Pages

17 December 2017

Kesan HB Rendah Untuk Ibu Hamil

Masalah  HB rendah merupakan salah satu masalah yang selalu dialami oleh ibu hamil. Jika tidak diatasi dengan serius ianya boleh membawa masalah untuk ibu dan juga kandungan. Tetapi sebelum itu, apakah yang kita faham mengenai HB ini




Apakah yang dimaksudkan dengan HB rendah?
HB rendah ataupun dipanggil kurang darah ataupun Anemia. Ini adalah satu keadaan di mana apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (HB) di dalam darah berkurangan.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi ibu hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Kebiasannya jumlah hemoglobin sebelum hamil akan berbeza sedikit semasa hamil. Namun demikian, jika paras hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu tersebut berisiko untuk menghidapi masalah anemia.

Punca HB  rendah :

1) Kurang pengambilan zat besi, folat dan vitamin B
2) Penghidap Thalassemia
3) Perubahan hormon semasa hamil
4) Kehilangan darah akibat kemalangan atau pendarahan

Risiko HB Rendah Untuk Ibu Hamil :
1) Ibu mudah pitam dan pening
2) Pendarahan semasa hamil dan pendarahan semasa bersalin
3) Dengupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko mengalami kegagalan jantung
4) Sentiasa lemah dan mengantuk
5) Jangkitan kuman
6) Keguguran

Risiko HB Rendah Kepada Bayi :
1) Bayi mengalami kegagalan pertumbuhan ataupun terbantut
2) Bayi mengalami masalah kekurangan berat badan
3) Kelahiran bayi pra matang
4) Risiko kematian bayi semasa sebelum atau selepas dilahirkan




Cara Mengatasi Masalah HB Rendah Untuk Ibu Hamil

1) Makan makanan yang kaya dengan kandungan zat besi  - Zat besi penting untuk merangsang pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ini ialah daging, ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti tembikai, dan juga buah-buahan kering seperti kurma, kismis dan prun.

2) Makan makanan yang kaya dengan Vitamin C - Vitamin C dapat membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Di antara contoh makanan yang kaya dengan kandungan Vitamin C adalah buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau.

3) Pengambilan supplemen tambahan - Kebanyakan pakar perubatan mencadangkan pengambilan pil za besi sebagai makanan tambahan bagi mengatasi masalah HB rendah ini. Supplemen ini bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami masalah alahan ketika mengandung.

Supplement Untuk Masalah HB Rendah




1) Vita-Lea - Multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membnatu merangsang pembentukan sel darah merah

2) B Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting termasuk vitamin B12 dan asid folik. Asid folik membantu dalam pembentukan janin yang sempurna. Pengambilan B Complex yang konsisten dapat mengawal stress dan tekanan kerana ibu mengandung mengalami perubahan hormon yang tidak terkawal.

3) Vitamin C - Membantu kecekapan tubuh menyerap zat besi dan B12. Menambah tenaga dan kecekapan sistem pertahanan tubuh.

Ibu ibu hendaklah sentiasa beringat untuk mengelakkan pemgambilan supplemen bersama dengan susu dan kafein. Ini kerana sumber tenusu dan kafein mampu merencatkan penyerapan zat besi dalan tubuh badan kita.

Jarakkan pengambilan antara 2 hingga 3 jam dan pastikan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak bagi mengelakkan masalah sembelit semasa mengandung. Vitamin yang mengandungi kandungan zat besi adalah digalakkan diambil secara serentak dengan minuman yang kaya dengan vitamin C seperti minuman berjus.

Jadi untuk mengelakkan  masalah HB rendah ini daripada berpanjangan, boleh dapatkan supplemen yang Balkis syorkan seperti di atas. Lebih mudah dan senang untuk ibu hamil konsisten sihat dan bertenaga.

Ataupun boleh dapatkan supplement semasa mengandung yang mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil : makanan tambahan untuk ibu hamil kekal cergas dan bertenaga

Testimoni Set Vitamin HB Rendah



Untuk dapatkan Set HB Rendah ini bagi keperluan nutrisi ibu  hamil  dan konsultansi yang betul mengenai panduan makan supplemen ini, boleh hubungi Balkis di : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 
Instagram : Siti Balkis









No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com