Pages

7 April 2018

Bercuti di Hong Kong - Hari Pertama

Hai

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah percutian Balkis ke Hong Kong bersama rakan-rakan sekerja selama 5 hari 4 malam. Kami berangkat ke Hong Kong pada 1hb Februari hingga 5hb Februari. Pertama kali berjauhan dengan anak-anak. Aduhai rindu tak payah cakap la. Hari hari wajib facetime diorang ni. Papa nya lagi la rindu. 

Jadinya kali ni trip geng bujang bujang aja. Trip kali ni boleh dikatakan planning sekejap je. Balkis booking tiket bulan November tahun lepas terus dapat tarikh nak pergi Bulan Februari tahun ini. Memang pilih nak pergi tarikh ini sebab KL cuti panjang bersambung dengan Cuti Thaipusan dan Cuti Hari Wilayah. Nak jimat cuti kisahnya.


posing jap sebelum naik flight
Balkis dapat harga tiket yang murah sangat sebab waktu tu MAS tengah buat promosi sampai tersekat la laman web MAS sebab tak boleh nak buat payment. Last last kawan Balkis try guna Traveloka untuk booking alhamdulilah lepas. Nak tiket promo punya pasal kan.

Trip kali ini memang explore sendiri. Jadinya sebelum pergi memang dah study habis-habis pasal Hong Kong. Irtinerary pun susun sendiri berdasarkan rujukan daripada blogger-blogger yang pernah pergi Hong Kong. 

Flight kami petang iaitu pukul 2.25 petang dan sampai di Hong Kong pada pukul 6.15 petang. Tiada perubahan masa antara Malaysia dan Hong Kong. Cuaca di Hong Kong ketika itu agak sejuk sebab mengalami musim sejuk.Tapi musim sejuk di Hong Kong takdela sampai ada salji.Tapi still kena standby winter coat.


padan muka dapat seat belakang sekali.tapi paling dekat dengan toilet
Suhu ketika itu adalah sekitar 11C - 15C  pada waktu siang dan 7C - 10C pada waktu malam. Memang kesejukan la kami ketika itu sebab tak pernah rasa sejuk macam tu. Sampai saja di Airport Hong Kong ( Terminal 1), selesai ambil luggage terus pergi beli Octapus Card .




kaunter yang korang boleh beli octopus card

Octopus ni ibarat macam kad touch n go untuk memudahkan perjalanan korang bila naik bas dan train.Boleh beli Octopus Card dekat kaunter Airport Express MTR sebelum pintu keluar balai ketibaan dengan harga HKD 150.  HKD 50 akan ditolak sebagai deposit dan korang hanya ada baki HKD100 untuk digunakan. Boleh tambah nilai di mana mana stesen MTR. Sebelum balik ke KL nanti jangan lupa pulangkan Octopus Card dekat MTR kaunter di airport untuk dapatkan semula deposit dan juga baki kad yang tinggal.

Jangan lupa beli sim card Hong Kong di kedai 1010 yang korang boleh jumpa selepas keluar daripada balai ketibaan. Mereka ada pakej untuk tourist bernilai HKD118 untuk 8 hari dengan internet 4g tanpa had.





diorang siap tolong pasangkan simcard kat phone Balkis lagi.

Untuk info anda semua, Terminal 1 adalah untuk penumpang yang menaiki MAS manakala Terminal 2 untuk penumpang yang menaiki Air Asia. Penting sangat korang kena tahu supaya tidak tersalah terminal nanti bila korang nak balik ke airport kalau menaiki bas.

Kalau korang refer dekat sesetengah blog, ada yang suggest beli tiket Disneyland, The Peak, Madame Tussauds, Ngong Ping dekat kaunter CTS ( China Travel Services). Tapi kitaorang tak beli dekat situ entrance tiket ni sebab takut flight delay ke apa, sampai lambat dekat airport, kaunter tutup terus tak dapat beli. Jadinya memang Balkis tak dapat nak review harga dan perkhidmatan yang ditawarkan

Korang boleh pilih untuk ke bandar dengan menaiki bas ataupun train. Balkis pilih naik bas sebab kadar yang lebih murah. Jadinya kena turun ke level bawah untuk mendapatkan bas ke Tsim Sha Tsui sebab hostel kami berdekatan area Chungkin Mansion. Naik bas A21 untuk menuju ke Tsim Sha Tsui dan berhenti di stesen No. 13 iaitu Carnavan Road. Korang boleh tengok destinasi tujuan di skrin yang terpampar berdekatan pintu bas. Bas memang selesa, 2 tingkat dan perjalanan mengambil  masa hampir sejam. 


we all naik bas A21. Long que bas tu tapi service cepat. Jadinya memang tak tunggu lama sangat



Ni bas A21.Ni seat bawah aje ada facing gini.Muka dah penat sebenarnya. Lebih kurang perjalanan sejam dari airport ke hostel
Lebih kurang pukul 10 malam baru kami sampai ke hostel. Kami menginap di Everest Inn Guesthouse untuk 4 malam. Bilik memang kecil tapi bersih. Kami sedia maklum hartanah di Hong Kong memang agak mahal, maka kalau nak bilik yang lagi besar kena perbelanjaan yang lagi besar. Serius memang terlupa nak ambil gambar bilik..

Di Chungkin Mansion ini kawasan yang agak sibuk dan ramai peniaga dari timur tengah yang berniaga di sini. Makanan halal pun lebih mudah didapati di kawasan ini. Maka tidak hairan la tempat ini penuh dengan pelancong. 

Berakhirla hari pertama kami di Hong Kong. Memang tak sempat nak berjalan sangat sebab sampai pun agak lewat. Tidur awal untuk mulakan perjalanan esok dengan lebih segar. Untuk pengetahuan pembaca blogger Balkis, dekat lapangan terbang Hong Kong, terdapat satu kedai makanan halal iaitu Popeye. Tapi Balkis memang tak berkesempatan makan dekat situ sebab kami dah siap-siap makan dalam flight.

Nanti Balkis update untuk Hari Kedua di Hong Kong pulak ye. Kemana destinasi kami esok, tunggu entry blog seterusnya.

Happy Reading semua ☺☺

No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com