Pages

31 March 2023

4 Idea Menu Sahur Sihat Yang Mengenyangkan


Alhamdulillah awal-awal bulan puasa ini cuaca adakalanya hujan dan ada juga panas. Begitula dugaan bulan Ramdahan ini. Hari ini sudah hampir seminggu kita berpuasa dan bersahur. Ada yang tak bangun sahur ke tu? Untuk saya dan anak-anak masih lagi dalam keadaan terkawal. Anak-anak pun bangun nasib baik  la tak buat drama yang bukan-bukan.

Mencabar juga la bersahur kali ini sebab nak kena sediakan menu sahur anak-anak sekali. Untuk anak saya mereka memang tolak nasi waktu bersahur sama macam mak dia juga la. Jadi saya memang tidak bersahur dengan nasi sebab saya memang consume Set Puasa Shaklee. Jadi menu sahur saya memang mudah dan ringkas setiap hari. 

Sahur merupakan santapan yang pertama sebelum kita berpuasa di siang hari. Fungsinya sama seperti sarapan pagi. Memilih makanan dan khasiat yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengurangkan masalah rasa cepat lapar atau rasa terlalu lapar sepanjang kita berpuasa.

Bagi menu sahur  anak-anak saya pelbagaikan menu supaya sesuai untuk kami sekeluarga. Antara Idea Menu Sahur Sihat yang saya sediakan untuk keluarga adalah : 

1) ESP+ Kurma 




Yang ni memang kegemaran  seisi keluarga. Cara sangat mudah saja Selalunya malam sebelum tidur saya akan rendamkann kurma yang telah dibersihan dan dibuang biji dan direndam dalam air suma semalama. Kemudian esok paginya, saya masukkan air rendaman kurma beserta ESP dan susu segar kedalam blender. Jadi la rasa macam milkshakes sikit kan. Yang penting kenyang sepanjang hari. 

2)Smothie Buah-Buahan

Smoothie buah-buahan yang rendah gula dapat memberikan nutrisi yang baik untuk tubuh badan anda. Boleh cuba buah-buahan sepeti pisang, strawberi, blueberi, mangga dan boleh tambahkan dengan fresh milk. Kalau saya setiap kali buat smothie buah-buahan saya akan campur sekali dengan Cinch Shakes. Memang rasa lazat dan tinggi protin. 

3) Oat dengan Kekacang dan Buah 




Oat adalah sumbers erat dan protin yang baik, dan kekacang seperti kacang almond dapat menambahkan nutrisi dan rasa yang enak. Tambahkan buah-buahan seperti pisang, blueberi ataupun strawberi untuk menambhakan rasa manis yang semulajadi

4) Sup Sayuran dengan Daging atau Ayam



Sup sayuran yang tinggi serat dan rendah kalori dapat membantu menjaga tubuh anda untuk kenyang sepanjang hari. Tambahkan daging atau ayam untuk menambahkan protin 

Ini antara menu sahur yang sihat dan mudah untuk sediakan ketika bersahur. Banyak sebenarnya menu menu yang lain yang boleh kita sediakan. Tetapi untuk saya, saya lebih memilih menu yang ringkas dan mengenyangkan. Lebih mudah disediakan sebab nak bangun awal pagi pun satu hal juga kan. Jadi nak elak banyak masa  di awal pagi, kita pilih menu yang ringkas ajela. 

Untuk lebih banyak lagi Menu Sahur yang menarik, anda boleh merujuk kepada  link Menu Sahur ini untuk rujukan. Akhir kata Selamat Berpuasa dan jangan lupa bangun sahur tau. Rugi kalau kita tak bangun sahur ni sedangkan kita sendiri sudah tahu banyak pahala untuk mereka yang bangun sahur ini kan. 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves

24 March 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

Intermittent Fasting (IF) adalah cara diet yang menjanjikan banyak manfaat kesihatan seperti penurunan berat badan, peningkatan kesihatan jantung dan penurunan gula dalam darah. Namun, seperti sama dengan cara diet yang lain, terdapat kekurangan dan risiko yang berkaitan IF. 




