Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat namun jerawat semakin berleluasa. Kulit muka menjadi kemerahan terasa terbakar kepedihan setiap kali dicuci.
Pernahkah anda mengalami masalah jerawat sebegini rumit? Buntu mencari jalan penyelesaiannya? Mohon baca entry Balkis kali ini sehingga habis. Mudah-mudahan dapat membantu mengatasi masalah jerawat anda.
Apakah Masalah Jerawat Ini?
Jerawat adalah penyakit kulit yang sering berlaku di kalangan remaja dan golongan muda. Ia dikatakan dalah disebabkan oleh perubahan hormon. Jerawat tidak seharusnya dipandang remeh kerana jika tidak dirawati dengan betul ia boleh menjadi teruk sehingga sukar dirawati.
Kebiasannya masalah jerawat ini menyerang mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana pengeluaran hormon yang berlebihan akan merangsang kelenjar sebum untuk menghasilkan sebum ( bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum) secara berlebihan. Ini menyebabkan muka menjadi lebih berminyak.
Sebahagian besar daripada kelenjar sebum dalam badan akan tertumpu di muka terutamanya di bahagian dahi, pipi, dagu dan hidung. Apabila pengeluaran sebum terlekat pada bahagian folikel rambut, jerawat akan tumbuh.
Punca-punca Masalah Jerawat
1) Perubahan Hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti cukup umur (baligh), mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan iaitu hormon androgen (testosterone) yang terdapat dalam badan lelaki dan wanita.Ketidakstabilan hormon ini kadang-kadang terkawal dan sekiranya tidak terkawal ianya akan berlarutan.
2) Tekanan (Stress)
Stress emosi yang dihadapi setiap hari berpunca daripada penghasilan minyak dan sebum kulit yang bertambah. Tekanan terdiri daripada dua kategori iaitu emosi dan fizikal.
Tekanan Fizikal :
a) Senaman atau bersukan tanpa rehat yang cukup
b) Tidur yang tidak mencukupi
c) Jadual harian yang terlalu padat
d) Merokok ataupun mengambil dadah
Tekanan Emosi
a) Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
b) Buli
c) Masalah hubungan rumah tangga ataupun peribadi
d) Tekanan kerja atau belajar yang berlebihan
3) Pemakanan
Mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, makanan laut, makanan bergoreng, dan makanan berlemak.
4) Toksin
Jika kita tidak pernah membuang toksin selepas berumur berpuluh puluh tahun, bermakna sudah bermacam -macam sisa toksin berkumpul di dalam badan. Jika sistem semulajadi badan kita tidak dapat mampu membuang toksin tersebut secara semulajadi, maka itula yang akan menyebabkan kulit kita menjadi kusam dan berjerawat.
5) Faktor Keturunan
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak mengalami masalah jerawat seperti masyarakat arab yang rata-rata mempunyai kulit yang lebih licin tetapi tidak bagi masyarakat Asia yang memang mengalami masalah jerawat.
6) Alergik atau Alahan
Kandungan bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kita mengalami alergik kulit. Cara pembersihan kosmetik yang tidak betul akan menyebabkan liang roma menjadi tersumbat.
7) Persekitaran dan Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar bandar besar dan di kawasan kilang boleh menyebabkan masalah jerawat. Bahan-bahan ini boleh menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi iaitu radang kemerahan pada kulit.
8) Jangkitan Pada Kulit dan Resdung
Bakteria jenis Propionobacterium Acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Sebab itu, kita sentiasa diingatkan agar tidak memicit jerawat agar bakteria tersebut tidak merebak ke kawasan sekitar yang boleh menyebabkan jangkitan jerawat pada tempat lain.
1) GLA Complex
- Membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan.
- Memainkan peranan memastikan kulit sentiasa lembap dan memperbaiki sempadan bendalir kulit.
- Fungsi GLA selain daripada mampu mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA juga berfungsi merencatkan hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon yang tidak stabil adalah kemunculan jerawat yang banyak ketika haid
2) Vitamin C Shaklee
- Bertindak mengatasi kulit jerawat sebagai antioksidan dan menghasilkan pembentukan kolagen yang baru.
- Sebagai antioksidan, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran daripada merosakkan kulit. Ini adalah kerana bahagian kulit adalah bahagian luar yang paling terdedah dengan pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka perlulah dilindungi secara berhati hati.
- ESP adalah sumber protein yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit yang baru.
- Pengambilan ESP dapat merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jadi ESP diperlukan bagi merawat kulit yang rosak akibat masalah jerawat
- Merupakan supplemen kolagen yang terhebat mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Molekul Collagen ini adalah sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton, menunjukkan bahawa Collagen ini dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu dalam peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
- B-Complex mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress jadi sangat sesuai untuk yang mengalami masalah jerawat disebabkan oleh stress.
- Bertindak sebagai agen anti detox semulajadi.
- Membuang segala toksin dari badan. Ini adalah salah satu punca kehadiran jerawat.
- Membantu meneutralkan asid dalam badan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat daripada berulang.
Untuk tips kulit cantik boleh rujuk artikel ini : tips untuk kulit kekal cantik
APA KATA MEREKA YANG DAH CUBA SET JERAWAT INI???
Untuk dapatkan Set Jerawat yang hot ini dan konsultansi yang betul mengenai panduan makan supplemen ini, boleh hubungi Balkis di :
Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Fb : Siti Balkis
Fb Page : Anggun Blossom Beauty Care
Instagram : Siti Balkis
No comments:
Post a Comment