kalau migrain datang pun saya memang cepat ambil B-Complex dan Ostematrix, rehat kejap, sakit pun berkurang dan tidak melarat sebelum ini.

cara mudah hilangkan sakit migrain


cara mudah hilangkan sakit migrain




Telah ramai yang mencuba kaedah ini dan mengamalkan supplemen. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bebaskan diri kita daripada ubat-ubatan yang merbahaya untuk badan kita.

cara mudah hilangkan sakit migrain


Bagi yang ingin mendapatkan set ini, boleh membuat panggilan di talian 0192463390 ataupun whatsapp / telegram Balkis. Untuk memudahkan kerja anda, boleh klik di link ini sahaja http://anggunblossom.wasap.my

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplemet Shaklee, anda boleh follow Balkis di FB Siti Balkis dan juga INSTAGRAM  Siti Balkis

Berita baik bagi yang berada berdekatan kawasan BATU CAVES, GOMBAK dan SELAYANG. Penghantaran secara percuma dan terus ke rumah anda. 

Selamat membaca dan semoga bermanfaat untuk anda semua 




8 October 2017

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK

Sebelum ini, kita tidak pernah mengalami masalah kulit sejak dari sekolah sehingga  habis belajar. Kulit licin bersih sahaja. Kalau ada masalah pun hanya setakat sunburn sebab banyak berjemur. Al maklumla waktu sekolah aktif dengan kawad, sukan dan macam macam aktiviti lagi.

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK


Sunburn itu normal katanya. Tapi jerawat memang tiada. Disangkakan kulit cantik itu kekal selamanya tapi semuanya hanya sekadar mimpi. Entah di mana silapnya,kulit muka mula menjadi sensitif.

Kulit muka mula menjadi teruk apabila jerawat tumbuh dengan lajunya. Naik pula jenis bertompok bintik-bintik hitam terus buat muka nampak kusam. Risau dengan situasi macam ini? Balkis kongsikan dengan anda  tips untuk kulit kekal cantik. Kepala pun tidak pening lagi dengan macam-macam hal berkaitan kulit lagi.

Sebelum itu, kita kena kenal pasti kulit kita jenis yang macamana supaya bila beli sesuatu produk ianya sesuai dengan jenis kulit kita. Berikut adalah beberapa jenis kulit yang akan Balkis terangkan secara lanjut.

1) Kulit Normal
    Kulit ini boleh dikategorikan sebagai kulit yang sihat kerana minyak yang dikeluarkan oleh
    kelenjar tidak berlebihan dan tersebar secara rata. Kulit normal mempunyai permukaan
    kulit yang lembut, pori-pori kecil dan hampir tidak terlihat.  Ianya cerah dan tidak kusam.
    Selalunya, kulit normal ini jarang mengalami masalah-masalah kulit terutamanya jerawat.

2) Kulit Berminyak
    Kulit ini mempunyai liang pori-pori yang besar. Rona wajah yang agak kusam dan sangat
    senang mengalami masalah jerawat. Ini adalah kerana kelenjar minyak dilihat sangat aktif
    sehingga kulit kelihatan mempunyai minyak yang berlebihan terutamanya di bahagian T
   
    Antara faktor yang menyebabkan kulit berminyak adalah sama ada faktor genetik, ataupun
    makanan. Bagi yang mempunyai kulit seperti ini adalah dinasihatkan mencuci muka
    maksimum 3 kali sehari.


3) Kulit Kering

    Kulit ini mempunyai liang pori yang halus dan tidak nampak. Pengeluaran minyak dan air
    adalah sangat rendah sehingga kulit nampak seperti dehidrasi. Kulit yang kering akan
    mudah mengelupas dan rona wajah cenderung kusam dan tidak segar. Sangat mudah
    timbul bintik-bintik hitam dan  garis-garis halus.
   
    Mereka yang memiliki kulit jenis ini adalah dinasihatkan untuk menggunakan krim pelembap      
    bagi menghindari masalah kulit ini. Kulit kering ini adalah disebabkan kelenjar minyak tidak
    dapat menghasilkan minyak dalam jumlah yang mencukupi sehingga kulit hilang kelembapan
    semulajadi kerana badan kekurangan vitamin A dan vitamin B

4) Kulit Kombinasi
    Kulit ini umumnya lebih berminyak pada daerah T seperti di dahi, hidung dan dagu tetapi
   kelihatan normal pada daerah U iaitu bahagian pipi. Hal ini adalah disebabkan kelenjar
   minyak yang menghasilkan minyak dalam jumlah yang tidak rata pada bahagian bahagian
   tertentu di wajah        .

