Pada 13 April bulan lepas, Balkis berkesempatan menyertai Youth Roadshow yang dianjurkan oleh Shaklee. Disebabkan tiket untuk Youth Roadshow ni laku keras di Kuala Lumpur, maka terpaksa Balkis cari alternatif lain.
Bincang dengan suami, dah dapat green light terus beli Youth Roadshow Ticket dekat Kuantan. Kenapa Balkis pilih Kuantan daripada negeri yang lain? Sebab nya upline Balkis tinggal dekat sana. Senang sikit ambil kesempatan bercoaching. Selain itu, Kuantan memang tempat kegemaran suami dan Balkis bila kami bercuti. Boleh bawa anak anak pergi pantai katanya
Lepas check in dekat De Rhu Beach Resort, berehat sekejap ,lewat petang suami hantar Balkis ke Shahzan Inn di mana Youth Roadshow diadakan. Sempat lagi singgah makan dekat Kula Cakes sebab nak makan Mango Cheese Cake yang viral. Tak pernah miss kalau datang Kuantan ni
sampai pukul 6.30 petang, tak ramai yang dah sampai |
Acara bermula jam 8.00 malam. Tapi disebabkan Balkis sampai awal sekitar 6.30 petang,Balkis terpilih menjalani pemeriksaan percuma untuk kulit bagi 15 orang terawar sahaja. Yesss...excited nak tahu keadaan kulit kita camana kan. Sebelum ini memang tak pernah pun nak buat skin test macam ni
After dah buat skin analysis, ada consultation mengenai kulit wajah kita. Nutritionist akan bagi advice the best vitamin yang sesuai untuk kulit bagi mengatasi masalah wajah kita.
Alhamdulillah wajah Balkis memang tiada masalah jerawat dan jeragat. Tinggal nak tinggalkan parut parut jerawat yang degil saja. Bila kita dah tahu masalah kulit, rasa semangat betul nak berikan penjagaan yang sebaiknya untuk kulit .
Dulu Balkis memang ada masalah kulit berminyak. Sebab itu jerawat memang banyak jugak.Memang stress sangat dibuatnya. Tapi disebabkan Balkis konsisten amalkan Vitamin C dan ESP, hilang terus masalah kulit berminyak. Jerawat pun dah segan segan nak ada.
Bila buat skin test, memang terbukti Balkis dah tiada masalah berminyak sebab kawalan minyak pada wajah Balkis berada paras neutral. Tak rugi la sebelum ini Balkis telan vitamin Shaklee kan
Tepat jam 8 malam, Youth Roadshow pun dimulakan. Nutritionist Shaklee menerangkan satu persatu mengenai produk Youth dan cara penggunaan yang betul. Malam itu, memang kami semua berfacial sendiri sambil dibantu oleh Nutritionist Shaklee.
aksesori Youth |
Happy Faces semua ni |
Best rasa bila tahu cara urutan di wajah yang betul. Lagi best bila gunakan produk Youth. Boleh facial saja dekat rumah. Nak tahu lebih lanjut mengenai produk Youth, boleh klik disini
>>>>>> YOUTH IS HOPE <<<<<<<<<
>>>>>>> JERAWAT DAN YOUTH <<<<<<<<
>>>>>>>>> JERAGAT DAN YOUTH <<<<<<<<
>>>>>>>>> TESTIMONI YOUTH <<<<<<<<<<<<
Jujurnya Balkis sangat rekemen kan produk Youth ini kepada anda semua tambah tambah yang memang mengalami masalah kulit dan tersalah pakai produk kecantikan. Produk Youth memang sudah buat testing kepada 60 orang wanita dalam lingkungan pelbagai umur dan pelbagai masalah kulit wajah. Hasilnya memang 100% berkesan untuk wajah mereka. Sebab itu, Shaklee mengambil masa selama 8 tahun untuk hasilkan Youth ini.. Bukan 8 bulan atau 8 minggu ye..
Jadi jika anda ingin mendapatkan khidmat Balkis sebagai Beauty Consultant anda, boleh hubungi Balkis di sini :
Talian/ Whatsapp / Telegram : 0192463390
Untuk dapatkan produk Shaklee tanpa hubungi Balkis, anda boleh klik di sini ESELL SHAKLEE
No comments:
Post a Comment