Tapi sebelum itu apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting ataupun dikenali sebagai IF ini adalah lebih merujuk kepada pattern tempoh masa bila hendak makan dan bila untuk tidak makan dalam sehari. Dalam sehari kita ada 24 jam secara keseluruhannya dan dalam tempoh tersebut anda boleh mengatur jadual makan 24 jam anda dengan waktu berpuasa dan waktu makan. 

Contohnya :

✔ Puasa 12 jam, makan 12 jam

✔ Puasa 16 jam, makan 8 jam

✔ Puasa 20 jam, makan 4 jam

Jadi bagaimana untuk mulakan  Intermittent Fasting ini? Ada 7 kaedah untuk melakukan Intermittent Fasting ini 

1) Overnight Fasting 

Lebih kurang macam puasa bulan Ramadan. Perlu puasa sekurangnya 12 sehari. Paling sesuai bagi mereka yang baru ingin mencuba Intermittent Fasting ini

2)Time Restricted Fasting @16/8

Puasa 14-16 jam atau puasa 16 jam dan boleh makan untuk 8 jam seterusnya. Kerapkan minum air untuk kekal terhidarat

3) Whole Day Fasting 

Puasa selama 24 jam iaitu puasa bermula jam 8 pagi hari ini sehinggalah jam 8 pagi esok harinya. Digalakkan bagi mereka yang sudah biasa melakukan Intermittent Fasting

4) Alternate Day Fasting 

Puasa sehari dan makan sehari. Pada hari yang tidak berpuasa, ambil sehingga 500 - 600  kalori sahaja sehari

5) Skipping Meal Fasting 

Puasa yang melangkaui waktu makan. Contoh kalau sebelum ini makan 5x sehari, skip beberapa waktu makan. Kekerapan makan sehari berkurangan. 

6) Choose Your Day Fasting 

Tetapkan hari untuk berpuasa 

7) 5:2 Fasting 

Makan 5 hari dengan hanya 500-600 kalori sahaja sehari dan puasa 2 hari seterusnya. Boleh dilakukan setiap minggu

Kesimpulannya untuk IF ini, kaedah yang terbaik adalah dengan panjangkan tempoh berpuasa dan pendekkan tempoh waktu makan. Dengan cara ini badan dapat membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa. 

Tapi dalam kelas yang diajar oleh Dr Redza, beliau sendiri kongsikan yang beliau sendiri tidak mengamalkan IF tetapi menasihatkan semua agar berpuasa mengikut   cara Rasulullah SAW.




Apakah Perbezaan antara IF dengan Puasa Ramadhan? 

Intermittent fasting adalah tidak boleh mengambil segala jenis  kalori tapi dibenarkan minum air atau minuman yang tidak berkalori. Tetapi semasa puasa ramadhan,  kita tidak dibenarkan minum air dan makan sepanjang masa yang ditetapkan. 

Jika anda melakukan IF melebihi 16 jam sehingga 72 jam , badan akan berupaya untuk menyingkirkan sel-sel dan toksin dalam badan dan menggantikan dengan sel-sel yang lebih sihat. Proses ini dipanggil Autophagy. Ramai yang melakukan IF sanggup berpuasa dalam tempoh yang lama untuk mencapai proses ini

Apakah Autophagy ini ? 

Authophagy adalah mekanisme semula jadi yang berlaku di dalam badan untuk menghilangkan semua zat dan toksin yang dihasilkan daripada sel-sel lama yang tidak sihat.Melalui proses ini, sel-sel yang terlibat akan memilih sel-sel yang tidak diperlukan dalam badan dan mengubahnya  menjadi tenaga dan molekul lain untuk disingkirkan.  Proses ini perlulah dilakukan secara berterusan supaya sel-sel itu sendiri berjaya menghasilkan sel-sel yang baru


Secara amnya, jika anda mengambil banyak gula secara berlebihan, ,maka sel akan mengandungi lebih banyak gula. Ia akan membentuk AGE Protin dan merosakkan sel itu sendiri. Jadi bila anda buat Autophagy ini, proses ini dapat mengembalikan sel kepada yang lebih sihat. 

