Pages

24 March 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

Intermittent Fasting (IF) adalah cara diet yang menjanjikan banyak manfaat kesihatan seperti penurunan berat badan, peningkatan kesihatan jantung dan penurunan gula dalam darah. Namun, seperti sama dengan cara diet yang lain, terdapat kekurangan dan risiko yang berkaitan IF. 




Tapi sebelum itu apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting ataupun dikenali sebagai IF ini adalah lebih merujuk kepada pattern tempoh masa bila hendak makan dan bila untuk tidak makan dalam sehari. Dalam sehari kita ada 24 jam secara keseluruhannya dan dalam tempoh tersebut anda boleh mengatur jadual makan 24 jam anda dengan waktu berpuasa dan waktu makan. 

Contohnya :

✔ Puasa 12 jam, makan 12 jam

✔ Puasa 16 jam, makan 8 jam

✔ Puasa 20 jam, makan 4 jam

Jadi bagaimana untuk mulakan  Intermittent Fasting ini? Ada 7 kaedah untuk melakukan Intermittent Fasting ini 

1) Overnight Fasting 

Lebih kurang macam puasa bulan Ramadan. Perlu puasa sekurangnya 12 sehari. Paling sesuai bagi mereka yang baru ingin mencuba Intermittent Fasting ini

2)Time Restricted Fasting @16/8

Puasa 14-16 jam atau puasa 16 jam dan boleh makan untuk 8 jam seterusnya. Kerapkan minum air untuk kekal terhidarat

3) Whole Day Fasting 

Puasa selama 24 jam iaitu puasa bermula jam 8 pagi hari ini sehinggalah jam 8 pagi esok harinya. Digalakkan bagi mereka yang sudah biasa melakukan Intermittent Fasting

4) Alternate Day Fasting 

Puasa sehari dan makan sehari. Pada hari yang tidak berpuasa, ambil sehingga 500 - 600  kalori sahaja sehari

5) Skipping Meal Fasting 

Puasa yang melangkaui waktu makan. Contoh kalau sebelum ini makan 5x sehari, skip beberapa waktu makan. Kekerapan makan sehari berkurangan. 

6) Choose Your Day Fasting 

Tetapkan hari untuk berpuasa 

7) 5:2 Fasting 

Makan 5 hari dengan hanya 500-600 kalori sahaja sehari dan puasa 2 hari seterusnya. Boleh dilakukan setiap minggu

Kesimpulannya untuk IF ini, kaedah yang terbaik adalah dengan panjangkan tempoh berpuasa dan pendekkan tempoh waktu makan. Dengan cara ini badan dapat membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa. 

Tapi dalam kelas yang diajar oleh Dr Redza, beliau sendiri kongsikan yang beliau sendiri tidak mengamalkan IF tetapi menasihatkan semua agar berpuasa mengikut   cara Rasulullah SAW.




Apakah Perbezaan antara IF dengan Puasa Ramadhan? 

Intermittent fasting adalah tidak boleh mengambil segala jenis  kalori tapi dibenarkan minum air atau minuman yang tidak berkalori. Tetapi semasa puasa ramadhan,  kita tidak dibenarkan minum air dan makan sepanjang masa yang ditetapkan. 

Jika anda melakukan IF melebihi 16 jam sehingga 72 jam , badan akan berupaya untuk menyingkirkan sel-sel dan toksin dalam badan dan menggantikan dengan sel-sel yang lebih sihat. Proses ini dipanggil Autophagy. Ramai yang melakukan IF sanggup berpuasa dalam tempoh yang lama untuk mencapai proses ini

Apakah Autophagy ini ? 

Authophagy adalah mekanisme semula jadi yang berlaku di dalam badan untuk menghilangkan semua zat dan toksin yang dihasilkan daripada sel-sel lama yang tidak sihat.Melalui proses ini, sel-sel yang terlibat akan memilih sel-sel yang tidak diperlukan dalam badan dan mengubahnya  menjadi tenaga dan molekul lain untuk disingkirkan.  Proses ini perlulah dilakukan secara berterusan supaya sel-sel itu sendiri berjaya menghasilkan sel-sel yang baru


Secara amnya, jika anda mengambil banyak gula secara berlebihan, ,maka sel akan mengandungi lebih banyak gula. Ia akan membentuk AGE Protin dan merosakkan sel itu sendiri. Jadi bila anda buat Autophagy ini, proses ini dapat mengembalikan sel kepada yang lebih sihat. 

Kelebihan Autophagy

  • Dapat menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengelakkan berat badan yang berlebihan
  • Mengawal tekanan darah
  • Dapat melindungi daripada penyakit kanser 
  • Mengurangkan keradangan 

Tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, proses autophagy ini hanya berlaku jika anda melakukan IF sekurang-kurangnya 18 jam ke atas sehingga 72 jam.  Tetapi saya yakin tidak semua daripada kita yang dapat melakukan IF dalam tempoh yang panjang.

Jadi dalam Islam, kita dimudahkan dengan puasa sunat atau puasa ramadhan selama 13 jam untuk mencapai autophagy ini. Tidak perlu melakukan IF dalam tempoh masa yang terlalu panjang.

