Pages

11 April 2018

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS


Untuk hari ketiga di HongKong, Balkis decide nak pergi Avenue Of Stars dan The Peak. Bangun awal juga pagi ni sebab nak kejar masa nak pergi The Peak lagi kan. Kiranya ini perancangan awal kan. Tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
view waktu pagi dekat Hong Kong

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
Cross jalan nak pergi Avenue of Star. Dekat aje
Alkisahnya…dari  Chungkin Mansion nak pergi Avenue Of Stars ni dekat sangat. Jalan kaki lebih kurang 5-10 minit. Bila dah sampai, baru tahu Avenue Of Stars ditutup untuk renovation. Jadi tak dapat la nak bergambar dengan patung bintang Hong Kong dekat situ. Baru teringat tak dapat juga nak tengok persembahan air yang famous sangat kat situ pada waktu malam. Adohai sedih betul ni..Kena repeat semula la gini.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
ni dah sampai Avenue Of Stars. nampak tak kat belakang tu tertulis renovation. Sadis sungguh

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS


Kitaorang just tangkap tangkap gambar dekat sekitar situ ajela.Lepak sekejap dan tengok laut diorang pastu gerak ke The Peak pulak. Sebab kitaorang  beli tiket dengan The Klook, kena jumpa dengan diorang pukul 11.00 pagi di Stesen Central

Cara nak pergi The Peak :
1) Daripada stesen Tsim Sha Tsui  (MTR yang berdekatan dengan hostel Balkis) ambil aliran Tsuen Wan dan berhenti  di stesen Central
2) Perjalanan lebih kurang 15-20 minit sahaja
3) Dah sampai cari Exit K untuk jumpa tourist guard dari Klook. Banyak exit dekat sini jadikan korang exit di laluan yang betul

Keluar saja dari Exit K, akan jumpa macam kawasan yang boleh lepak lepak kejap. Sebelah kawasan ni ada bangunan mall Prince’s Building. Sempat jugak kami menapak masuk sementara belum pukul 11.00 pagi sebab nak cari toilet. Kagum sangat toilet diorang canggih ni canggih. Pintu utama nak masuk toilet ni guna sensor tau, jangan salah faham bukan pintu toilet ye.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
ni sementara tunggu wakil dari Klook datang, so isi perut sikit

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
Nampak tak belakang patung tu ada Prince Building

Korang boleh beli tiket untuk ke The Peak di sini >>> Peak Tram<<<<

Balkis beli tiket combo iaitu Peak Tram + Sky Terrace + Madame Tussauds. Pakej yang Balkis beli termasuk fast lane maknanya korang tak perlu tunggu turn lama  nak naik tram. Balkis sangat galakkan korang beli tiket Peak Tram ni guna online sebab kalau beli dekat kaunter ramai sangat orang. Lepas beli korang kena tunggu turn lagi nak naik tram tu. Banyak masa habis dekat sini aje.

Tepat pukul 11.00, wakil daripada Klook dah siap sedia menunggu kitaorang. Macamana nak tau wakil KLOOK ini? Senang aje diorang bawa bendera kecik ada lambang KLOOK. So kiatorang berkumpul, buat pengesahan , semua dah okay baru jalan sama-sama.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
kitaorang dapat sticker Klook after dah buat pengesahan. Takde la tercicir nanti
Perjalanan dari Stesen Central ke Peak Tram dalam lebih kurang 10-15 minit juga. Seperti yang dijangka, bila sampai aje memang dah ramai orang. Tapi disebabkan Balkis dah beli sekali dengan fast lane, proses menunggu memang tak lama sangat.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
tara..dah sampai..ni pintu depan The Peak


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
sape yang tak beli tiket memang kena beratur panjang gini

Tram ni takdela besar sangat. Kalau tak dapat tempat duduk korang kena berdiri. Sama aje macam naik train kan. Naik tram ni untuk bawa korang sampai ke puncak dan boleh lihat permandangan Hong Kong. Perjalanan nak ke puncak tak lama sangat dalam 10 minit rasanya.Tiket simpan elok elok ye sebab bila dah sampai atas kena tunjuk tiket baru boleh masuk




