Pages

9 December 2017

Kesedaran Mengenai Kanser Payudara

Pada 25 November yang lepas secara tidak sengaja Balkis sempat menghadiri 'Breast Cancer Awareness Screening" yang diadakan di Aeon Seremban. Sebenarnya Balkis saja jalan -jalan di sana selepas menziarahi adik ipar yang baru dapat anak.

kesedaran mengenai kanser payudara


Apakah Kanser Payudara?
Kanser atau barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbang replikasi dan tindak balas sel di dalam badan kita. Biasanya sel ini akan bertambah ( replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertmabah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor

Kanser payudara bermula daripada sel payudara. Kanser payudara ini berpunca daripada perkembangan sel-sel dalam tisu payudara secara tidak terkawal. Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, ianya boleh merebak ke seluruh badan.

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 20 wanita adalah berisiko berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Ini bermakna jumlanya bersamaan dengan 700,000 orang. 19 daripada setiap 100,000 kematian di seluruh dunia adalah disebabkan kanser payudara.

Kanser payudara merupakan ancaman utama kepada 14 juta penduduk wanita di Malaysia. Mengikut statistik, kanser payudara merupakan hampir satu pertiga daripada semua kes kanser baru yang menjejaskan wanita. Kanser payudara yang merangkumi 18% daripada semua kes kanser adalah kanser yang PALING KERAP dihadapi di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira jantina.

Faktor Yang Menyumbang Kepada Kanser Payudara

  • Umur ( 40-46 tahun)
  • Sejarah keluarga
  • Faktor keturunan - GEN BRCA1 dan BRCA2
  • Alkohol
  • Merokok
  • Awal datang haid

Selepas sesi pendaftaran, mereka akan tanya mengenai salasilah keluarga sama ada pernah menghidap kanser atau tidak. Lepas habis sesi soal selidik, Balkis dibawa untuk tengok video mengenai mammogram.Bagi yang ingin buat ujian payudara, memang kena buat ujian Mammogram.

kesedaran mengenai kanser payudara


Untuk pengetahuan, ujian mammogram hanya sesuai untuk wanita yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Jadi bagi wanita yang di bawah 40 tahun ini, ujian ultrasound akan dilakukan.

Selepas selesai menonton video mammogram, Balkis diajar cara untuk memeriksa sendiri payudara pada setiap bulan. Waktu yang paling sesuai untuk memeriksa payudara adalah 7-10 hari selepas kedatangan haid.

Gunakan  jari tangan anda dengan membuat pusingan di sekeliling payudara untuk memeriksa sebarang benjolan ataupun ketulan. Selepas selesai pemeriksaan di bahagian payudara, jangan lupa untuk memeriksa di bahagian nipple ataupun puting payudara juga. Cuba picit sedikit di bahagian puting untuk memastikan tiada sebarang cecair ataupun lelehan yang keluar.

Boleh ikut cara-cara di bawah untuk memeriksa payudara anda

kesedaran mengenai kanser payudara

kesedaran mengenai kanser payudara

kesan mengenai kanser payudara


INGAT!!! Bukan sahaja sekitar payudara dan puting sahaja, kena lakukan pemeriksaan di bahagian ketiak juga. Sekiranya terdapat benjolan ataupun ketulan cepat cepatla berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan seterusnya.

kesedaran mengenai kanser payudara


Gejala- Gejala Kanser Payudara

  • Ketulan atau bengkakan pada payudara
  • Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  • Puting masuk ke dalam atau sakit
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  • Lelehan dari puting
  • Ketulan pada bahagian ketiak
Bagaimana Kanser Payudara Dikesan
  • Mammogram
  • Pengambilan tisu dari payu dara
Apakah rawatan untuk Kanser Payudara
  • Pembedahan
  • Kimoterapi
  • Terapi Radiasi
Langkah -langkah Dalam Pengesanan Kanser Payudara
  • Pemeriksaan sendiri payudara ( 7-10 hari selepas haid)
  • Berjumpa doktor
  • Mammogram ( melalui LPPKN / Hospital Kerajaan  & Swasta)
  • Laporan oleh pakar radiologi
  • Hasil mammogram. Jika abnormal perlu melakukan pemeriksaan lanjut
  • Biopsi ( Ultrasound / MRI adalah alternatif lain) - Sesuai bagi pesakit yang kanser payudara yang berusia di bawah 40 tahun.
25-35% kanser payudara ditemui oleh pesakit sendiri melalui benjolan pada payudara. Oleh itu, adalah langkah yang bijak untuk memaklumkan kepada doktor jika terdapat kelainan pada payudara dan sekitarnya. 

Mammogram dapat mengenal pasti benjolan payudara yang relatif lebih kecil berbanding yang dijumpai melalui pemeriksaan payudara sendiri. Statistik menunjukkan pengesanan awal mempunyai KADAR PENYEMBUHAN HAMPIR 90%. Maka sila ketahui apa yang akan ada alami dan lalui apabila pemeriksaan sendiri payudara dilakukan dengan rutin.

Kanser Payudara Pada Lelaki

1) Bukan sahaja wanita, golongan lelaki juga berpotensi untuk mendapat Kanser Payudara. 1% dari semua kes kanser payudara adalah melibatkan golongan lelaki. Rata rata wanita dengan kanser payudara hidup 2x lebih lama berbanding lelaki yang menghidap payudara. Ini kerana golongan lelaki tidak menyedari bahawa mereka juga berisiko untuk mendapat kanser ini.

2) Lelaki yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara mempunyai risiko yang lebih tinggi

3) Ultrasound / mammogram boleh membantu mengenal pasti kelainan

Tanda-tanda Kanser Payudara di Kalangan Lelaki
  • Pembengkakkan di bawah puting atau sekitarnya.
  • Payudara menjadi tidak semetri
  • Puting yang tertarik  ke dalam
  • Cairan abnormal keluar dari puting
kesedaran mengenai kanser payudara


Kesimpulannya, lelaki dan wanita masing-masing berisiko untuk menghidap kanser payudara ini. Bila jumpa event kesihatan macamni, pastikan anda menyertai kerana melalui aktiviti sebegini dapat meningkatkan kesedaran kita terhadap masalah kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.

Selamat Membaca 





No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com