Pages

9 April 2018

HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG


Okay bersambung kisah Balkis di Hong Kong pada hari kedua. Cuaca di Hong Kong agak mencabar kerana teramat sejuk walaupun dah pakai winter coat. Kesejukan memang sampai ke tulang la. Pada waktu siang kesejukan boleh mencecah sehingga 11degree.


Kawasan hotel Balkis adalah di Chungkin Mansion yang terletak di Tsim Sha Tsui. Kenapa Balkis pilih untuk tinggal di area Tsim Sha Tsui? Sebab kawasan boleh dikatakan kawasan kegemaran bagi pelancong dan harga hotel yang ditawarkan di sini lebih murah. Kawasan ini lebih dekat dengan train dan bas.Banyak kedai kedai di sekitar dan lokasinya yang agak strategik.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Area Chungkin Mansion ni memang sibuk sikit. Kalau bawa anak-anak pegang betul-betul
Makanan halal banyak dan mudah didapati di kawasan ini.Cuma hotel di sini agak kecil dan agak susah jika membawa anak-anak tinggal di sini.Sebelum mulakan perjalanan pastikan korang dapatkan peta perjalanan train untuk memudahkan urusan korang nanti. Walaupun korang boleh aje guna google map, but kena get ready dengan plan B kan. Buatnya bateri mati, internet line slow ke, so korang tak la cemas sangat.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Train MTR Map yang wajib ada dalam simpanan
Sebelum mulakan perjalanan, malam tu selalunya Balkis akan buat research sikit tempat yang kita nak pergi keesokkan hari.Yang ni Balkis bernasib baik sebab kakak receptionist memang membantu sangat. Nama dia Nancy. Orang Filipina tapi dah lama kerja kat HongKOng. 

Hari ke dua kami pergi Ngong Ping 360 Village dan Big Buddha. Kedua-duanya terletak di kawasan yang sama. Tapi untuk pergi ke sini, korang kena naik kereta kabel. Balkis pernah terbaca boleh juga kalau nak naik bas, tapi tak pasti caranya bagaimana. Sekali sekala datang jauh jauh kita naik la kereta kabel kan.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni dalam train. Nak prgi Ngong Ping stesen last sekali

Cara nak pergi Ngong Ping 360 Village ni senang sangat.
1) Daripada stesen train EastTsim Sha Tsui ( sebab hotel Balkis memang berhampiran stesen train ini), ambil aliran ke West Rail Line dan berhenti di Nam Cheong Station untuk proses pertukaran station

2) Kemudian ambil aliran ke Tung Chung Stesen dimana ini adalah stesen terakhir,
3) Sampai di Tung Chung stesen, telur keluar ke arah exit B.
4) Bila keluar aje akan jumpa tangga, akan jumpa dengan Citygate Outlet. Ini kiranya tempat untuk membeli belah tapi Balkis  tak singgah pun sebab memang tak nak membeli belah dekat situ.Korang terus aja jalan sehingga berjumpa dengan tiket kaunter untuk menaiki kereta kabel.

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni dah sampai. Yang dekat belakang tu Citygate Outlet
Tiket kereta kabel ini ada 2 jenis iaitu Standart Cabin dan Crytal Cabin. Balkis pilih yang standart sahaja berharga HKD210 seorang untuk pergi balik. Kalau ambil Crytal Cabin harga agak lebih mahal. Terpulang pada citarasa korang sendiri. Kiranya Ngong Ping ni macam satu kawasan perkampungan kampung

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Datang awal pagi kalau boleh. Nampak tak long q sangat tempat ni. 

Kaunter tiket mula dibuka seawal 10 pagi. Jadi pastikan korang datang awal sebab nanti kena beratur panjang. Hampir setengah jam jugak kitarang beratur untuk naik kereta kabel ni. Sepanjang perjalanan menuju Ngong Ping melalui kereta kabel, sempatla kami tengok laut dan hutan di Hong Kong. Kalau yang jenis gayat tu cukupla sekadar ambil standart cabin. Perjalanan mengambil masa 20-30 minit untuk sampai ke atas


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Hehhe..lega dah dapat naik.So korang akan nampak view macam ni la sepanjang perjalanan

Sebaik sahaja sampai di atas, terasa angin bertiup sampai ke tulang. Sejuk sangat rasanya ni.Sebaik sahaja ambil gambar, lapar punya pasal kami makan di Ebeneezer's Kebab & Pizzeria. Satu-satunya restoran halal yang boleh korang makan semasa dekat sini. Balkis order kebab dan hot chocolate aje dekat sini. Tapi memang kenyang la sebab kebab diorang ni portion besar.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni view lepas korang mendarat daripada kereta kabel

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni view kat bahagian atas

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Satu satunya kedai makanan halal yang korang boleh singgah

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni menu dalam kedai ni. Bab harga tu korang pejam mata ajela.Lapar punya pasal kan
Disebabkan cuaca yang semakin sejuk, kami tak jadi untuk melawat Big Buddha sebab masing masing kesejukan, Kalau boleh nak cepat cepat turun ke bawah. Tangan memang mengigil la time ni. Kalau tak silap Balkis, nak masuk ke Big Buddha akan dikenakan bayaran. Kalau nak lagi senang, korang ambil pakej dekat kaunter tiket naik kereta kabel, jadinya tak perlu beli banyak kali.

