Untuk hari ketiga di HongKong, Balkis decide nak pergi Avenue
Of Stars dan The Peak. Bangun awal juga pagi ni sebab nak kejar masa nak pergi
The Peak lagi kan. Kiranya ini perancangan awal kan. Tapi apa yang terjadi
adalah sebaliknya.
|
view waktu pagi dekat Hong Kong |
|
Cross jalan nak pergi Avenue of Star. Dekat aje |
Alkisahnya…dari Chungkin
Mansion nak pergi Avenue Of Stars ni dekat sangat. Jalan kaki lebih kurang 5-10
minit. Bila dah sampai, baru tahu Avenue Of Stars ditutup untuk renovation.
Jadi tak dapat la nak bergambar dengan patung bintang Hong Kong dekat situ. Baru
teringat tak dapat juga nak tengok persembahan air yang famous sangat kat situ
pada waktu malam. Adohai sedih betul ni..Kena repeat semula la gini.
|
ni dah sampai Avenue Of Stars. nampak tak kat belakang tu tertulis renovation. Sadis sungguh |
Kitaorang just tangkap tangkap gambar dekat sekitar situ
ajela.Lepak sekejap dan tengok laut diorang pastu gerak ke The Peak pulak.
Sebab kitaorang beli tiket dengan The
Klook, kena jumpa dengan diorang pukul 11.00 pagi di Stesen Central
Cara nak pergi The Peak :
1) Daripada stesen Tsim Sha Tsui (MTR yang berdekatan dengan hostel Balkis)
ambil aliran Tsuen Wan dan berhenti di
stesen Central
2) Perjalanan lebih kurang 15-20 minit sahaja
3) Dah sampai cari Exit K untuk jumpa tourist guard dari
Klook. Banyak exit dekat sini jadikan korang exit di laluan yang betul
Keluar saja dari Exit K, akan jumpa macam kawasan yang boleh
lepak lepak kejap. Sebelah kawasan ni ada bangunan mall Prince’s Building.
Sempat jugak kami menapak masuk sementara belum pukul 11.00 pagi sebab nak cari
toilet. Kagum sangat toilet diorang canggih ni canggih. Pintu utama nak masuk
toilet ni guna sensor tau, jangan salah faham bukan pintu toilet ye.
|
ni sementara tunggu wakil dari Klook datang, so isi perut sikit |
|
Nampak tak belakang patung tu ada Prince Building |
Korang boleh beli tiket untuk ke The Peak di sini >>> Peak Tram<<<<
Balkis
beli tiket combo iaitu Peak Tram + Sky Terrace + Madame Tussauds. Pakej yang
Balkis beli termasuk fast lane maknanya korang tak perlu tunggu turn lama nak naik tram. Balkis sangat galakkan korang
beli tiket Peak Tram ni guna online sebab kalau beli dekat kaunter ramai sangat
orang. Lepas beli korang kena tunggu turn lagi nak naik tram tu. Banyak masa
habis dekat sini aje.
Tepat pukul 11.00, wakil daripada Klook dah siap sedia
menunggu kitaorang. Macamana nak tau wakil KLOOK ini? Senang aje diorang bawa
bendera kecik ada lambang KLOOK. So kiatorang berkumpul, buat pengesahan , semua
dah okay baru jalan sama-sama.
|
kitaorang dapat sticker Klook after dah buat pengesahan. Takde la tercicir nanti |
Perjalanan dari Stesen Central ke Peak Tram dalam lebih
kurang 10-15 minit juga. Seperti yang dijangka, bila sampai aje memang dah
ramai orang. Tapi disebabkan Balkis dah beli sekali dengan fast lane, proses
menunggu memang tak lama sangat.
|
tara..dah sampai..ni pintu depan The Peak |
|
sape yang tak beli tiket memang kena beratur panjang gini |
Tram ni takdela besar sangat. Kalau tak dapat tempat duduk
korang kena berdiri. Sama aje macam naik train kan. Naik tram ni untuk bawa
korang sampai ke puncak dan boleh lihat permandangan Hong Kong. Perjalanan nak
ke puncak tak lama sangat dalam 10 minit rasanya.Tiket simpan elok elok ye
sebab bila dah sampai atas kena tunjuk tiket baru boleh masuk
Bila dah sampai kat atas, korang akan lalu dekat kedai
souvenier. Ada yang kata agak murah juga di sini berbanding di Ladies Market.
Balkis tak beli dekat sini, jadi memang tak dapat nak komen. Dalam tu macam
mall. Korang guna eskalator untuk naik tingkat paling atas menuju ke Sky
Terrace
|
nak menuju ke Sky Terrace |
Dekat Sky Terrace ni memang boleh nampak view Hong Kong
sepenuhnya. Sejuk memang sejuk pun.Berangin aje kat atas tu. Memang ambil
gambar banyak banyak dekat sini. Korang jugak boleh datang waktu malam dekat
sini.Ada sesetengah datang waktu petang sebab nak tengok sunset. Pilihan masa
di tangan korang.
|
view HK dari atas Sky Terrace |
Dekat dalam ni sebenarnya ada macam-macam tempat yang korang
boleh explore macam Museum Chocolate. Tapi Balkis tak pergi sebab rasa tak
berminat. Ada lagi tempat tempat lain yang korang pergi tapi Balkis memang tak
ingat dah nama apa. Boleh walk in aje beli tiket.
Dah puas bergambar dan rasai kesejukan di puncak bandar
HongKong, kitaorang terus masuk Madame Tussaud. Nak tengok patung-patung lilin
selebriti terkenal. Macam macam la selebriti
dari seluruh dunia ada termasukla ahli politik, ahli sukan dan keturunan
diraja.
|
pintu masuk Madame Tussauds |
|
Ni patung dalam Madame Tussauds. selebriti kegemaran Balkis dengan adik2 masa kecik dulu. Selalu tengok show dia dekat TV2. pastu kihkih gelak. |
|
Ni dah penat sebenarnya. Jalan non stop sebab Madame Tussauds tu besar |
Balik dari The Peak
menuju ke hostel, kitaorang singgah makan nasi beriani dekat Chungkin
Mansion. Makanan dekat sini agak murah sikit berbanding tempat lain sebab korang boleh
tawar menawar lagi. Maka berjaya la dapat nasi beriani sepinggan lebih kurang
HKD20. Tu nasi je tau belum masuk lauk lagi.
Dah kenyang balik bilik kejap berehat sebelum teruskan
aktiviti. Waktu malam Balkis dan kawan decide nak berjalan sekitar Tsim Sha
Tsui memandangakn nak tengok pertunjukan air dekat Avenue Of Stars tak dapat.
Ada banyak kedai sekitar Tsim Sha Tsui. Kalau last minit nak
beli souvenir boleh la jalan sini.Nak beli barang barang branded pun ada dekat
sini. Balkis takde membeli belah sangat dekat sini jadi memang takde nak review
sangat kedai dekat sini camana. Kitaorang jalan jalan tengok orang Hong Kong
dan ammbil angin je. Tu pun tak lama sebab tak tahan sejuk juga. Suhu dah
mencecah 8 C pada waktu ni. Gigih bertahan sebenarnya sebab bukan selalu
datang.
Berakhir la perjalanan kami untuk hari ketiga. Nanti Balkis
update next entry untuk hari keempat pula ye.
Happy reading semua
No comments:
Post a Comment