Bila dah sampai kat atas, korang akan lalu dekat kedai souvenier. Ada yang kata agak murah juga di sini berbanding di Ladies Market. Balkis tak beli dekat sini, jadi memang tak dapat nak komen. Dalam tu macam mall. Korang guna eskalator untuk naik tingkat paling atas menuju ke Sky Terrace


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
nak menuju ke Sky Terrace
Dekat Sky Terrace ni memang boleh nampak view Hong Kong sepenuhnya. Sejuk memang sejuk pun.Berangin aje kat atas tu. Memang ambil gambar banyak banyak dekat sini. Korang jugak boleh datang waktu malam dekat sini.Ada sesetengah datang waktu petang sebab nak tengok sunset. Pilihan masa di tangan korang.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
view HK dari atas Sky Terrace
Dekat dalam ni sebenarnya ada macam-macam tempat yang korang boleh explore macam Museum Chocolate. Tapi Balkis tak pergi sebab rasa tak berminat. Ada lagi tempat tempat lain yang korang pergi tapi Balkis memang tak ingat dah nama apa. Boleh walk in aje beli tiket.

Dah puas bergambar dan rasai kesejukan di puncak bandar HongKong, kitaorang terus masuk Madame Tussaud. Nak tengok patung-patung lilin selebriti terkenal. Macam macam la selebriti  dari seluruh dunia ada termasukla ahli politik, ahli sukan dan keturunan diraja.


HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
pintu masuk Madame Tussauds

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
Ni patung dalam Madame Tussauds. selebriti kegemaran Balkis dengan adik2 masa kecik dulu. Selalu tengok show dia dekat TV2. pastu kihkih gelak.

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS

HARI KETIGA BERCUTI DI HONG KONG : THE PEAK, SKY TERRACE DAN MADAME TUSSAUDS
Ni dah penat sebenarnya. Jalan non stop sebab Madame Tussauds tu besar

Balik dari The Peak  menuju ke hostel, kitaorang singgah makan nasi beriani dekat Chungkin Mansion. Makanan dekat sini agak murah sikit berbanding tempat lain sebab korang boleh tawar menawar lagi. Maka berjaya la dapat nasi beriani sepinggan lebih kurang HKD20. Tu nasi je tau belum masuk lauk lagi.

Dah kenyang balik bilik kejap berehat sebelum teruskan aktiviti. Waktu malam Balkis dan kawan decide nak berjalan sekitar Tsim Sha Tsui memandangakn nak tengok pertunjukan air dekat Avenue Of Stars tak dapat.

Ada banyak kedai sekitar Tsim Sha Tsui. Kalau last minit nak beli souvenir boleh la jalan sini.Nak beli barang barang branded pun ada dekat sini. Balkis takde membeli belah sangat dekat sini jadi memang takde nak review sangat kedai dekat sini camana. Kitaorang jalan jalan tengok orang Hong Kong dan ammbil angin je. Tu pun tak lama sebab tak tahan sejuk juga. Suhu dah mencecah 8 C pada waktu ni. Gigih bertahan sebenarnya sebab bukan selalu datang.

Berakhir la perjalanan kami untuk hari ketiga. Nanti Balkis update next entry untuk hari keempat pula ye.


Happy reading semua

9 April 2018

HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG


Okay bersambung kisah Balkis di Hong Kong pada hari kedua. Cuaca di Hong Kong agak mencabar kerana teramat sejuk walaupun dah pakai winter coat. Kesejukan memang sampai ke tulang la. Pada waktu siang kesejukan boleh mencecah sehingga 11degree.


Kawasan hotel Balkis adalah di Chungkin Mansion yang terletak di Tsim Sha Tsui. Kenapa Balkis pilih untuk tinggal di area Tsim Sha Tsui? Sebab kawasan boleh dikatakan kawasan kegemaran bagi pelancong dan harga hotel yang ditawarkan di sini lebih murah. Kawasan ini lebih dekat dengan train dan bas.Banyak kedai kedai di sekitar dan lokasinya yang agak strategik.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Area Chungkin Mansion ni memang sibuk sikit. Kalau bawa anak-anak pegang betul-betul
Makanan halal banyak dan mudah didapati di kawasan ini.Cuma hotel di sini agak kecil dan agak susah jika membawa anak-anak tinggal di sini.Sebelum mulakan perjalanan pastikan korang dapatkan peta perjalanan train untuk memudahkan urusan korang nanti. Walaupun korang boleh aje guna google map, but kena get ready dengan plan B kan. Buatnya bateri mati, internet line slow ke, so korang tak la cemas sangat.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Train MTR Map yang wajib ada dalam simpanan
Sebelum mulakan perjalanan, malam tu selalunya Balkis akan buat research sikit tempat yang kita nak pergi keesokkan hari.Yang ni Balkis bernasib baik sebab kakak receptionist memang membantu sangat. Nama dia Nancy. Orang Filipina tapi dah lama kerja kat HongKOng. 