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Nampak tak patung Big Buddha kat belakang tu? Kami tak pergi jalan sampai sana sebab memang tak tahan sejuk..
Sampai turun bawah jalan balik dekat stesen tren yang sama untuk pergi ke Disneyland Hong Kong. Aliran yang sama tapi kena tukar tren untuk ke sana.



1) Dari stesen Tung Chung, hanya satu stesen sahaja dan berhenti di Stesen Sunny Bay
2) Sampai di stesen Sunny Bay, naik tren Disneyland untuk ke destinasi

Disebabkan Balkis dah beli siap-siap tiket ke Disneyland ni secara online, jadinya kami tak perlu beratur lagi terus scan dan boleh masuk ke dalam Disneyland. Tapi sebelum  nak masuk tu memang kena periksa beg sebab makanan dari luar memang dilarang sekali dibawa masuk. Kalau bawa juga memang kena denda ataupun kena tinggal dekat luar.

Korang boleh dapatkan tiket Disneyland dengan harga yang berpatutan dekat sini >>> Klook <<<< Apa yang Balkis perasaan harga tiket dekat sini sentiasa berubah ubah. Macam korang book hotel dekat agoda la. Minggu ni harga lain, minggu depan harga lain. Haa..gitu la.

Harga tiket dekat sini bagi Balkis agak murah juga tau. Korang ada banyak pilihan nak beli tiket dekat sini. Jadi make sure baca betul betul pakej yang korang nak ambil. Kalau beli pakej yang include meal vouchel, pastikan voucher tersebut boleh tebus dekat restoran halal (yang ni untuk muslim sahaja).



 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

Jangan lupa dapatkan peta Disneyland supaya korang boleh tahu kedudukan dan lokasi korang nak pergi mana. Kawasan agak besar tau. So plan sehabis baik korang nak pergi theme park yang mana.Dekat dalam ini ada 2 restoran halal iaitu The Tahitian Terrace dan Explorer City. Tapi masa Balkis pergi, restoran The Tahitian ditutup sebab renovation. Jadi korang masih boleh makan di Explorer City.

Tempat solat juga ada disediakan di belakang restoran Explorer City.Tapi memang bercampur lelaki dan perempuan.Ada tempat mengambil wuduk. Jadinya kalau dah lepas solat, lebih baik cepat cepat keluar untuk bagi peluang pada yang lain solat.Tapi tempat wuduk lain sikit sebab kita boleh duduk sambil ambik wuduk Serius sekali lagi memang tak ambil gambar la..

Memang cantik Disneyland ni dan tidak dinafikan memang banyak mainan untuk kanak-kanak.Memang besar la kawasan Disneyland ni. Kalau bawa anak-anak ni memang happy habis la diorang. Belanja korang gambar sikit kat dalam Disneyland ni


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG





Tapi theme park untuk Sleeping Beauty Castle time tu tutup pulak. Jadinya memang tak dapat bergambar dekat situ. Salah satu theme park yang wajib korang singgah adalah Grizzly Gulch. Satu lagi tarikan yang baru dibuka. Ini adalah expansion terbesar yang mempuntai 7 tarikan istimewa iaitu roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars.

Wajin cuba roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Walaupun kena beratur panjang, sila la beratur dan cuba. Memang best, Balkis pun beratur hampir 30 minit jugak la nak naik roller coaster ni. Lepas dah cuba, baru tau berbaloi jugak beratur lama lama tadi.

Kalau anda nak plan aktiviti ataupun jadual perarakan kartun kartun dekat Disneyland, anda  boleh klik di sini   >>Hong Kong Disneyland Attraction<<

Kami tunggu sampai perarakan terakhir iaitu pertunjukan Disney Paint the Night "Nighttime Spectacular @ Disney Story Book Teater. Okay juga dapat tengok watak watak Disney. Sebelum ini memang ada pertunjukan bunga api, tapi sekarang dah tak ada ye.




Semua theme park akan ditutup pada pukul 7.00 malam. Tapi kedai kedai menjual barang dan makanan ringan masih lagi beroperasi. Sementara nak tunggu perarakan yang terakhir, anda boleh la cuci cuci mata tengok cenderahati dekat sini. Tapi sudah tentu harga nya agak mahal. Bergantung kepada budget masing-masing.

Habis je perarakan terus cepat cepat nak balik hotel sebab sejuk uollss waktu malam ni. Suhu dah mencecah 8 degree time ni. Nasib baik on the way balik dekat hotel, ada kedai jual sarung tangan dengan muffler terus beli. Bukan setakat badan aje yang kesejukan, habis tangan pun sejuk sorok dalam coat. 

Sebab tu gambar kitaorang banyak yang posing masuk tangan dalam poket winter coat. Gila uollls   sejuk habis tangan jadi kering dan menggelupas

Katanya tahun ni la winter yang paling sejuk dekat Hong Kong. Patutla sebulan sebelum kami datang sini memang dah periksa suhu takdela rendah sangat, Bila nak beberapa hari sebelum pergi, periksa semula mak oio... memang sejuk gini kalau dah kurang daripada 10 degree

Berakhir aktiviti untuk hari kedua di HongKong. Memang penat tapi puas hati. Nama pun jalan-jalan, harusla jalan-jalan, takkan nak duduk hotel aje. Nanti Balkis update entry untuk hari ketiga pulak ye

Happy Reading 









No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com