Kelebihan Autophagy

  • Dapat menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengelakkan berat badan yang berlebihan
  • Mengawal tekanan darah
  • Dapat melindungi daripada penyakit kanser 
  • Mengurangkan keradangan 

Tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, proses autophagy ini hanya berlaku jika anda melakukan IF sekurang-kurangnya 18 jam ke atas sehingga 72 jam.  Tetapi saya yakin tidak semua daripada kita yang dapat melakukan IF dalam tempoh yang panjang.

Jadi dalam Islam, kita dimudahkan dengan puasa sunat atau puasa ramadhan selama 13 jam untuk mencapai autophagy ini. Tidak perlu melakukan IF dalam tempoh masa yang terlalu panjang.

Jadi kembali kepada tajuk asal entri ini, ramai yang tidak tahu IF juga ada keburukannya. Antara keburukan IF adalah : 

(1) Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian

Semasa IF dalam tempoh masa 12-15 jam kita sudah menghadkan jumlah kalori yang perlu masuk ke dalam badan. Tetapi selepas waktu berbuka tiada pelan khusus yang disediakan. Jadi jika kita tersilap makan, agak rugi juga kita buat IF tetapi berat badan tidak turun. 

(2) Memusnahkan kolagen dalam badan 

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah kolagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen. Ini bermakna kolagen  yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan

3. Mengalami keletihan melampau

Kolagen  berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika kolagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan mineral dan nutrisi micronutriens.

Kerana itu,  jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. 

Dalam kelas yang dianjurkan oleh Dr. Redza, ada beberapa jenis supplemen yang dapat membantu mempercepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu : 

  1. Revestrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric

Khas untuk pengguna Shaklee, Dr Redza ada kongsikan tiga jenis Supplemen Terbaik Shaklee yang membantu untuk mencapai proses autophagy iaitu Vivix, Res-V dan Coq-Trol Plus. 


Vivix 

                                           

Res-V
                                                                   

CoQ-Trol 


Dalam kesimpulannya, seperti cara diet yang lain, Intermittent Fasting juga mempunyai keburukan dan risiko yang lain. Untuk mendapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves

21 March 2023

Pengalaman Menarik di Shaklee Fun Day

Kali ini entri saya nak cerita yang santai-santai sikit. Kebiasaanya saya banyak menulis mengenai produk, vitamin, dan bisnes. Untuk kali ini saya tulis entri yang lebih rileks untuk di baca.

 

Pada hari Sabtu yang lalu iaitu 18h Mac, Shaklee telah menganjurkan satu majlis yang meriah untuk semua distributor Shaklee iaitu Shaklee Fun Day. Nama pun "fun"kan, harusla gempak habis. Memang enjoy masing-masing  di samping  dapat bertemu dengan group bisnes yang lain. 

Kenapa Shaklee pilih hari Sabtu? Sudah tentu hujung minggu hari yang paling sesuai untuk kita melakukan aktiviti bersama keluarga. Mak ayah pun cuti, anak-anak pun cuti dari sekolah dan inilah masa terbaik untuk bersama dengan ahli keluarga. Ini yang Shaklee cuba praktik kan supaya aktiviti yang dilakukan dapat disertai dengan ahli keluarga. 

Aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik. Bukan mak ayah aje yang seronok, anak-anak pun gembira sebab ada juga aktiviti mewarna disediakan untuk anak-anak kita. Bagi semua pengguna Shaklee anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee. Ha.. rugi kalau lepaskan peluang ini. 

