Sakit kepala rasa macam nak pecah aje bila setiap kali migrain menyerang. Bila cuaca terlalu panas juga boleh mendorong migrain lebih senang datang. Setiap kali datang migrain, kelam kabut nak ambil ubat tahan sakit sebab tak tahan nak menanggung kesakitan migrain ni.
Takkan nak ambil ubat tahan sakit setiap masa kan?? Ada tak cara lain nak atasi migrain daripada berulang?
Bagaimana Sakit Migrain Ini Berlaku?
Migrain merupakan adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.Di anggarkan kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain. Kebiasannya migrain bermula dari zaman remaja dan akan berkurangan selepas umur 45-50 tahun.
Sakit migrain ini berlaku apabila saluran-saluran darah dalam kepala yang membekalkan darah ke kulit kepala serta otak mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Faktor -faktor yang Menyebabkan Migrain Berlaku
- Stress ataupun tekanan
- Pengambilan alkohol
- Faktor makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
- Tidak cukup tidur
- Perubahan hormon ketika haid
- Tabiat merokok
Jenis-jenis Migrain
1) Migrain Klasik - sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal yang dikenali sebagai 'aura' akan dialami sebagai tanda amaran. 'Aura' yang kebiasaannya dialami seperti ternampak kilauan cahaya, garisan zigzang, penglihatan berbayang, kebas, pening dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas keadaan ini berakhir, barula migrain akan datang menyerang
2) Migrain Biasa - sakit kepala menyerang dengan tiba-tiba tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami oleh kaum wanita.
Tanda-tanda Berlakunya Migrain
1) Sakit Kepala
- Biasanya sakit kepala akan terjadi pada sebelah kepala sahaja dan digambarkan sebagai 'berdenyut'. Kadang kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua dua belah kepala. Kesakitan akan bertambah secara perlahan-lahan , selepas itu beransur hilang dan akan pulih dengan sendirinya dalam tempoh sehari. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap dalam seminggu.
2) Tidak tahan cahaya yang terang ataupun bunyi yang kuat. Pesakit migrain lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang
3) Aura (biasanya berlaku dalam tempoh 1-15 minit). Aura bermaksud tanda-tanda awal sebelum migrain menyerang. Antara contoh-contoh aura adalah :
- Aura penglihatan contohnya kehilangan sebahagian penglihatan secara sementara, dan kerlipan cahaya seperti zigzag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
- Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
- Masalah pertuturan
Hilangkan Sakit Migrain Dengan Supplemen Semulajadi
1) B-Complex
Kandungan Vitamin B2 ( RIBOFLAVIN) dan Vitamin B6 (PYRIDOXINE ) dapat mengurangkan gejala sakit kepala. Vitamin B lengkap yang terkandung dalam vitamin ini bukan sahaja dapat mengurangkan sakit kepala tetapi juga mencegah daripada penyakit lain seperti tekanan dan strok kerana berfungsi dalam menstabilkan hormon
2) Ostematrix
Mengandungi kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi. Kandungan magnesium berupaya mencegah kekejangan pembuluh darah. Kekejangan pembuluh darah ini akan menyebabkan gejala migrain berlaku.
Selain itu kedua dua vitamin ini dapat memgekalkan tekanan darah normal, membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, meningkatkan fungsi otak, mengurangkan sistem kemurungan dan tekanan, membantu pengecutan otot dan saraf, dan B-Complex sebagai agen anti stress.
3) Omega Guard
Mengandungi Asid Lemak yang dapat menghalang keradangan daripada berlaku.Ini sekaligus dapat mengurangkan migrain menjadi lebin teruk
Antara Pengguna yang Mencuba Set Migrain Shaklee
Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.
.
Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.
Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambil Set Migrain ni.
Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.
Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.
Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.
Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!
Anda-anda yang diluar sana mengalami masalah migrain macam pengguna di atas, dah tak perlu risau lagi, Dah ada cara untuk mengatasi masalah migrain dengan selamat. Hubungi Balkis seperti di bawah :
Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Fb : Siti Balkis
Fb Page : Anggun Blossom Beauty Care
COD SEKITAR : BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG
No comments:
Post a Comment