Hari ke dua kami pergi Ngong Ping 360 Village dan Big Buddha. Kedua-duanya terletak di kawasan yang sama. Tapi untuk pergi ke sini, korang kena naik kereta kabel. Balkis pernah terbaca boleh juga kalau nak naik bas, tapi tak pasti caranya bagaimana. Sekali sekala datang jauh jauh kita naik la kereta kabel kan.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni dalam train. Nak prgi Ngong Ping stesen last sekali

Cara nak pergi Ngong Ping 360 Village ni senang sangat.
1) Daripada stesen train EastTsim Sha Tsui ( sebab hotel Balkis memang berhampiran stesen train ini), ambil aliran ke West Rail Line dan berhenti di Nam Cheong Station untuk proses pertukaran station

2) Kemudian ambil aliran ke Tung Chung Stesen dimana ini adalah stesen terakhir,
3) Sampai di Tung Chung stesen, telur keluar ke arah exit B.
4) Bila keluar aje akan jumpa tangga, akan jumpa dengan Citygate Outlet. Ini kiranya tempat untuk membeli belah tapi Balkis  tak singgah pun sebab memang tak nak membeli belah dekat situ.Korang terus aja jalan sehingga berjumpa dengan tiket kaunter untuk menaiki kereta kabel.

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni dah sampai. Yang dekat belakang tu Citygate Outlet
Tiket kereta kabel ini ada 2 jenis iaitu Standart Cabin dan Crytal Cabin. Balkis pilih yang standart sahaja berharga HKD210 seorang untuk pergi balik. Kalau ambil Crytal Cabin harga agak lebih mahal. Terpulang pada citarasa korang sendiri. Kiranya Ngong Ping ni macam satu kawasan perkampungan kampung

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Datang awal pagi kalau boleh. Nampak tak long q sangat tempat ni. 

Kaunter tiket mula dibuka seawal 10 pagi. Jadi pastikan korang datang awal sebab nanti kena beratur panjang. Hampir setengah jam jugak kitarang beratur untuk naik kereta kabel ni. Sepanjang perjalanan menuju Ngong Ping melalui kereta kabel, sempatla kami tengok laut dan hutan di Hong Kong. Kalau yang jenis gayat tu cukupla sekadar ambil standart cabin. Perjalanan mengambil masa 20-30 minit untuk sampai ke atas


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Hehhe..lega dah dapat naik.So korang akan nampak view macam ni la sepanjang perjalanan

Sebaik sahaja sampai di atas, terasa angin bertiup sampai ke tulang. Sejuk sangat rasanya ni.Sebaik sahaja ambil gambar, lapar punya pasal kami makan di Ebeneezer's Kebab & Pizzeria. Satu-satunya restoran halal yang boleh korang makan semasa dekat sini. Balkis order kebab dan hot chocolate aje dekat sini. Tapi memang kenyang la sebab kebab diorang ni portion besar.


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni view lepas korang mendarat daripada kereta kabel

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni view kat bahagian atas

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Satu satunya kedai makanan halal yang korang boleh singgah

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Ni menu dalam kedai ni. Bab harga tu korang pejam mata ajela.Lapar punya pasal kan
Disebabkan cuaca yang semakin sejuk, kami tak jadi untuk melawat Big Buddha sebab masing masing kesejukan, Kalau boleh nak cepat cepat turun ke bawah. Tangan memang mengigil la time ni. Kalau tak silap Balkis, nak masuk ke Big Buddha akan dikenakan bayaran. Kalau nak lagi senang, korang ambil pakej dekat kaunter tiket naik kereta kabel, jadinya tak perlu beli banyak kali.

