Pages

14 February 2023

Cara Kurus Dengan Senang dan Selamat dengan Set Kurus Shaklee

 

Weh, azam tahun baru ni aku nak kurus la..

Korang jom diet nak? Aku nak kurus ni

Seringkali dengar ayat seperti di atas, tapi berapa ramai yang mampu untuk capai hal ini. Sebut pasal kurus ini kan, pasti ramai  sangat yang nak kurus tapi tak ramai yang mampu untuk kurus dengan betul. Ada yang berjaya kurus tapi tidak konsistent. Jadi macamana nak kurus dengan selamat dan paling penting tetap maintain kurus.  Jom saya kongsikan dalam entry ini.

Untuk entry sebelum ini saya ada kongsikan mengenai diet Intermittent Fasting. Ini juga salah satu teknik untuk kurus dengan cepat dan selamat 

Ada beberapa langkah untuk kembali kurus. Di antaranya adalah

  1.  Detoks - Pembersihan' badan, set kembali sistem badan anda jadi anda akan kembali berasa segar
  2. Nutrisi - Dengan mengurangkan toksin dalam badan, badan anda sekarang akan menyerap nutrien, memberi nutrisi/khasiat dan suplemen dengan lebih baik, dan anda akan berasa lebih sihat , lebih bertenaga, lebih focus, lebih hebat
  3. Kesihatan Yang Baik - Dan hanya apabila badan anda bekerja dengan bagus beserta nutrien yang lengkap, anda akan mendapat kesihatan yang baik.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan amalkan pemakanan yang seimbang, pengambilan supplemen dapat membantu untuk badan lebih kurus dengan cepat dan seimbang. Ada beberapa supplement yang  saya ingin kongsikan di sini yang boleh memberi   manfaat untuk badan kita dengan menggunakan tiga konsep di atas.

Ini adalah set lengkap vitamin yang  lebih dikenali dengan nama “ Hello New You Set” ataupun dengan nama yang lebih mudah adalah Set Kurus Shaklee





Dalam set ini mengandungi vitamin :

·         Cinch Shake Chocolate

·         Omega Guard

·         Herb Lax

·         Lecithin

·         Vivix

Kesemua vitamin ini dapat membantu pembakaran lemak yang lebih baik jika diambil dengan cara yang betul . Antara fungsi vitamin ini adalah :

·      Cinch Shake Chocolate – adalah pennganti hidangan yang mengandungi keperluan hidangan untuk satu portion makanan dan menjadikan badan kita lebih kenyang lama

·       Omega Guard – Asid lemak omega-3 dalam Omegaguard tu bantu bakar lemak di mana ia bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon LEPTIN. Dalam bahasa ringkasnya, hormon leptin ni akan 'memberitahu' otak kita untuk mengurangkan selera makan.

·   Herb Lax – agen pembuangan yang membantu badan kita membuang toksin-toksin dalam badan setiap hari. Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sukar untuk membuang setiap hari. Jika kita makan setiap hari, logik nya patutla membuang setiap hari juga.

·   Lecithin -  Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme

·   Vivix – mengandungi polifenol yang bertindak sebagai anti angiogenesis yang membantu untuk melawan sugar craving. Ianya membantu menurunkan selera makan kita terhadap  makanan-makanan yang manis.

Jom saya kongsikan antara testimoni pengguna Set Kurus ini






Anda juga boleh rujuk entry lain mengenai set kurus ini di sini. 

Nak dapatkan kesemua vitamin ini dengan cara yang   mudah dan senang? Boleh hubungi Balkis di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 




COD SEKITAR BATU CAVES, GOMBAK DAN SELAYANG 

                 

 



               

        

9 February 2023

Cara Mudah Untuk Mulakan Intermittent Fasting

Apa itu Intermittent Fasting? 