Jadi kembali kepada tajuk asal entri ini, ramai yang tidak tahu IF juga ada keburukannya. Antara keburukan IF adalah : 

(1) Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian

Semasa IF dalam tempoh masa 12-15 jam kita sudah menghadkan jumlah kalori yang perlu masuk ke dalam badan. Tetapi selepas waktu berbuka tiada pelan khusus yang disediakan. Jadi jika kita tersilap makan, agak rugi juga kita buat IF tetapi berat badan tidak turun. 

(2) Memusnahkan kolagen dalam badan 

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah kolagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen. Ini bermakna kolagen  yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan

3. Mengalami keletihan melampau

Kolagen  berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika kolagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan mineral dan nutrisi micronutriens.

Kerana itu,  jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. 

Dalam kelas yang dianjurkan oleh Dr. Redza, ada beberapa jenis supplemen yang dapat membantu mempercepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu : 

  1. Revestrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric

Khas untuk pengguna Shaklee, Dr Redza ada kongsikan tiga jenis Supplemen Terbaik Shaklee yang membantu untuk mencapai proses autophagy iaitu Vivix, Res-V dan Coq-Trol Plus. 


Vivix 

                                           

Res-V
                                                                   

CoQ-Trol 


Dalam kesimpulannya, seperti cara diet yang lain, Intermittent Fasting juga mempunyai keburukan dan risiko yang lain. Untuk mendapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya di sini : 

 Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves

21 March 2023

Pengalaman Menarik di Shaklee Fun Day

Kali ini entri saya nak cerita yang santai-santai sikit. Kebiasaanya saya banyak menulis mengenai produk, vitamin, dan bisnes. Untuk kali ini saya tulis entri yang lebih rileks untuk di baca.

 

Pada hari Sabtu yang lalu iaitu 18h Mac, Shaklee telah menganjurkan satu majlis yang meriah untuk semua distributor Shaklee iaitu Shaklee Fun Day. Nama pun "fun"kan, harusla gempak habis. Memang enjoy masing-masing  di samping  dapat bertemu dengan group bisnes yang lain. 

Kenapa Shaklee pilih hari Sabtu? Sudah tentu hujung minggu hari yang paling sesuai untuk kita melakukan aktiviti bersama keluarga. Mak ayah pun cuti, anak-anak pun cuti dari sekolah dan inilah masa terbaik untuk bersama dengan ahli keluarga. Ini yang Shaklee cuba praktik kan supaya aktiviti yang dilakukan dapat disertai dengan ahli keluarga. 

Aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik. Bukan mak ayah aje yang seronok, anak-anak pun gembira sebab ada juga aktiviti mewarna disediakan untuk anak-anak kita. Bagi semua pengguna Shaklee anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee. Ha.. rugi kalau lepaskan peluang ini. 

Yang paling syok sekali, Shaklee telah buat promo bagi item Skincare Youth. Ni la skincare yang saya consume selama ini. Kalau siapa yang pernah cuba Youth Skicare ni, pasti tahu betapa beza nya skincare ni berbanding produk skincare yang lain. Pada hari tersebut juga, cleanser dan toner Youth ada diskaun sebanyak 5% . Untuk set kombo iaitu cleanser, toner dan SPF 50 akan dapat diskaun sebanyak 10%. Maka berduyun-duyun order masuk daripada pengguna setia Youth. rugi kot tak grab promo macamni kan.



Untuk ahli baru yang join Shaklee, jika anda mendaftar pada hari tersebut dengan pembelian minimum pembelian 100 uv  berbagai hadiah yang ditawarkan. Contohnya ada hadiah payung, notebook, seramic mug, pouch, beg. 

Tapi tidak dilupakan pada mereka yang memang sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee. Ada juga hadiah menanti anda mengikut pembelian minimum 100 uv. Seronok ye samping shopping vitamin sambil dapat banyak hadiah. 

Sedikit sebanyak dengan aktiviti sebegini dapat membantu distributor Shaklee dalam mengembangkan aktiviti Bisnes Shaklee mereka. Ini juga adalah peluang terbaik bagi anda  untuk menggandakan jualan dengan Bisnes Shaklee. Bila jualan meningkat, maka bonus untuk bulan depan pun makin meningkat.  

Saya pula selain sibuk shopping vitamin, saya ambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ahli bisnes yang selain. Kebanyakkan daripada kami hanya berinteraksi sceara online saja sebelum ini. Tapi bila ada majlis sebegini, secara tidak langsung kami dapat berkenalan antara satu sama lain. Sempat juga saya dapatkan tip-tip bisnes daripada master-master yang telah lama dalam bisnes Shaklee ini. 


Aktiviti Shaklee Fun Day ini dijalankan di Shaklee HQ PJ, Shaklee Selangor, Cheras, Shaklee Kota Bharu dan Shaklee Johor Bahru. Boleh refer entri Shaklee Fun Day di cawangan yang lain. Masing-masing meriah dengan aktiviti. Yang penting semua happy dan fun.

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 atau klik dekat link wasap di bawah 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves





Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com