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG
Nampak tak patung Big Buddha kat belakang tu? Kami tak pergi jalan sampai sana sebab memang tak tahan sejuk..
Sampai turun bawah jalan balik dekat stesen tren yang sama untuk pergi ke Disneyland Hong Kong. Aliran yang sama tapi kena tukar tren untuk ke sana.



1) Dari stesen Tung Chung, hanya satu stesen sahaja dan berhenti di Stesen Sunny Bay
2) Sampai di stesen Sunny Bay, naik tren Disneyland untuk ke destinasi

Disebabkan Balkis dah beli siap-siap tiket ke Disneyland ni secara online, jadinya kami tak perlu beratur lagi terus scan dan boleh masuk ke dalam Disneyland. Tapi sebelum  nak masuk tu memang kena periksa beg sebab makanan dari luar memang dilarang sekali dibawa masuk. Kalau bawa juga memang kena denda ataupun kena tinggal dekat luar.

Korang boleh dapatkan tiket Disneyland dengan harga yang berpatutan dekat sini >>> Klook <<<< Apa yang Balkis perasaan harga tiket dekat sini sentiasa berubah ubah. Macam korang book hotel dekat agoda la. Minggu ni harga lain, minggu depan harga lain. Haa..gitu la.

Harga tiket dekat sini bagi Balkis agak murah juga tau. Korang ada banyak pilihan nak beli tiket dekat sini. Jadi make sure baca betul betul pakej yang korang nak ambil. Kalau beli pakej yang include meal vouchel, pastikan voucher tersebut boleh tebus dekat restoran halal (yang ni untuk muslim sahaja).



 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

Jangan lupa dapatkan peta Disneyland supaya korang boleh tahu kedudukan dan lokasi korang nak pergi mana. Kawasan agak besar tau. So plan sehabis baik korang nak pergi theme park yang mana.Dekat dalam ini ada 2 restoran halal iaitu The Tahitian Terrace dan Explorer City. Tapi masa Balkis pergi, restoran The Tahitian ditutup sebab renovation. Jadi korang masih boleh makan di Explorer City.

Tempat solat juga ada disediakan di belakang restoran Explorer City.Tapi memang bercampur lelaki dan perempuan.Ada tempat mengambil wuduk. Jadinya kalau dah lepas solat, lebih baik cepat cepat keluar untuk bagi peluang pada yang lain solat.Tapi tempat wuduk lain sikit sebab kita boleh duduk sambil ambik wuduk Serius sekali lagi memang tak ambil gambar la..

Memang cantik Disneyland ni dan tidak dinafikan memang banyak mainan untuk kanak-kanak.Memang besar la kawasan Disneyland ni. Kalau bawa anak-anak ni memang happy habis la diorang. Belanja korang gambar sikit kat dalam Disneyland ni


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG


 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG

 HARI KEDUA BERCUTI DI HONG KONG : NGONG PING 360 VILLAGE, BIG BUDDHA DAN DISNEYLAND HONGKONG





Tapi theme park untuk Sleeping Beauty Castle time tu tutup pulak. Jadinya memang tak dapat bergambar dekat situ. Salah satu theme park yang wajib korang singgah adalah Grizzly Gulch. Satu lagi tarikan yang baru dibuka. Ini adalah expansion terbesar yang mempuntai 7 tarikan istimewa iaitu roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars.

Wajin cuba roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Walaupun kena beratur panjang, sila la beratur dan cuba. Memang best, Balkis pun beratur hampir 30 minit jugak la nak naik roller coaster ni. Lepas dah cuba, baru tau berbaloi jugak beratur lama lama tadi.

Kalau anda nak plan aktiviti ataupun jadual perarakan kartun kartun dekat Disneyland, anda  boleh klik di sini   >>Hong Kong Disneyland Attraction<<

Kami tunggu sampai perarakan terakhir iaitu pertunjukan Disney Paint the Night "Nighttime Spectacular @ Disney Story Book Teater. Okay juga dapat tengok watak watak Disney. Sebelum ini memang ada pertunjukan bunga api, tapi sekarang dah tak ada ye.