5) Kulit Sensitif
    Kulit ini lebih mudah mengelupas dan terluka setelah menggunakan produk-produk tertentu.
    Kulit mudah  menjadi kemerahan kerana pembuluh darah dan saraf berada dekat dengan  
    permukaan kulit.Struktur kulit ini yang sangat nipis mudah menyebabkan kulit bertindak balas
    dengan perubahan suhu sama ada ketika panas dan sejuk.

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK

1) Sustained Release Vitamin C

TIPS UNTUK KEKAL CANTIK



 Fungsi Vitamin C :
  • Membentuk kolagen
  • Mencantikkan dan menghaluskan kulit
  • Mampu pulihkan wajah sunburn
  • Memperbaiki wajah kusam
  • Memulihkan kulit wajah yang kasar
Kelebihan Vitamin C :
  • Sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran, cuaca, asap rokok dan sebagainya
  • Memperbaiki masalah pendarahan seperti gusi berdarah dan lebam
  • Membantu meningkatkan sistem imun
  • Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik
  • Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah


  2) Vitamin E

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK


Fungsi Vitamin E  :
  • Menghilangkan kesan jerawat dan jeragat
  • Melembapkan kulit
  • Sebagai agen anti oksidan dan penuaan
  • Memberikan tona wajah yang sekata
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Membantu memudarkan kesan parut
Kelebihan Vitamin E :
  • Mengurangkan  tekanan darah
  • Membantu melambatkan penuaan
  • Membantu meningkatkan kitaran sperma
  • Memulihkan tesktur tona kulit
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
3) ESP ( Energized Sot Protein)

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK



Esp Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 

Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung. Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal. Secara ringkas ESP sesuai diambil :
  • Untuk tenaga (sesuai untuk lelaki dan wanita kerana ia memberi tenaga/ menahan lapar    
  • Mencegah penyakit jantung·    
  • Membantu menyokong sistem imun    
  • Untuk kulit bermasalah (jerawat/kusam/berparut dan banyak lagi)    
  • Sesuai untuk pesakit kencing manis, anemia, berat badan berlebihan, kolestrol
  • Membaiki pigmentasi - masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Mempercepatkan luka pembedahan selepas bersalin
  • Membantu dalam pembentukan sel baru


   4) Collagen Powder

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK

        Mengandungi 4000mg RSS Collagen iaitu dari Sisik Ikan Merah sejenis kolagen yang tulen 
        dan bermutu tinggi. Kolagen ini mempunyai berat molekul yang sangat rendah (1000 Dalton)
        dan ia mudah diserap oleh tubuh. 

         Di antara kebaikan kolagen adalah membantu menghasilkan kolagen yang amat diperlukan
        bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan juga salur darah. Kolagen ini juga dapat             membantu dalam pembentukan tulang rawan, tulang dan gigi.
         
       Antara isi kandungan kolagen ini adalah esktrak biji Camellia Japonica ( melembapkan kulit dan 
       antioksidan semulajadi ), ekstrak Pfaffia ( menjadikan kulit lembut dan licin), elastin daripada 
       kolagen ikan (kulit menjadi lebih tegang), Vitamin C ( menggalakkan penghasilan kolagen), 
      Vitamin B (membebaskan tenaga untuk menghasilkan kolagen), ekstrak Kekerang (melincirkan 
      pergerakan sendi) dan Lactobacillus Acidophilus ( meningkatkan penyerapan kolagen)
  

   Testimoni Set Kulit Cantik  

   " Mula hanya dengan ESP dan Vitamin C. Tak sangka kulit makin ok. Jerawat segan silu nak tumbuh dan yang paling bestnya tompok-tompok hitam berkumpul di pipi makin hilang. Dapat pulak extra terkurus sekali. Hebat sangat. Alhamdulillah masalah skin sensitif semakin berjaya di atasi"

   "Tapi perubahan skin Sya semakin ketara. And sekarang Sya dah start topup satu persatu produk Shaklee. ESP, VITAMIN C, VITAMIN E DAN COLLAGEN POWDER  memang dah jadi supplement wajib untuk Sya"

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK

   Berminat untuk mendapatkan produk ini?  Boleh hubungi Balkis secara panggilan, whatsapp ataupuntelegram ke 019-2463390 ataupun boleh aje klik di link ini   http://anggunblossom.wasap.my

TIPS UNTUK KULIT KEKAL CANTIK


Bagi yang ingin mengetahui mengenai supplement Shaklee dengan lebih lanjut, boleh follow Balkis di Facebook   Siti Balkis  dan juga Instagram Balkis 

Penghantaran percuma adalah sekitar Batu Caves, Gombak dan Selayang.

Selamat Membaca


CARA MEMUDAHKAN TUGAS-TUGAS DI RUMAH

cara memudahkan tugas tugas di rumah


Bagi wanita yang berkerja, menguruskan rumahtangga merupakan cabaran yang berat untuk dilakukan. Waktu siang sibuk di pejabat kemudian waktu malam sibuk menguruskan anak anak. Jadi tugas tugas di rumah agak kelam kabut dibuatnya. Maka dengan adanya khidmat pembantu rumah memang sangat diperlukan. Sebab itula, permintaan pembantu rumah pada masa kini sudah menjadi "trend".

