Pages

Showing posts with label #puasa #kurus #setpuasashaklee #setkurusshaklee #setpuasa #setkurus #pengedarshakleebatucaves. Show all posts
Showing posts with label #puasa #kurus #setpuasashaklee #setkurusshaklee #setpuasa #setkurus #pengedarshakleebatucaves. Show all posts

24 March 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

Intermittent Fasting (IF) adalah cara diet yang menjanjikan banyak manfaat kesihatan seperti penurunan berat badan, peningkatan kesihatan jantung dan penurunan gula dalam darah. Namun, seperti sama dengan cara diet yang lain, terdapat kekurangan dan risiko yang berkaitan IF. 




Tapi sebelum itu apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting ataupun dikenali sebagai IF ini adalah lebih merujuk kepada pattern tempoh masa bila hendak makan dan bila untuk tidak makan dalam sehari. Dalam sehari kita ada 24 jam secara keseluruhannya dan dalam tempoh tersebut anda boleh mengatur jadual makan 24 jam anda dengan waktu berpuasa dan waktu makan. 

Contohnya :

✔ Puasa 12 jam, makan 12 jam

✔ Puasa 16 jam, makan 8 jam

✔ Puasa 20 jam, makan 4 jam

Jadi bagaimana untuk mulakan  Intermittent Fasting ini? Ada 7 kaedah untuk melakukan Intermittent Fasting ini 

1) Overnight Fasting 

Lebih kurang macam puasa bulan Ramadan. Perlu puasa sekurangnya 12 sehari. Paling sesuai bagi mereka yang baru ingin mencuba Intermittent Fasting ini

2)Time Restricted Fasting @16/8

Puasa 14-16 jam atau puasa 16 jam dan boleh makan untuk 8 jam seterusnya. Kerapkan minum air untuk kekal terhidarat

3) Whole Day Fasting 

Puasa selama 24 jam iaitu puasa bermula jam 8 pagi hari ini sehinggalah jam 8 pagi esok harinya. Digalakkan bagi mereka yang sudah biasa melakukan Intermittent Fasting

4) Alternate Day Fasting 

Puasa sehari dan makan sehari. Pada hari yang tidak berpuasa, ambil sehingga 500 - 600  kalori sahaja sehari

5) Skipping Meal Fasting 

Puasa yang melangkaui waktu makan. Contoh kalau sebelum ini makan 5x sehari, skip beberapa waktu makan. Kekerapan makan sehari berkurangan. 

6) Choose Your Day Fasting 

Tetapkan hari untuk berpuasa 

7) 5:2 Fasting 

Makan 5 hari dengan hanya 500-600 kalori sahaja sehari dan puasa 2 hari seterusnya. Boleh dilakukan setiap minggu

Kesimpulannya untuk IF ini, kaedah yang terbaik adalah dengan panjangkan tempoh berpuasa dan pendekkan tempoh waktu makan. Dengan cara ini badan dapat membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa. 

Tapi dalam kelas yang diajar oleh Dr Redza, beliau sendiri kongsikan yang beliau sendiri tidak mengamalkan IF tetapi menasihatkan semua agar berpuasa mengikut   cara Rasulullah SAW.




Apakah Perbezaan antara IF dengan Puasa Ramadhan? 

Intermittent fasting adalah tidak boleh mengambil segala jenis  kalori tapi dibenarkan minum air atau minuman yang tidak berkalori. Tetapi semasa puasa ramadhan,  kita tidak dibenarkan minum air dan makan sepanjang masa yang ditetapkan. 

Jika anda melakukan IF melebihi 16 jam sehingga 72 jam , badan akan berupaya untuk menyingkirkan sel-sel dan toksin dalam badan dan menggantikan dengan sel-sel yang lebih sihat. Proses ini dipanggil Autophagy. Ramai yang melakukan IF sanggup berpuasa dalam tempoh yang lama untuk mencapai proses ini

Apakah Autophagy ini ? 

Authophagy adalah mekanisme semula jadi yang berlaku di dalam badan untuk menghilangkan semua zat dan toksin yang dihasilkan daripada sel-sel lama yang tidak sihat.Melalui proses ini, sel-sel yang terlibat akan memilih sel-sel yang tidak diperlukan dalam badan dan mengubahnya  menjadi tenaga dan molekul lain untuk disingkirkan.  Proses ini perlulah dilakukan secara berterusan supaya sel-sel itu sendiri berjaya menghasilkan sel-sel yang baru


Secara amnya, jika anda mengambil banyak gula secara berlebihan, ,maka sel akan mengandungi lebih banyak gula. Ia akan membentuk AGE Protin dan merosakkan sel itu sendiri. Jadi bila anda buat Autophagy ini, proses ini dapat mengembalikan sel kepada yang lebih sihat. 