Tahu tak apa kelebihan Intermittent Fasting sampai ramai yang sudah jadikan ianya sebagai lifestyle kehidupan kita. Ha.. jom kita kupaskan isu ini dalam entry blog kali ini 

Intermittent Fasting ataupun dikenali sebagai IF ini adalah lebih merujuk kepada pattern tempoh masa bila hendak makan dan bila untuk tidak makan dalam sehari. Dalam sehari kita ada 24 jam secara keseluruhannya dan dalam tempoh tersebut anda boleh mengatur jadual makan 24 jam anda dengan waktu berpuasa dan waktu makan. 

Contohnya :

✔ Puasa 12 jam, makan 12 jam

✔ Puasa 16 jam, makan 8 jam

✔ Puasa 20 jam, makan 4 jam

Jadi bagaimana untuk mulakan  Intermittent Fasting ini? Ada 7 kaedah untuk melakukan Intermittent Fasting ini 

1) Overnight Fasting 

Lebih kurang macam puasa bulan Ramadan. Perlu puasa sekurangnya 12 sehari. Paling sesuai bagi mereka yang baru ingin mencuba Intermittent Fasting ini

2)Time Restricted Fasting @16/8

Puasa 14-16 jam atau puasa 16 jam dan boleh makan untuk 8 jam seterusnya. Kerapkan minum air untuk kekal terhidarat

3) Whole Day Fasting 

Puasa selama 24 jam iaitu puasa bermula jam 8 pagi hari ini sehinggalah jam 8 pagi esok harinya. Digalakkan bagi mereka yang sudah biasa melakukan Intermittent Fasting

4) Alternate Day Fasting 

Puasa sehari dan makan sehari. Pada hari yang tidak berpuasa, ambil sehingga 500 - 600  kalori sahaja sehari

5) Skipping Meal Fasting 

Puasa yang melangkaui waktu makan. Contoh kalau sebelum ini makan 5x sehari, skip beberapa waktu makan. Kekerapan makan sehari berkurangan. 

6) Choose Your Day Fasting 

Tetapkan hari untuk berpuasa 

7) 5:2 Fasting 

Makan 5 hari dengan hanya 500-600 kalori sahaja sehari dan puasa 2 hari seterusnya. Boleh dilakukan setiap minggu

Tetapi jika anda adalah wanita hamil, ada masalah kesihatan seperti sakit kronik dan gangguan saluran pencernaan, sedang mengikuti jadual pengambilan ubat atau rawatan tertentu, anda tidak digalakkan untuk melakukan Intermittent Fasting ini.

Antara kelebihan Intermittent Fasting ini adalah : 

  1. Dapat menurunkan kadar insulin dalam badan 
  2. Mengurangkan penuaan 
  3. Mengurangkan berat badan
  4. Meningkatkan metabolisma 
  5. Menurunkan paras kolestrol 
  6. Meningkatkan fungsi otak
  7. Membantu mengawal selera makan 
  8. Mengurangkan oxidative stress dan inflamasi dalam badan
Untuk Balkis, memang mula-mula nak start IF ni start dengan puasa 12 jam sehari aje. Bila badan dah mula biasa dengan IF, boleh lanjutkan sehingga 20 jam sehari. Bila waktu berbuka tu, pastikan makan dengan portion yang betul. Boleh amalkan suku-suku separuh di mana banyakkan portion protin, sayur dan kurangkan portion karbohidrat. 

contoh untuk suku-suku separuh

Untuk menu sahur ataupun menu penutup sebelum mula berpuasa kembali, Balkis biasanya akan ambil ESP saja untuk cukupkan keperluan nutrisi. ESP ni mengandungi asid amino yang mencukupi dan dapat mengeyangkan perut untuk tempoh masa yang lama. 



Kadang boleh juga cuba resepi yang berlainan seperti overnight oat yang boleh diubah menu dan dicampur dengan ESP. 


Ha.. senang saja kan IF ni kan? Tak perlu nak diet teruk-teruk sangat dan nak kena sediakan menu yang susah-susah. Kalau yang jenis sibuk dan kurang ada masa, memang sesuai sangat amalkan Intermittent Fasting ni tau. Berat lebih mudah turun lepas ni. 

Kalau anda nak lebih details mengenai IF boleh rujuk artikel ini Intermittent Fasting untuk penerangan yang lebih menarik. 

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com