Tetapi bagi yang tidak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah, lebih selesa menguruskan kerja rumah dengan sendiri, Balkis ada cara bagi memudahkan tugasan rumah korang. Sangat sesuai juga bagi surirumah sepenuh masa. 

TARAA.... Balkis kenalkan Set Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee.

cara memudahkan tugasdi rumah


Dalam Set Get Clean ini merangkumi  Basic H Organic Super Cleaning Concentrate, Dish Wash Concentrate, Fresh Laundry Concentrate dan Soft Fabric Concentrate. Nak tahu lebih lanjut mengenai set ini, pastikan korang baca sampai habis. Pasti akan dapat membantu memudahkan tugas-tugas di setiap rumah

BASIC H

cara memudahkan tugas di rumah

Bagi setiap botol Basic H, ianya mengandungi kepekatan yang tinggi iaitu 16 oz bersamaan dengan 48 gelen apabila dicampurkan dengan air bagi tujuan pembersihan. 

Kegunaan Basic H :
  • Mencuci dan membersihkan sayuran dan buahan daripada racun dan bahan kimia
  • Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan laut
  • Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti kueh tiau dan mee kuning daripada bahan awet
  • Mencuci dan membersihkan bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin, tingkap dan seangkatan dengannya
  • Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, dakwat pen ataupun marker , dan minyak
  • Mencuci dan membersihkan lantai, dinding serta alatan permainan
Dish Wash Concentrate 
cara memudahkan tugas di rumah

Pencuci pinggan yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan hanya memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk. Dish wash ini ternyata lembut di tangan, semulajadi berasaskan tumbuh tumbuhan dan tidak mengandungi bahan bahan kimia yang berbahaya.

Fresh Laundry Concentrate

cara memudahkan tugas di rumah


Pencuci basuh baju yang mesra alam sekitar ini dapat membasuh sehingga 88 basuhan. Ianya tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti triethanolamine dedocylbenzenesulfonate yang menyebabkan batuk, lelah, sesak nafas dan kulit menjadi sensitif.

Soft Fabric Concentrate

cara memudahkan tugas tugas di rumah

Merupakan pelembut fabrik yang dapat mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik. Extra bonus apabila dapat menjadikan kerja menggosok dengan lebih mudah. Ianya berkepekatan tinggi iaitu 32 oz dan mampu melembutkan pakaian sehingga 64 kali cucian.

Kelebihan Set Penjagaan Rumah Get Clean : 
  • Mesra alam sekitar kerana tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk alam sekitar
  • Kadar pH yang seimbang
  • Dapat menjimatkan wang dan masa
  • Tiada pewangi tambahan
  • Lembut di tangan
  • Tidak bertoksik
Testimoni Pengunaan Set Penjagaan Rumah Get Clean 

" Alhamdulillah sejak kenal Basic H ni memang hidup jadi semakin mudah. Tapi betul. Hari hari anak balik sekolah, jenuh umi nak kena sental semua baju diorang. Terutama di bahagian leher, lengan baju dan hujung seluar baju melayu. Kasut putih pun dah tukar kelabu, coklat, hitam pun ada"

"Kalau dulu kotoran macam ni saya akan sental. Tangan pun lenguh, baju pun haus, kasut pun cepat rosak, kita pun emo kan. Tapi sekarang dah mudah, saya titskan je Basic H di kawasan yang kotor, rendam sekejap ataupun semalaman. Lepas rendam, bersihkan sedikit dengan memberus di bahagian yang kotor, in sha allah bersih semuanya"

Basic H memang best. Saya juga guna Basic H untuk mop lantai dan lap meja. Selain Basic H, dalam set ni ada Dishwash ( selamat untuk basuh botol susu baby), Fresh Laundry (sabun basuh baju yang selamat untuk baju baby & Soft Fabric (softener). Best tau, yang penting semua dalam set ini safe, powerful & green"

cara memudahkan tugas tugas di rumah

Set ini juga boleh dibeli secara satu set ataupun berasingan. Bagi mereka yang ada anak kecil, Balkis memang menggalakkan mengunakan set ini kerana ianya selamat untuk kanak-kanak. 

Berminat untuk mendapatkan produk ini?  Boleh hubungi Balkis secara panggilan, whatsapp ataupun telegram ke 019-2463390 ataupun boleh aje klik di link ini   http://anggunblossom.wasap.my

Bagi yang ingin mengetahui mengenai supplement Shaklee dengan lebih lanjut, boleh follow Balkis di Facebook   Siti Balkis  dan juga Instagram Balkis 


Selamat Membaca !!!





Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com