Pages

3 April 2018

Review Buku Filosofi Mak Singa - Khas Untuk Mak Ayah Moden

Kali ini entry special sikit sebab Balkis nak review pasal buku. Selalu kan Balkis banyak tulis artikel pasal kesihatan dan supplemen. So kali ni nak ambil udara segar jadinya nak review satu buku keibubapaan yang best sangat

  1. Review Buku Filosofi Mak Singa - Khas Untuk Mak Ayah Moden

Ini buku yang Balkis baru saja habis baca. Takde la  baru sangat pun sebenarnya. Buku ni pun Balkis dapat pada bulan Januari lagi. Dah habis baca lama dah cuma time ni baru teringat nak review.

Buku ni Balkis siap buat pre-order lagi sebab excited nak baca kan. Ni gara gara terbaca review daripada penulis terkenal Buku Mentaliti Jamban iaitu Khairul Abdullah

Maka  cepat cepat Balkis buat preorder dari tahun lepas lagi dengan penulis buku Filosofi Mak Singa  Anie Alja  Serius tak rugi miliki naskhah buku ini.  

Ayat yang disampaikan adalah sangat ringkas dan terkesan di hati. Kita kadang kadang sebagai ibu bapa ada perbuatan kita yang secara tidak langsung terlalu memanjakan anak sehinggala muncul budaya mak ayah melahirkan tuan yang berleluasa. Nak tahu maksud ini anda wajib dapatkan buku ini

Review Buku Filosofi Mak Singa - Khas Untuk Mak Ayah Moden


Buku ini bak kata penulis adalah sesuai untuk mak yang keletihan,  dan mak yang mencari kelainan dalam mendidik anak-anak. Kadang kita terlalu taksub dengan budaya mendidik anak dari luar tanpa kita sedar sebenarnya  budaya mendidik daripada zaman mak kita dahulu lebih berharga.

Review Buku Filosofi Mak Singa - Khas Untuk Mak Ayah Moden
Antara Isi Kandungan dalam buku ni

Review Buku Filosofi Mak Singa - Khas Untuk Mak Ayah Moden
Bab bab yang best dalam buku ini

Anak-anak perlu ditegur bila salah dan betulkan kesalahan mereka daripada terlalu memanjakan dengan alasan yang tidak munasabah. Iye, ada cerita dalam buku ni yang memang kena dengn diri sendiri. Maka harusla lepas ni Balkis ubah cara mendidik anak. Dalam tegas ada kelembutan. Gitu kisahnya

Review Buku Filosofi Mak Singa - Khas Untuk Mak Ayah Moden
Kenapa penulis pilih singa daripada haiwan yang lain
Bagi anda yang teruja nak dapatkan buku yang bermuka surat sebanyak 239 muka surat, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. Kalau sibuk sangat, online shopping ajela senang kan. Harga buku ni hanya RM 25. 

Mungkin lepas anda baca kita boleh kongsikan pendapat dan sama sama perbaiki diri untuk menjadi mak yang ohsem.

Mak yang ohsem adalah mak yang menjadi hero bagi anak anak mereka.

Happy reading 

No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com