Yang paling syok sekali, Shaklee telah buat promo bagi item Skincare Youth. Ni la skincare yang saya consume selama ini. Kalau siapa yang pernah cuba Youth Skicare ni, pasti tahu betapa beza nya skincare ni berbanding produk skincare yang lain. Pada hari tersebut juga, cleanser dan toner Youth ada diskaun sebanyak 5% . Untuk set kombo iaitu cleanser, toner dan SPF 50 akan dapat diskaun sebanyak 10%. Maka berduyun-duyun order masuk daripada pengguna setia Youth. rugi kot tak grab promo macamni kan.



Untuk ahli baru yang join Shaklee, jika anda mendaftar pada hari tersebut dengan pembelian minimum pembelian 100 uv  berbagai hadiah yang ditawarkan. Contohnya ada hadiah payung, notebook, seramic mug, pouch, beg. 

Tapi tidak dilupakan pada mereka yang memang sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee. Ada juga hadiah menanti anda mengikut pembelian minimum 100 uv. Seronok ye samping shopping vitamin sambil dapat banyak hadiah. 

Sedikit sebanyak dengan aktiviti sebegini dapat membantu distributor Shaklee dalam mengembangkan aktiviti Bisnes Shaklee mereka. Ini juga adalah peluang terbaik bagi anda  untuk menggandakan jualan dengan Bisnes Shaklee. Bila jualan meningkat, maka bonus untuk bulan depan pun makin meningkat.  

Saya pula selain sibuk shopping vitamin, saya ambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ahli bisnes yang selain. Kebanyakkan daripada kami hanya berinteraksi sceara online saja sebelum ini. Tapi bila ada majlis sebegini, secara tidak langsung kami dapat berkenalan antara satu sama lain. Sempat juga saya dapatkan tip-tip bisnes daripada master-master yang telah lama dalam bisnes Shaklee ini. 


Aktiviti Shaklee Fun Day ini dijalankan di Shaklee HQ PJ, Shaklee Selangor, Cheras, Shaklee Kota Bharu dan Shaklee Johor Bahru. Boleh refer entri Shaklee Fun Day di cawangan yang lain. Masing-masing meriah dengan aktiviti. Yang penting semua happy dan fun.

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves





17 March 2023

3 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia


Tahun ini 2023 merupakan tahun ke-10 saya kenal dengan vitamin Shaklee. Saya merupakan pengguna Shaklee bagi produk Set Berpantang Shaklee dari anak yang pertama sehingga anak yang ketiga. Hingga sekarang hampir banyak vitamin Shaklee yang telah saya cuba. Sehingga la beberapa tahun yang lepas baru saya tergerak hati untuk sertai bisnes dengan Shaklee. Siapa sangka daripada sebagai pengguna saya kini mendapat income dengan hasil bisnes Shaklee.

Persoalannya kenapa saya masih setia dengan jenama vitamin ini sedangkan banyak jenama vitamin lain di pasaran yang tidak kurang hebatnya juga. Nak tahu kenapa? Saya akan terangkan dalam entri ini  Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia 

Sebelum itu, Shaklee telah diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1956 dan telah mendapat gelaran "Bapa Vitamin " kerana berjaya menghasilkan multi-vitamin pertama di dunia iaitu Vitale. Beliau adalah seorang pejuang kanser dan mencari solusi dari alam semulajadi sehingga sanggup meninggalkan kerjaya beliau sebagai seorang doktor. Dari situ beliau mendapati kekuatan rumusan tumbuh-tumbuhan serta herba-herba yang akhirnya mengubati kanser beliau

Dengan kejayaan itu, Dr Shaklee terus giat memupuk kesihatan optima melalui pengamalan nutrisi untuk mencegah penyakit.Beliau juga memimpin gerakan alam sekitar, dan memperkenalkan Basic-H bahan pencuci biodegradesi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia pada tahun 1960. Shaklee juga menjadi syarikat pertama di dunia pada tahun 1960 yang memperolehi sijil "Climate Neutral"

Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia

1) Produk Shaklee adalah dari bahan semula jadi yang asli

Produk Shaklee adalah bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya dan mematuhi standard keselamatan tertinggi.Semua bahan asas dalam pembuatan supplement adalah dari bahan mentah yang asli dan disaring bagi memastikan bahan tersebuat adalah dari sumber yang asli. 

