Pages

31 December 2017

Sembuhkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Cepat

Ramai ibu yang mengandung seboleh mungkin ingin mengelakkan diri daripada bersalin secara pembedahan caesarean ataupun dikenali juga sebagai c-section kerana ianya melibatkan penjagaan yang rumit.Luka pembedahan yang jika tidak dijaga dengan betul boleh menyebabkan jangkitan kuman.


sembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat


Selepas bersalin tempoh berpantang adalah salah satu tempoh yang penting untuk memulihkan kesihatan ibu. Ini kerana, otot dalaman dan luka memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih baik


Menurut Baby Center, pembedahan caesarean adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan.


10 Faktor yang Menyebabkan Berlakunya Pembedahan Caesarean


1) Plasenta Previa


Plasenta previa adalah keadaan di mana plasenta tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks yang menyebabkan bahagian jalan untuk laluan kelahiran ditutup. Bagi kelahiran yang normal, rahim wanita akan berkembang dan plasenta (uri) akan melebar ke arah menjauhi serviks.

Antara gejala plasenta previa yang biasa dialami dalah pendarahan tanpa disertai rasa sakit. Pendarahan ini kebiasannya berlaku pada 3 bulan terakhir fasa kehamilan

2) Plasenta Luruh ( Abruption)


Keadaan ini terjadi apabila plasenta terpisah daripada bahagian dinding rahin yang terjadi sebelum waktu bersalin. Apabila ini berlaku, bayi berisiko untuk mengalami masalah terputus bekan nutrisi dan oksigen. Ibu mengandung mungkin akan mengalami rasa sakit, pendarahan vagina ataupun rasa kejang


3) Kehamilan Songsang

Menurt Dr. Izzat melalui Malaysian Medical Gazette, terdapat beberapa jenis songsang yang boleh berlaku pada ibu mengandung. Posisi yang paling biasa ialah extended breech di mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi.

Maksudnya, apabila doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dalam vagina, mereka akan merasa punggung bayi. Tetapi ada juga keadaan seperti ini dibenarkan untuk bersalin secara normal bergantung kepada faktor-faktor tertentu.

4) Tali Pusat Jatuh

Tali pusat jatuh berlaku apabila tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan. Keadaan ini amat jarang berlaku tetapi apabila situasi ini terjadi, pembedahan akan dilakukan dengan segera.


5) Bayi Lemas

Punca bayi lemas dalam kandungan adalah kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan. Ia dapat dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi semakin perlahan dan lebih rendah berbanding kadar normal.

6) Bukaan Lambat

Menurut Baby Center, jika bukaan rahim agak perlahan iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda kandungan bermasalah.

Secara umumnya proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebab tertentu. Namun kebiasannya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah dan saiz pelvis ibu yang kurang sesuai.

7) Ulangan ataupun Repeat Caesarean

Menurut sumber, 60-80%, wanita yang bersalin secara bersalin masih boleh bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, terdapat kes tertentu yang berlaku menyebabkan masalah seperti rahim pecah dan risiko kematian bayi.

8) Masalah Darah Tinggi dan Kencing Manis Semasa Hamil

Untuk ibu mengandung yang menghidap masalah darah tinggi, keadaan ini boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.

Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah kencing manis semasa hamil, berkemungkinan saiz bayi yang bakal dilahirkan agak besar atau komplikasi kesihatan yang lain. Semua ini adalah antara faktor yang menyukarkan ibu mengandung bersalin secara normal.


9) Masalah Tumbesaran Bayi

Masalah tumbesaran bayi sepert tumbesaran terbantut (IUGR) kebanyakkan mempunyai masalah bayi mudah lemas semasa bersalin. Jadi pembedahan merupakan jalan selamat untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa bersalin.


10) Bayi Kembar


Memang ada kelahiran bayi kembar yang dibenarkan untuk lahir secara normal tetapi bergantung kepada posisi, berat badan dan usia kandungan.



Sumber : zuriat.my

Jadi bagaimana untuk memastikan luka pembedahan sembuh dengan cepat?

1) Banyakkan bergerak selepas pembedahan

Ada sesetengah ibu bersalin agak takut untuk bergerak selepas menjalani pembedahan bersalin. Katanya takut luka pembedahan terkoyak kembali. Tetapi sebenarnya dengan melakukan pergerakan akan mengurangkan risiko darah beku. Jika rasa tidak selesa untuk membuat pergerakan, mohon bantuan daripada ahli keluarga untuk membantu.


2) Makan makanan berzat dan seimbang

Sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan protein dan mineral kerana selepas pembedahan badan kita kehilangan sumber-sumber ini.Amalkan sayur sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin


3) Minum air secukupnya


Kita disarankan meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengelakkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Bagi ibu yang menyusukan bayi anda sangat penting pengambilan air yang mencukupi bagi mencukupi pengeluaran susu


4) Makan pil penahan sakit


Jika perlu anda dinasihatkan untuk mengambil pil penahan sakit jika berasa tidak selesa dan agak sukar untuk bergerak. Penggunaan pil penahan sakit hendaklah mendapat nasihat daripada doktor.


