Pages

4 April 2018

KETAHUI KEPENTINGAN PROTEIN TUMBUHAN KEPADA BADAN KITA YANG RAMAI TIDAK AMBIL KISAH

Untuk entry kali ini,Balkis akan ceritakan kepada anda mengenai sumber utama protein tumbuhan iaitu SOYA. Seperti yang kita ketahui, protein berasaskan tumbuhan adalah sumber protein yang lebih bagus dan lebih mudah di hadam.Dan yang penting protein  tumbuhan mengandungi sifar kolestrol berbanding protein haiwan.

KETAHUI KEPENTINGAN PROTEIN TUMBUHAN KEPADA BADAN KITA YANG RAMAI TIDAK AMBIL KISAH


Protein Soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa aktif dan bertenaga, pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Protein Soya membekalkan asid amino, tidak mengandungi kolestrol dan laktosa, sesuai untuk golongan tua dan mudah dihadam.

APA YANG PENTING, PROTEIN SOYA SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

Fungsi Utama Protein Soya 

1) Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otak
Kadar metabolisma kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Dengan pengambilan Protein Soya yang mencukupi,ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot.Mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga yang lebih lama.

2) Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Sihat dan Kuat
Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisma tulang. Soya mengandungi kalsium semulajadi  yang diperlukan oleh tulang

3) Menyokong Kitaran Haid yang Sihat bagi WANITA
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasa ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita termasuk soya  membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras estrogen, mengawal paras hormon serta mengurangkan siptom PMS

4) Mempercepatkan Pembaikan dan Pembaharuan Sel
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilankolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka

SIAPA PERLUKAN LEBIH PROTEIN

KETAHUI KEPENTINGAN PROTEIN TUMBUHAN KEPADA BADAN KITA YANG RAMAI TIDAK AMBIL KISAH


1) Penggemar Manisan
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Pengambilan protein dapat : 
  • Menstabilkan paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan keradangan ,paras kolestrol dan kepekaan insulin
2) Ahli Bina Badan
Pernah dengar kan diet bagi ahli bina badan adalah protein? Ini kerana otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan. Ambil lebih banyak protein untuk :
  • Membina semula dan memperbaiki otot
  • Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas
3) Bakal Ibu
Apa yang baik untuk ibu baik juga untuk bayi. Pengambilan protein dapat :
  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat
  • Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa mengikat lemak
4) Ibu Yang Menyusukan Bayi
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ini kerana :
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu
  • Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.
5) Pertengahan Usia
Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan akan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot. Pengambilan protein yang mencukupi akan membantu : 
  • Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk megekalkan jisim otot dan kecergasan
  • Risiko yang lebi rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolestrol tinggi
6) Menjaga Berat Badan
Seseorang yang mengalami kadar metabolisma tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisma yang rendah.Protein berfungsi : 
  • Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama
  • Membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda lebih tinggi kadar metabolisma badan kita
BERITA BAIK BAGI IBU IBU YANG SIBUK KERANA PROTEIN SOYA ADALAH PILIHAN TERBAIK MEREKA. KENAPA??

Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan kesihatan diri dan terlalu fokus kepada perkara lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang. Amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan tenaga untuk menjalani rutin seharian.

Diantara Kebaikan Protein Soya Untuk Ibu yang Sibuk Adalah :

1) Meningkatkan Seri Kulit
Protein soya mengandungi isoflavon yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan muda. Kajian turut menunjukkan bahawa isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit

2) Menguatkan Rambut dan Kuku
Kekurangan asid amino perlu menyebabkan badan tidak dapat menghaslkan keratin yang mencukupi. Akibatnya rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh

3) Melegakan Ketidakselesaan Perut
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman , pedih hati dan, perut kembung dan gastrik sekiranya dibiarkan berterusan.

Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila bila masa. Kajian juga menunjukkan pengambilan protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan.

4) Menyokong Kehamilan yang Sihat
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi kepeluan bayi yang sedang membesar.Pengambilan protein soya yang konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukupberat.

5) Menggalakan Penghasilan Susu Ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang tebaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupaan imunisasi  terbaik bagi bayi. Dengan protein soya berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantu menjalani tempoh penyusuan yang lancar.

Ketahui Cara Memilih Sumber Protein Yang Baik >>> 5 tip memilih sumber protein >>>>



KETAHUI KEPENTINGAN PROTEIN TUMBUHAN KEPADA BADAN KITA YANG RAMAI TIDAK AMBIL KISAH


Untuk Bulan April ini, Shaklee ada promosi ESP iaitu dengan setiap pembelian 5 tong ESP and layak untuk dapat e-voucher diskaun RM50 . Jadi jimat sangat bila anda buat pembelian untuk vitamin yang lain.

Hubungi Balkis seperti dibawah anda akan dapat cara minum ESP yang betul :

                                                   Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390





No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com