2) Nutrisi Yang Sentiasa Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Sentiasa Selamat

– Lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
– Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya. Mengamalkan konsep 'Beyond Organik' yang bermula dari penanaman, cara penanaman sehinggalah masa penuaian dan pose pengeluaran

Sentiasa Berkesan

– Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
– Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
– Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan

Sentiasa Mesra Alam

– Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi kita.
– Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam

3) Kajian Landmark (The Landmark Study)

Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

“ Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum. ”




DR. ELIZABETH BLACKBURN
Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009


Dan pada tahun 2022, Shaklee telah memenangi anugerah sebagai ''Trusted Brand Awards" bagi kategori vitamin dan supplemen untuk tahun 2021 dan 2022 yang dibuat oleh Reader Digest (diundi oleh pengguna). Semakin ramai yang memilih menjadi pengguna Shaklee dan berasa yakin dengan kesan daripada konsisten pengunaan vitamin ini. 



Antara vitamin shaklee yang menjadi kegemaraan saya adalah ESP, Vivix, Vitamin C dan GLA. Banyak sangat vitamin yang saya suka dan hampir kesemua vitamin telah saya cuba. Bukan saja saya, malah suami dan anak-anak memang pengguna Shaklee setia. 

Antara ''hot set '' vitamin yang menjadi pilihan pengguna adalah Set Cantik, Set Kurus, Set Imun Sistem dan Set Vitamin Kanak-Kanak. Bagi Set Kurus, anda boleh baca entri Set Kurus 

Itula serba sedikit kenapa saya masih setia menjadi pengguna Shaklee hingga kini . Jemput baca entri mengenai Supplemet Terbaik di sini.  Kalau anda ingin mencuba Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya di bawah ini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee


Kurus sebelum raya?? Jeng..jeng... Ada yang berminat tak? Ramai yang teringin nak kurus kan. Tapi bagaimana la nak kurus dengan jayanya kan.. 

Ha.. nak kurus sebelum raya tahun ini tak? Jom baca saya entri saya hingga habis. Semoga bermanfaat untuk mereka yang betul-betul nak kurus kali ini. 

Tapi sebelum itu, kenapa kita susah betul nak kurus kan? Sebenarnya tak susah pun nak kurus tapi yang susah untuk konsisten. Kita kalau konsisten dalam setiap apa yang kita lakukan pasti boleh. Kalau kita betul-betul konsisten nak kurus maka pasti boleh kan. 

Tambah-tambah nak dekat bulan puasa ni kan, boleh la ambil kesempatan untuk kuruskan badan ketika bulan puasa ini. Untuk bulan puasa ini, kalau nak puasa dengan bertenaga dan tak nak lemau-lemau, boleh cuba Set Puasa Shaklee. Nak terawih pun takde mengantuk lagi. 

Di sini saya nak kongsikan tips untuk kurus sebelum raya. Kali ini bagi mereka yang betul-betul semangat nak kurus, boleh cuba Set Kurus Shaklee yang mengandungi Cinch Chocolate, Omega Guard, Lecithin dan Herb Lax



Kesemua vitamin ini dapat membantu pembakaran lemak yang lebih baik jika diambil dengan cara yang betul . Antara fungsi vitamin ini adalah :

·      Cinch Shake Chocolate – adalah pengganti hidangan yang mengandungi keperluan hidangan untuk satu portion makanan dan menjadikan badan kita lebih kenyang lama

·    Omega Guard – Asid lemak omega-3 dalam Omegaguard tu bantu bakar lemak di mana ia bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon LEPTIN. Dalam bahasa ringkasnya, hormon leptin ni akan 'memberitahu' otak kita untuk mengurangkan selera makan.

    Herb Lax – agen pembuangan yang membantu badan kita membuang toksin-toksin dalam badan setiap hari. Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sukar untuk membuang setiap hari. Jika kita makan setiap hari, logik nya patutla membuang setiap hari juga.

