Ramai ibu yang mengandung seboleh mungkin ingin mengelakkan diri daripada bersalin secara pembedahan caesarean ataupun dikenali juga sebagai c-section kerana ianya melibatkan penjagaan yang rumit.Luka pembedahan yang jika tidak dijaga dengan betul boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Selepas bersalin tempoh berpantang adalah salah satu tempoh yang penting untuk memulihkan kesihatan ibu. Ini kerana, otot dalaman dan luka memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih baik
Menurut Baby Center, pembedahan caesarean adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan.
10 Faktor yang Menyebabkan Berlakunya Pembedahan Caesarean
1) Plasenta Previa
Plasenta previa adalah keadaan di mana plasenta tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks yang menyebabkan bahagian jalan untuk laluan kelahiran ditutup. Bagi kelahiran yang normal, rahim wanita akan berkembang dan plasenta (uri) akan melebar ke arah menjauhi serviks.
Antara gejala plasenta previa yang biasa dialami dalah pendarahan tanpa disertai rasa sakit. Pendarahan ini kebiasannya berlaku pada 3 bulan terakhir fasa kehamilan
2) Plasenta Luruh ( Abruption)
Keadaan ini terjadi apabila plasenta terpisah daripada bahagian dinding rahin yang terjadi sebelum waktu bersalin. Apabila ini berlaku, bayi berisiko untuk mengalami masalah terputus bekan nutrisi dan oksigen. Ibu mengandung mungkin akan mengalami rasa sakit, pendarahan vagina ataupun rasa kejang
3) Kehamilan Songsang
Menurt Dr. Izzat melalui Malaysian Medical Gazette, terdapat beberapa jenis songsang yang boleh berlaku pada ibu mengandung. Posisi yang paling biasa ialah extended breech di mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi.
Maksudnya, apabila doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dalam vagina, mereka akan merasa punggung bayi. Tetapi ada juga keadaan seperti ini dibenarkan untuk bersalin secara normal bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
4) Tali Pusat Jatuh
Tali pusat jatuh berlaku apabila tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan. Keadaan ini amat jarang berlaku tetapi apabila situasi ini terjadi, pembedahan akan dilakukan dengan segera.
5) Bayi Lemas
Punca bayi lemas dalam kandungan adalah kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan. Ia dapat dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi semakin perlahan dan lebih rendah berbanding kadar normal.
6) Bukaan Lambat
Menurut Baby Center, jika bukaan rahim agak perlahan iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda kandungan bermasalah.
Secara umumnya proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebab tertentu. Namun kebiasannya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah dan saiz pelvis ibu yang kurang sesuai.
7) Ulangan ataupun Repeat Caesarean
Menurut sumber, 60-80%, wanita yang bersalin secara bersalin masih boleh bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, terdapat kes tertentu yang berlaku menyebabkan masalah seperti rahim pecah dan risiko kematian bayi.
8) Masalah Darah Tinggi dan Kencing Manis Semasa Hamil
Untuk ibu mengandung yang menghidap masalah darah tinggi, keadaan ini boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.
Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah kencing manis semasa hamil, berkemungkinan saiz bayi yang bakal dilahirkan agak besar atau komplikasi kesihatan yang lain. Semua ini adalah antara faktor yang menyukarkan ibu mengandung bersalin secara normal.
9) Masalah Tumbesaran Bayi
Masalah tumbesaran bayi sepert tumbesaran terbantut (IUGR) kebanyakkan mempunyai masalah bayi mudah lemas semasa bersalin. Jadi pembedahan merupakan jalan selamat untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa bersalin.
10) Bayi Kembar
Memang ada kelahiran bayi kembar yang dibenarkan untuk lahir secara normal tetapi bergantung kepada posisi, berat badan dan usia kandungan.
Sumber : zuriat.my
Jadi bagaimana untuk memastikan luka pembedahan sembuh dengan cepat?
1) Banyakkan bergerak selepas pembedahan
Ada sesetengah ibu bersalin agak takut untuk bergerak selepas menjalani pembedahan bersalin. Katanya takut luka pembedahan terkoyak kembali. Tetapi sebenarnya dengan melakukan pergerakan akan mengurangkan risiko darah beku. Jika rasa tidak selesa untuk membuat pergerakan, mohon bantuan daripada ahli keluarga untuk membantu.
2) Makan makanan berzat dan seimbang
Sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan protein dan mineral kerana selepas pembedahan badan kita kehilangan sumber-sumber ini.Amalkan sayur sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
3) Minum air secukupnya
Kita disarankan meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengelakkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Bagi ibu yang menyusukan bayi anda sangat penting pengambilan air yang mencukupi bagi mencukupi pengeluaran susu
4) Makan pil penahan sakit
Jika perlu anda dinasihatkan untuk mengambil pil penahan sakit jika berasa tidak selesa dan agak sukar untuk bergerak. Penggunaan pil penahan sakit hendaklah mendapat nasihat daripada doktor.
5) Menyusu badan secara ekslusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali kita menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
7) Pastikan luka sentiasa kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau boleh gunakan pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru atau menyapu ubat tanpa sarana daripada doktor keran dikhuatiri berlakunya jangkitan kuman.
8) Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa sakit. Elakkan daripada mengangkat benda yang berat semasa tempoh berpantang.
9) Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga yang lain adalah sangat penting semasa tempoh berpantang kerana emosi anda ketika ini adalah tidak stabil. Jadi mintalah bantuan daripada mereka jika ingin lakukan sesuatu
10) Mengambil suplement besi dan multivitamin
Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin adalah sangat digalakkan selepas pembedahan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam badan kita dan proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat kerana semasa pembedahan anda telah kehilangan darah yang banyak sekitar 2-3 lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah yang banyak ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan luka pembedahan jadi lebih lambat untuk sembuh.
Anda tahu tak kandungan resveratrol yang tinggi dengan bahan antioksidan dapat membantu pembaharuan sel dengan sempurna. Luka pembedahan akibat bersalin akan lebih cepat sembuh jika sel-sel kulit diperbaharui dengan segera.
Semasa pembedahan, 7 lapisan tisu tubuh badan kita dipotong lalu menyebabkan kematian sel secara paksa. Jadi amatla perlu bantuan bagi luka pembedahan cepat sembuh untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa bersalin.
Baca artikel : set berpantang terbaik untuk kesihatan badan
Nak dengar pengalaman ibu bersalin secara pembedahan ?
Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.
Dengan pengambilan Vivix, anda tidak perlu risau lagi mengenai luka pembedahan lambat sembuh. Bukan sahaja Vivix menjadikan luka pembedahan bersalin anak lebih cepat sembuh, malah memberikan tenaga untuk anda menguruskan diri semasa dalam tempoh berpantang.
Ini kerana Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi bagus menyembuhkan luka pembedahan bersalin. Kandungan mitokondria yang terdapat dalam Vivix memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu semasa dalam pantang.
Lagi testimoni Vivix menyembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat
" Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang"
Untuk dapatkan Vivix boleh hubungi Balkis di :
Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Fb : Siti Balkis
Fb Page : Anggun Blossom Beauty Care
Instagram : Siti Balkis
No comments:
Post a Comment