Kelebihan Autophagy

  • Dapat menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengelakkan berat badan yang berlebihan
  • Mengawal tekanan darah
  • Dapat melindungi daripada penyakit kanser 
  • Mengurangkan keradangan 

Tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, proses autophagy ini hanya berlaku jika anda melakukan IF sekurang-kurangnya 18 jam ke atas sehingga 72 jam.  Tetapi saya yakin tidak semua daripada kita yang dapat melakukan IF dalam tempoh yang panjang.

Jadi dalam Islam, kita dimudahkan dengan puasa sunat atau puasa ramadhan selama 13 jam untuk mencapai autophagy ini. Tidak perlu melakukan IF dalam tempoh masa yang terlalu panjang.

Jadi kembali kepada tajuk asal entri ini, ramai yang tidak tahu IF juga ada keburukannya. Antara keburukan IF adalah : 

(1) Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian

Semasa IF dalam tempoh masa 12-15 jam kita sudah menghadkan jumlah kalori yang perlu masuk ke dalam badan. Tetapi selepas waktu berbuka tiada pelan khusus yang disediakan. Jadi jika kita tersilap makan, agak rugi juga kita buat IF tetapi berat badan tidak turun. 

(2) Memusnahkan kolagen dalam badan 

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah kolagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen. Ini bermakna kolagen  yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan

3. Mengalami keletihan melampau

Kolagen  berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika kolagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan mineral dan nutrisi micronutriens.

Kerana itu,  jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. 

Dalam kelas yang dianjurkan oleh Dr. Redza, ada beberapa jenis supplemen yang dapat membantu mempercepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu : 

  1. Revestrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric

Khas untuk pengguna Shaklee, Dr Redza ada kongsikan tiga jenis Supplemen Terbaik Shaklee yang membantu untuk mencapai proses autophagy iaitu Vivix, Res-V dan Coq-Trol Plus. 


Vivix 

                                           

Res-V
                                                                   

CoQ-Trol 


Dalam kesimpulannya, seperti cara diet yang lain, Intermittent Fasting juga mempunyai keburukan dan risiko yang lain. Untuk mendapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves

14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee


Kurus sebelum raya?? Jeng..jeng... Ada yang berminat tak? Ramai yang teringin nak kurus kan. Tapi bagaimana la nak kurus dengan jayanya kan.. 

Ha.. nak kurus sebelum raya tahun ini tak? Jom baca saya entri saya hingga habis. Semoga bermanfaat untuk mereka yang betul-betul nak kurus kali ini. 

Tapi sebelum itu, kenapa kita susah betul nak kurus kan? Sebenarnya tak susah pun nak kurus tapi yang susah untuk konsisten. Kita kalau konsisten dalam setiap apa yang kita lakukan pasti boleh. Kalau kita betul-betul konsisten nak kurus maka pasti boleh kan. 

Tambah-tambah nak dekat bulan puasa ni kan, boleh la ambil kesempatan untuk kuruskan badan ketika bulan puasa ini. Untuk bulan puasa ini, kalau nak puasa dengan bertenaga dan tak nak lemau-lemau, boleh cuba Set Puasa Shaklee. Nak terawih pun takde mengantuk lagi. 

Di sini saya nak kongsikan tips untuk kurus sebelum raya. Kali ini bagi mereka yang betul-betul semangat nak kurus, boleh cuba Set Kurus Shaklee yang mengandungi Cinch Chocolate, Omega Guard, Lecithin dan Herb Lax



Kesemua vitamin ini dapat membantu pembakaran lemak yang lebih baik jika diambil dengan cara yang betul . Antara fungsi vitamin ini adalah :

·      Cinch Shake Chocolate – adalah pengganti hidangan yang mengandungi keperluan hidangan untuk satu portion makanan dan menjadikan badan kita lebih kenyang lama

·    Omega Guard – Asid lemak omega-3 dalam Omegaguard tu bantu bakar lemak di mana ia bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon LEPTIN. Dalam bahasa ringkasnya, hormon leptin ni akan 'memberitahu' otak kita untuk mengurangkan selera makan.