·   Lecithin -  Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme


Selain itu, saya akan kongsikan antara testimoni daripada pelanggan setia yang telah mencuba set ini. 




Seronok bukan bila ada kawan-kawan kita yang konsisten sungguh denganSet Kurus Shaklee kan. Kalau anda nak dapat lebih banyak info mengenai set ini, boleh rujuk entri Set Kurus Shaklee 

Nak dapatkan kesemua vitamin ini dengan cara yang   mudah dan senang? Boleh hubungi Balkis di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 

Youtube Channel : Siti Balkis

Yang berminat untuk buat duit raya dengan Shaklee pun boleh hubungi saya ye. Masih sempat lagi untuk dapat  duit raya extra pada Hari Raya nanti. 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


11 March 2023

Pengalaman Best Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee

Tak lama lagi aje kita bakal berpuasa. Sudah tentu persiapan untuk menyambut ibadah Ramadan sedang rancak dilakukan. Nak fikir menu berbuka, menu bersahur lagi dan bagi yang bekerja sudah tentula kena pandai untuk susun atur masa sepanjang bulan puasa ini. 

Jangan risau, untuk memudahkan ibadah puasa, boleh dapat Set Berpuasa Shaklee di sini. Jemput juga baca entry sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman saya bersama Set Berpuasa Shaklee. Mudah sungguh ye bulan puasa saya sebelum-sebelum ini 



Cukup aje sebulan kita berpuasa, maka tibala kedatangan Bulan Syawal di mana kita bakal menyambut Hari Raya pada bulan April nanti. Masa inila banyak sangat keperluan yang nak beli kan. Baju raya untuk keluarga, kuih raya, duit raya , masak-masak untuk tetamu yang datang dan semua itula perlukan perbelanjaan yang agak besar .

Ha... belum lagi termasuk dengan kos balik ke kampung ye. Bagi yang tinggal jauh seperti Sabah dan Sarawak tentula memerlukan kos yang tinggi memandangkan tiket kapal terbang pun bukanla agak murah sekarang ini. Kalau tidak mempunyak kewangan yang stabil boleh agak pening untuk penuhi keperluan ini. 


Tapi sejak saya konsistent dengan bisnes Shaklee, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu saya menyambut Hari Raya dengan suasana yang lebih selesa. Syukur ye bila dapat duit raya awal setiap kali menjelang Hari Raya daripada Shaklee. Dapat bagi duit raya lebih kepada keluarga dan anak anak buah di kampung. Sudah tentu Hari Raya anak-anak la yang paling seronok sekali kan. 

Dengan duit raya dari Shaklee, dapat meringankan bebanan kewangan kami sekeluarga. Seronok ye bila ada extra income income setiap bulan. Bisnes pun mudah aje dari rumah dengan produk yang disediakan. Kadang nak pergi bercuti pun senang tak kalut nak fikir duit cukup ke tak.

Apa yang menarik mengenai duit raya shaklee ini, ianya tidak ada jumlah yang tertentu. Jumlah duit raya pula bergantung kepada jualan  yang kita buat pada bulan tersebut. Kalau rajin maka hasil memang gempak habis la. Ada rakan-rakan bisnes saya yang lain mampu dapat duit raya sehingga mencecah lima  angka sebulan. Menarik bukan? 

Mungkin ada yang nak dapat duit raya macam saya juga anda pun boleh lakukan. Proses hanya sama setiap seorang iaitu konsisten. Kalau konsisten memang boleh dapat hasil setiap bulan. Tak percaya?? Saya kongsikan di sini pengalaman rakan bisnes saya lain mengenai duit raya dari shaklee 

Bagi mereka yang ingin mencari duit raya masih sempat lagi bersama dengan team saya untuk kita sama-sama buat duit raya pada bulan depan. Semoga raya kali ini dapat memberikan kenangan yang indah untuk kita dan keluarga 

Nak buat bersama-sama bisnes ini , boleh contact saya di sini ye : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


9 March 2023

Puasa Jadi Mudah Dengan Set Puasa Shaklee

Ramadan tiba.. ramadan tiba..


