Pages

21 March 2023

Pengalaman Menarik di Shaklee Fun Day

Kali ini entri saya nak cerita yang santai-santai sikit. Kebiasaanya saya banyak menulis mengenai produk, vitamin, dan bisnes. Untuk kali ini saya tulis entri yang lebih rileks untuk di baca.

 

Pada hari Sabtu yang lalu iaitu 18h Mac, Shaklee telah menganjurkan satu majlis yang meriah untuk semua distributor Shaklee iaitu Shaklee Fun Day. Nama pun "fun"kan, harusla gempak habis. Memang enjoy masing-masing  di samping  dapat bertemu dengan group bisnes yang lain. 

Kenapa Shaklee pilih hari Sabtu? Sudah tentu hujung minggu hari yang paling sesuai untuk kita melakukan aktiviti bersama keluarga. Mak ayah pun cuti, anak-anak pun cuti dari sekolah dan inilah masa terbaik untuk bersama dengan ahli keluarga. Ini yang Shaklee cuba praktik kan supaya aktiviti yang dilakukan dapat disertai dengan ahli keluarga. 

Aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik. Bukan mak ayah aje yang seronok, anak-anak pun gembira sebab ada juga aktiviti mewarna disediakan untuk anak-anak kita. Bagi semua pengguna Shaklee anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee. Ha.. rugi kalau lepaskan peluang ini. 

Yang paling syok sekali, Shaklee telah buat promo bagi item Skincare Youth. Ni la skincare yang saya consume selama ini. Kalau siapa yang pernah cuba Youth Skicare ni, pasti tahu betapa beza nya skincare ni berbanding produk skincare yang lain. Pada hari tersebut juga, cleanser dan toner Youth ada diskaun sebanyak 5% . Untuk set kombo iaitu cleanser, toner dan SPF 50 akan dapat diskaun sebanyak 10%. Maka berduyun-duyun order masuk daripada pengguna setia Youth. rugi kot tak grab promo macamni kan.



Untuk ahli baru yang join Shaklee, jika anda mendaftar pada hari tersebut dengan pembelian minimum pembelian 100 uv  berbagai hadiah yang ditawarkan. Contohnya ada hadiah payung, notebook, seramic mug, pouch, beg. 

Tapi tidak dilupakan pada mereka yang memang sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee. Ada juga hadiah menanti anda mengikut pembelian minimum 100 uv. Seronok ye samping shopping vitamin sambil dapat banyak hadiah. 

Sedikit sebanyak dengan aktiviti sebegini dapat membantu distributor Shaklee dalam mengembangkan aktiviti Bisnes Shaklee mereka. Ini juga adalah peluang terbaik bagi anda  untuk menggandakan jualan dengan Bisnes Shaklee. Bila jualan meningkat, maka bonus untuk bulan depan pun makin meningkat.  

Saya pula selain sibuk shopping vitamin, saya ambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ahli bisnes yang selain. Kebanyakkan daripada kami hanya berinteraksi sceara online saja sebelum ini. Tapi bila ada majlis sebegini, secara tidak langsung kami dapat berkenalan antara satu sama lain. Sempat juga saya dapatkan tip-tip bisnes daripada master-master yang telah lama dalam bisnes Shaklee ini. 


Aktiviti Shaklee Fun Day ini dijalankan di Shaklee HQ PJ, Shaklee Selangor, Cheras, Shaklee Kota Bharu dan Shaklee Johor Bahru. Boleh refer entri Shaklee Fun Day di cawangan yang lain. Masing-masing meriah dengan aktiviti. Yang penting semua happy dan fun.

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves





No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com