    Herb Lax – agen pembuangan yang membantu badan kita membuang toksin-toksin dalam badan setiap hari. Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sukar untuk membuang setiap hari. Jika kita makan setiap hari, logik nya patutla membuang setiap hari juga.

·   Lecithin -  Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme. 


Selain itu, saya akan kongsikan antara testimoni daripada pelanggan setia yang telah mencuba set ini. 




Seronok bukan bila ada kawan-kawan kita yang konsisten sungguh denganSet Kurus Shaklee kan. Kalau anda nak dapat lebih banyak info mengenai set ini, boleh rujuk entri Set Kurus Shaklee 

Nak dapatkan kesemua vitamin ini dengan cara yang   mudah dan senang? Boleh hubungi Balkis di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 

Youtube Channel : Siti Balkis

Yang berminat untuk buat duit raya dengan Shaklee pun boleh hubungi saya ye. Masih sempat lagi untuk dapat  duit raya extra pada Hari Raya nanti. 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


9 March 2023

Puasa Jadi Mudah Dengan Set Puasa Shaklee

Ramadan tiba.. ramadan tiba..


 


Bila dah start dengar bunyi macamni maknanya  tak lama lagi aje kita nak berpuasa. Syukur alhamdulillah sekali lagi kita dapat berpuasa di bulan Ramadan. 

Seronok bila ingat kenangan bulan puasa ini. Berbuka bersama-sama, kemudian terawih beramai-ramai di masjid dan bangun untuk bersahur. Macam-macam ragam la kiranya. Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa ini memang perlukan tenaga dan energi yang lebih daripada hari biasa terutamanya mak-mak yang uruskan anak-anak kecil 

Tapi jangan risau ye dengan Set Puasa Shaklee, ramadan kali ini akan jadi lebih mudah dan senang. Untuk tahun ini, Shaklee ada keluarkan Set Puasa yang mengandungi ESP+Cinch Shakes Coklat + Performance Drink Lemon Lime. Tiga kombinasi dikatakan sangat ideal untuk membantu mereka yang sangat sibuk tapi dalam masa yang sama untuk kekal aktif bertenaga sepanjang hari puasa. 



ESP- Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa

Cinch Shakes - Membantu untuk kenyang yang lebih lama dan tidak mudah berasa lapar sepanjang hari.

Performance Drink Lemon Lime - Membekalkan tenaga yang segera dan berterusan. Mencegah dehidrasi / kehilangan air dari badan. Menghilangkan rasa haus selepas berpuasa seharian.

Bukan setakat promo set 1-2-3 ini sahaja yang shaklee bagi, ada lagi promo Cinch Shakes Twin pack yang mana anda boleh pilih perisa pilihan. Ada tiga perisa yang ditawarkan iaitu Chocolate, Vanilla dan Latte. Yang tak suka rasa plain macam ESP boleh la cuba Cinch Shakes ni

Cinch Shakes ini memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan sesuai diambil ketika sahur. Yang tak suka sahur dengan makan nasi, boleh jadikan Cinch Shakes sebagai pilihan 

Untuk saya, setiap kali berpuasa mesti kena ada ESP sebab saya adalah pengguna setia ESP. Menu kegemaran saya adalah ESP + Kurma. Memang kenyang lama ye saya boleh katakan. Minuman ini memang suami dan anak-anak pun join sekali. Boleh saya katakan inilah menu sahur saya sepanjang bulan puasa ini 


Saya juga memang waktu berbuka akan bancuh air Performance Drink sebagai hidangan untuk seisi keluarga. Bancuh air performance drink dengan letak lemon sikit atau limau, memang sedap la minum sejuk-sejuk tu. Lepas tu kan kita nak terawih takdela rasa lemau sebab kenyang makan kan. Siang hari saya sendiri tak rasa haus sangat. 

Jujurnya dengan set berpuasa shaklee ini memang memudahkan puasa saya sekeluarga. Jadi anda pun boleh rasai pengalaman ini dengan sey yang saya cadangkan. 

Kalau anda nak tahu pengalaman rakan-rakan saya yang lain berpuasa dengan set berpuasa shaklee ni boleh klik di entry set berpuasa shaklee ini. 

Nak dapatkan kesemua vitamin ini dengan cara yang   mudah dan senang? Boleh hubungi Balkis di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves


Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com