 


Bila dah start dengar bunyi macamni maknanya  tak lama lagi aje kita nak berpuasa. Syukur alhamdulillah sekali lagi kita dapat berpuasa di bulan Ramadan. 

Seronok bila ingat kenangan bulan puasa ini. Berbuka bersama-sama, kemudian terawih beramai-ramai di masjid dan bangun untuk bersahur. Macam-macam ragam la kiranya. Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa ini memang perlukan tenaga dan energi yang lebih daripada hari biasa terutamanya mak-mak yang uruskan anak-anak kecil 

Tapi jangan risau ye dengan Set Puasa Shaklee, ramadan kali ini akan jadi lebih mudah dan senang. Untuk tahun ini, Shaklee ada keluarkan Set Puasa yang mengandungi ESP+Cinch Shakes Coklat + Performance Drink Lemon Lime. Tiga kombinasi dikatakan sangat ideal untuk membantu mereka yang sangat sibuk tapi dalam masa yang sama untuk kekal aktif bertenaga sepanjang hari puasa. 



ESP- Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa

Cinch Shakes - Membantu untuk kenyang yang lebih lama dan tidak mudah berasa lapar sepanjang hari.

Performance Drink Lemon Lime - Membekalkan tenaga yang segera dan berterusan. Mencegah dehidrasi / kehilangan air dari badan. Menghilangkan rasa haus selepas berpuasa seharian.

Bukan setakat promo set 1-2-3 ini sahaja yang shaklee bagi, ada lagi promo Cinch Shakes Twin pack yang mana anda boleh pilih perisa pilihan. Ada tiga perisa yang ditawarkan iaitu Chocolate, Vanilla dan Latte. Yang tak suka rasa plain macam ESP boleh la cuba Cinch Shakes ni

Cinch Shakes ini memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan sesuai diambil ketika sahur. Yang tak suka sahur dengan makan nasi, boleh jadikan Cinch Shakes sebagai pilihan 

Untuk saya, setiap kali berpuasa mesti kena ada ESP sebab saya adalah pengguna setia ESP. Menu kegemaran saya adalah ESP + Kurma. Memang kenyang lama ye saya boleh katakan. Minuman ini memang suami dan anak-anak pun join sekali. Boleh saya katakan inilah menu sahur saya sepanjang bulan puasa ini 


Saya juga memang waktu berbuka akan bancuh air Performance Drink sebagai hidangan untuk seisi keluarga. Bancuh air performance drink dengan letak lemon sikit atau limau, memang sedap la minum sejuk-sejuk tu. Lepas tu kan kita nak terawih takdela rasa lemau sebab kenyang makan kan. Siang hari saya sendiri tak rasa haus sangat. 

Jujurnya dengan set berpuasa shaklee ini memang memudahkan puasa saya sekeluarga. Jadi anda pun boleh rasai pengalaman ini dengan sey yang saya cadangkan. 

Kalau anda nak tahu pengalaman rakan-rakan saya yang lain berpuasa dengan set berpuasa shaklee ni boleh klik di entry set berpuasa shaklee ini. 

Nak dapatkan kesemua vitamin ini dengan cara yang   mudah dan senang? Boleh hubungi Balkis di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


5 March 2023

Review Projek Blogmegashaklee 1.0 Yang Sangat Best




Alhamdulillah selesai sudah minggu projek #blogmegashaklee 1.0 . Berdebar ye bila join aktiviti macamni sebab macam dah lama tak update dekat blog ini. .  Untuk projek kali ini, semua yang terlibat dikehendaki untuk menulis blog. Wah.. dah lama tak update blog jadinya nak update semula memang berdebar jugak la. 