Semua theme park akan ditutup pada pukul 7.00 malam. Tapi kedai kedai menjual barang dan makanan ringan masih lagi beroperasi. Sementara nak tunggu perarakan yang terakhir, anda boleh la cuci cuci mata tengok cenderahati dekat sini. Tapi sudah tentu harga nya agak mahal. Bergantung kepada budget masing-masing.

Habis je perarakan terus cepat cepat nak balik hotel sebab sejuk uollss waktu malam ni. Suhu dah mencecah 8 degree time ni. Nasib baik on the way balik dekat hotel, ada kedai jual sarung tangan dengan muffler terus beli. Bukan setakat badan aje yang kesejukan, habis tangan pun sejuk sorok dalam coat. 

Sebab tu gambar kitaorang banyak yang posing masuk tangan dalam poket winter coat. Gila uollls   sejuk habis tangan jadi kering dan menggelupas

Katanya tahun ni la winter yang paling sejuk dekat Hong Kong. Patutla sebulan sebelum kami datang sini memang dah periksa suhu takdela rendah sangat, Bila nak beberapa hari sebelum pergi, periksa semula mak oio... memang sejuk gini kalau dah kurang daripada 10 degree

Berakhir aktiviti untuk hari kedua di HongKong. Memang penat tapi puas hati. Nama pun jalan-jalan, harusla jalan-jalan, takkan nak duduk hotel aje. Nanti Balkis update entry untuk hari ketiga pulak ye

Happy Reading 









7 April 2018

Bercuti di Hong Kong - Hari Pertama

Hai

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah percutian Balkis ke Hong Kong bersama rakan-rakan sekerja selama 5 hari 4 malam. Kami berangkat ke Hong Kong pada 1hb Februari hingga 5hb Februari. Pertama kali berjauhan dengan anak-anak. Aduhai rindu tak payah cakap la. Hari hari wajib facetime diorang ni. Papa nya lagi la rindu. 

Jadinya kali ni trip geng bujang bujang aja. Trip kali ni boleh dikatakan planning sekejap je. Balkis booking tiket bulan November tahun lepas terus dapat tarikh nak pergi Bulan Februari tahun ini. Memang pilih nak pergi tarikh ini sebab KL cuti panjang bersambung dengan Cuti Thaipusan dan Cuti Hari Wilayah. Nak jimat cuti kisahnya.


posing jap sebelum naik flight
Balkis dapat harga tiket yang murah sangat sebab waktu tu MAS tengah buat promosi sampai tersekat la laman web MAS sebab tak boleh nak buat payment. Last last kawan Balkis try guna Traveloka untuk booking alhamdulilah lepas. Nak tiket promo punya pasal kan.

Trip kali ini memang explore sendiri. Jadinya sebelum pergi memang dah study habis-habis pasal Hong Kong. Irtinerary pun susun sendiri berdasarkan rujukan daripada blogger-blogger yang pernah pergi Hong Kong. 

Flight kami petang iaitu pukul 2.25 petang dan sampai di Hong Kong pada pukul 6.15 petang. Tiada perubahan masa antara Malaysia dan Hong Kong. Cuaca di Hong Kong ketika itu agak sejuk sebab mengalami musim sejuk.Tapi musim sejuk di Hong Kong takdela sampai ada salji.Tapi still kena standby winter coat.


padan muka dapat seat belakang sekali.tapi paling dekat dengan toilet
Suhu ketika itu adalah sekitar 11C - 15C  pada waktu siang dan 7C - 10C pada waktu malam. Memang kesejukan la kami ketika itu sebab tak pernah rasa sejuk macam tu. Sampai saja di Airport Hong Kong ( Terminal 1), selesai ambil luggage terus pergi beli Octapus Card .




kaunter yang korang boleh beli octopus card

Octopus ni ibarat macam kad touch n go untuk memudahkan perjalanan korang bila naik bas dan train.Boleh beli Octopus Card dekat kaunter Airport Express MTR sebelum pintu keluar balai ketibaan dengan harga HKD 150.  HKD 50 akan ditolak sebagai deposit dan korang hanya ada baki HKD100 untuk digunakan. Boleh tambah nilai di mana mana stesen MTR. Sebelum balik ke KL nanti jangan lupa pulangkan Octopus Card dekat MTR kaunter di airport untuk dapatkan semula deposit dan juga baki kad yang tinggal.