Untuk projek kali ini, kami peserta yang terlibat dikehendaki untuk update dua entri sepanjang tempoh dua minggu projek ini berjalan. Bukan itu saja, kami dikehendaki untuk letak kan sekali link entri partner yang telah diberi di alam setiap entri blog kami. Daripada projek ini la saya mula untuk update blog kembali. 

Mencabar sangat sebab rasa nak menulis tapi belum ada idea nak menulis. Tapi saya bersyukur sangat kerana group peserta yang terlibat kali ini sangat sporting dan saling membantu antara satu sama lain. Bila buat beramai-ramai rasa sangat bersemangat ye. Rasa tak sabar nak habiskan entri setiap hari 

Nak tengok  entri saya sebelum ini untuk projek blogmegashaklee, boleh tengok link di bawah 

Intermittent Fasting

Set Kurus Shaklee

Bestnya bila join program ini, sekaligus saya dapat kenalan baru, dapat idea baru untuk menulis dan dapat menyusun idea dengan lebih baik. Seronok bila ada master-master upline yang sudi untuk mengajar kami berkaitan blog. Yang ni daripada tak pandai menulis blog terus pandai cepat la untuk menulis. 

Dan yang paling menarik, dengan update blog mengikut entri yang diberi setiap peserta diberikan hadiah. Hebat sangat master-master upline sebab sudi untuk berikan hadiah kepada semua peserta yang terlibat. Untuk saya, alhamdulillah dapat hadiah Nutriferon vitamin kegemaran anak-anak. 

Secara tidak langsung dengan menyertai aktiviti sebegini, dapat la saya update blog selalu dan makin bersemangat daripada sebelum ini . 

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves



Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

 



Masuk tahun ini, sudah 10 tahun saya bersama dengan Shaklee. Satu jangka masa yang agak panjang bersama dengan produk ini. Saya bermula dengan Shaklee hanyala sebagai pengguna sahaja. Bermula dengan Set Berpantang Shaklee untuk anak pertama saya sehinggala beberapa tahun kebelakanagan ini menceburi bisnes Shaklee pula. 

Saya ini bukan la seorang yang pandai berbisnes. Jadi bila hendak mula berbisnes, agak kaku, agak malu dan berbagai-bagai rasa la yang ada. Dengan keadaan diri yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bisnes, saya rasa agak susah disitu. Sehinggala saya bertemu dengan upline saya Ummi Nurul Aziyana, beliau la orang yang banyak mengajar saya mengenai peluang bisnes bersama Shaklee. 

Melihatkan kesungguhan dan kesetiaan beliau dalam bisnes Shaklee ini, maka saya jadi semakin yakin untuk bersama bisnes ini. Alhamdulillah dengan bisnes ini juga saya dapat side income selain bersama dengan kerja hakiki saya. 



Jujurnya bisnes Shaklee ini mudah saja. Hanya berbisnes dari rumah dan tidak perlu mengeluarkan modal  yang besar seperti bisnes yang lain. Daripada bisnes ini saya dapat bersosial dan mengenali rakan bisnes daripada negeri yang lain. Semuanya memberikan impak yang positif bila kita berada dalam lingkungan bisnes yang sama. Ukwah yang terjalin dalam bisnes amat saya hargai walaupaun ada masa bisnes saya bermasalah tapi kami sama-sama bangkit dan mulakan semula. 



Mereka sangat memberikan semangat untuk saya sepanjang perjalanan saya dalam bisnes ini. Biasa la adat berbisnes ada turun dan adakalanya naik. Di samping itu, yang paling saya suka adalah banyak kelas-kelas marketing dan juga kelas produk dilakukan sama ada secara offline atau online. Banyak sangat kemudahan diberikan untuk kita menambah ilmu 

Sebab  ini la saya masih bertahan dengan bisnes Shaklee bertahun lamanya bukan saja dengan produk yang berkesan, tapi disebabkan komuniti yang baik dan ikatan yang erat terjalin di antara kami.

Kalau anda berminat nak sertai team kami untuk peluang bisnes, boleh contact saya di sini. Banyak peluang menarik menarik yang Shaklee sediakan 



#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com