Jangan lupa beli sim card Hong Kong di kedai 1010 yang korang boleh jumpa selepas keluar daripada balai ketibaan. Mereka ada pakej untuk tourist bernilai HKD118 untuk 8 hari dengan internet 4g tanpa had.





diorang siap tolong pasangkan simcard kat phone Balkis lagi.

Untuk info anda semua, Terminal 1 adalah untuk penumpang yang menaiki MAS manakala Terminal 2 untuk penumpang yang menaiki Air Asia. Penting sangat korang kena tahu supaya tidak tersalah terminal nanti bila korang nak balik ke airport kalau menaiki bas.

Kalau korang refer dekat sesetengah blog, ada yang suggest beli tiket Disneyland, The Peak, Madame Tussauds, Ngong Ping dekat kaunter CTS ( China Travel Services). Tapi kitaorang tak beli dekat situ entrance tiket ni sebab takut flight delay ke apa, sampai lambat dekat airport, kaunter tutup terus tak dapat beli. Jadinya memang Balkis tak dapat nak review harga dan perkhidmatan yang ditawarkan

Korang boleh pilih untuk ke bandar dengan menaiki bas ataupun train. Balkis pilih naik bas sebab kadar yang lebih murah. Jadinya kena turun ke level bawah untuk mendapatkan bas ke Tsim Sha Tsui sebab hostel kami berdekatan area Chungkin Mansion. Naik bas A21 untuk menuju ke Tsim Sha Tsui dan berhenti di stesen No. 13 iaitu Carnavan Road. Korang boleh tengok destinasi tujuan di skrin yang terpampar berdekatan pintu bas. Bas memang selesa, 2 tingkat dan perjalanan mengambil  masa hampir sejam. 


we all naik bas A21. Long que bas tu tapi service cepat. Jadinya memang tak tunggu lama sangat



Ni bas A21.Ni seat bawah aje ada facing gini.Muka dah penat sebenarnya. Lebih kurang perjalanan sejam dari airport ke hostel
Lebih kurang pukul 10 malam baru kami sampai ke hostel. Kami menginap di Everest Inn Guesthouse untuk 4 malam. Bilik memang kecil tapi bersih. Kami sedia maklum hartanah di Hong Kong memang agak mahal, maka kalau nak bilik yang lagi besar kena perbelanjaan yang lagi besar. Serius memang terlupa nak ambil gambar bilik..

Di Chungkin Mansion ini kawasan yang agak sibuk dan ramai peniaga dari timur tengah yang berniaga di sini. Makanan halal pun lebih mudah didapati di kawasan ini. Maka tidak hairan la tempat ini penuh dengan pelancong. 

Berakhirla hari pertama kami di Hong Kong. Memang tak sempat nak berjalan sangat sebab sampai pun agak lewat. Tidur awal untuk mulakan perjalanan esok dengan lebih segar. Untuk pengetahuan pembaca blogger Balkis, dekat lapangan terbang Hong Kong, terdapat satu kedai makanan halal iaitu Popeye. Tapi Balkis memang tak berkesempatan makan dekat situ sebab kami dah siap-siap makan dalam flight.

Nanti Balkis update untuk Hari Kedua di Hong Kong pulak ye. Kemana destinasi kami esok, tunggu entry blog seterusnya.

Happy Reading semua ☺☺

5 April 2018

IKUTI LANGKAH MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK

Bila anak demam hati ibu mana la yang tak risau kan. Mula la tak tidur malam si ibu nak jaga anak bagi memastikan suhu badan anak tidak terlalu tinggi. Sebab takut juga jika suhu badan terlampau tinggi sekitar 39.C ke 40.C  boleh mengakibatkan sawan.

Pernah dengar kan anak demam panas boleh mengalami sawan. Mintak dijauhkan anak-anak kita daripada penyakit yang tidak diingini

Baca di sini mengenai >>>>.demam-sawan/<<<<<<

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK


Secara amnya, demam adalah tanda badan bertindak balas kepada sesuatu keadaan atau penyakit. Demam lebih mudah berlaku di kalangan kanak kanak berbanding orang dewasa kerana tahap antibodi badan kanak-kanak yang masih rendah. Suhu badan yang normal adalah 36.5C - 37.2 C, tetapi jika suhu badan melebihi julat ini, barulah dikatakan demam.

Kebiasaanya jika anak demam,  doktor akan bekalkan ubat demam dan berehat di rumah. Keadaan anak yang mengalami demam adalah berbeza di antara anak yang lain. Ada sesetengah anak kita alaupun demam, tetapi masih lagi aktif bermain dan makan seperti biasa. Tapi ada juga yang tidak aktif dan hanya tidur dan kurang makan dan minum

Jika demam anak anda berlarutan lebih daripada 3 hari, cepat-cepatla bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan seterusnya. 


KAEDAH YANG BIASA DIAMALKAN UNTUK MENURUNKAN SUHU DEMAM ANAK

1) Cek suhu badan anak kita dulu untuk memastikan sejauh mana tahap kepanasan badan anak. Dan dapatkan rawatan selanjutnya daripada doktor jika suhu badan terlampau tinggi.

2) Kaedah Sponging / Lapkan Badan Anak
Boleh rendamkan anak dalam air yang telah disediakan dalam besen. Biarkan anak anda rendamkan badan untuk seketika. Dan check la suhu badan mereka dari masa ke semasa ATAUPUN

Lapkan badan anak dengan kain yang telah direndam dengan air suam ke seluruh badan anak. Lapkan juga di bahagian badan anak yang tersorok seperti di celah peha, ketiak dan lutut. Ulangi langkah ini setiap 30 minit

3) Pakai Pakaian Nipis / Pampers Sahaja
Jangan bagi anak pakai pakaian yang tebal. Ini adalah untuk mengelakkan haba terperangkap dan tidak dapat keluar. 

4) Bagi Anak Minum / Susu Dengan Kerap
Jika anak tidak mahu makan tidak mengapa. Cuma pastikan anak diberi minum air kosong ataupun susu untuk mengelakkan badan daripada kekurangan air.

5) Petua Tradisional
Boleh amalkan beberapa petua yang biasa kita dengar seperti mandikan anak dengan air daun bunga raya, gunakan telur rebus dan golekkan di badan anak untuk membnatu menyejukkan badan. Tetapi keberkesanan petua ini bergnatung kepada keadaan anak masing-masing



TAPI KINI ANDA CARA YANG LEBIH MUDAH UNTUK TURUNKAN SUHU BADAN ANAK KITA.

SET SHAKLEE BABY

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK


IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK


Set Shaklee Baby ini memahami keperluan bayi anda dan hanya menggunakan bahan bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda. Set ini terdiri daripada Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil

1) Gentle  Wash

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK


Lavender - Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi

Aloe Vera - Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air. Menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif

Chamomile - Tinggi dengan antioksidan. Menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.

2) Massage Oil

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK


Minyak Biji Bunga Matahari - Kaya dengan asid lemak dan Vitamin E. Bertindak sebagai emolien semulajadi, banu mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Sesuai untuk kulit kering, dehidrasi dan sensitif

Lavender - Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi

Chamomile - Tinggi dengan antioksidan. Menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.

3) Soothing Lotion

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK


Minyak Vanilla - Kaya dengan Vitamin B dan antioksidan secara semulajadi, melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar

Shea Butter - Mengandungi vitamin semulajadi dan asid lemak, membantu melindungi lapisan luar kulit bayi

Minyak Biji Jojoba - Bertindak sebagai emolien, membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit.

Berikan si manja anda formulasi terhebat untuk kesihatan kulit mereka. Jika pakaian, mainan dan gadget bayi anda boleh berusaha untuk berikan yang terbaik dan berkualiti, apa salahnya berikan set mandian yang benar bena r terbaik agar bayi anda sentiasa ceria dan tidak meragam.

Apakata Para Ibu yang Telah Cuba Set Shaklee Baby ini 

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK

IKUTI LANGKAH  MUDAH INI UNTUK TURUNKAN SUHU DEMAM ANAK



Senang bukan dengan Set Baby Shaklee ini. Ibu pun takdela asyik rungsing dengan kesihatan anak-anak yang kerap demam. Hubungi Balkis seperti dibawah untuk dapatkan set ini.

                                                   Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390









Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com