5) Menyusu badan secara ekslusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali kita menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.

7) Pastikan luka sentiasa kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau boleh gunakan pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru atau menyapu ubat tanpa sarana daripada doktor keran dikhuatiri berlakunya jangkitan kuman.

8) Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa sakit. Elakkan daripada mengangkat benda yang berat semasa tempoh berpantang.


9) Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga yang lain adalah sangat penting semasa tempoh berpantang kerana emosi anda ketika ini adalah tidak stabil. Jadi mintalah bantuan daripada mereka jika ingin lakukan sesuatu

10) Mengambil suplement besi dan multivitamin

Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin adalah sangat digalakkan selepas pembedahan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam badan kita dan proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat kerana semasa pembedahan anda telah kehilangan darah yang banyak sekitar 2-3 lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah yang banyak ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan luka pembedahan jadi lebih lambat untuk sembuh.

Anda tahu tak kandungan resveratrol yang tinggi dengan bahan antioksidan dapat membantu pembaharuan sel dengan sempurna. Luka pembedahan akibat bersalin akan lebih cepat sembuh jika sel-sel kulit diperbaharui dengan segera.

Semasa pembedahan, 7 lapisan tisu tubuh badan kita dipotong lalu menyebabkan kematian sel secara paksa. Jadi amatla perlu bantuan bagi luka pembedahan cepat sembuh untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa bersalin.

Nak dengar pengalaman ibu bersalin secara pembedahan ?


Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.

Dengan pengambilan Vivix, anda tidak perlu risau lagi mengenai luka pembedahan lambat sembuh. Bukan sahaja Vivix menjadikan luka pembedahan bersalin anak lebih cepat sembuh, malah memberikan tenaga untuk anda menguruskan diri semasa dalam tempoh berpantang.

Ini kerana Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi bagus menyembuhkan luka pembedahan bersalin. Kandungan  mitokondria yang terdapat dalam Vivix memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu semasa dalam pantang.

sembuhkan  luka pembedahan bersalin dengan cepat


Lagi testimoni Vivix menyembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.
Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang"
sembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat

sembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat

sembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat

sembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat

Untuk dapatkan Vivix boleh hubungi Balkis di : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram : Siti Balkis

27 December 2017

SET MANDIAN BAYI YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI

Bagi ibu ibu yang akan menyambut kelahiran bayi anda, sudahkah anda membuat persediaan dalam menyediakan keperluan bayi anda? Rungsing dan tidak pasti keperluan apa untuk ibu dan bayi. Boleh download disini untuk memudahkan kerja ibu ibu sekalian.

http://www.mamapride.com.my/senarai-keperluan-ibu-bersalin-dan-bayi-baru-lahir/

set mandian bayi yang selamat dan semulajadi

Untuk mendapatkan set mandian bayi yang selamat untuk kulit bayi anda, Shaklee ada mengeluarkan produk mandian Shakleebaby. Produk ini telah dilancarkan pada sekitar bulan November 2017. Ada 3 jenis produk yang terkandung dalam Shakleebaby ini ialah Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil.

set mandian bayi yang selamat dan semulajdi

Set mandian ini disesuaikan dengan kulit bayi yang lebih nipis, lebih halus dan lebih cenderung kepada kekeringan berbanding kulit dewasa. Oleh itu, Shaklee telah mencipta formula yang sangat organik untuk kulit bayi bagi mengelakkan masalah kulit seperti sensitif,  menggelupas, kemerahan, allergik dan ekzema

Kesemua set mandian bayi ini mempunyai ciri ciri berikut :

  1. Diuji secara klinikal dan diuji oleh Pediatrik
  2. Tidak menyebabkan kemerahan dan kekeringan pada kulit
  3. Kandungan bahan yang semulajadi dan telah diiktiraf
  4. Mempunyai kandungan pH yang seimbang dan sesuai dengan kulit bayi
  5. Diformulasikan tanpa kandungan bahan yang berbahaya
Keistimewaan Set Mandian Shakleebaby

1 ) Gentle Wash

SET MANDIAN BAYI YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI

Lavender - Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi

Aloe Vera - Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air. Menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif

Chamomile - Tinggi dengan antioksidan. Menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.

2) Massage Oil

SET MANDIAN BAYI YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI


Minyak Biji Bunga Matahari - Kaya dengan asid lemak dan Vitamin E. Bertindak sebagai emolien semulajadi, banu mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Sesuai untuk kulit kering, dehidrasi dan sensitif

Lavender - Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi

Chamomile - Tinggi dengan antioksidan. Menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.

3) Soothing Lotion

SET MANDIAN BAYI YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI

Minyak Vanilla - Kaya dengan Vitamin B dan antioksidan secara semulajadi, melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar

Shea Butter - Mengandungi vitamin semulajadi dan asid lemak, membantu melindungi lapisan luar kulit bayi

Minyak Biji Jojoba - Bertindak sebagai emolien, membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit.

Berikan si manja anda formulasi terhebat untuk kesihatan kulit mereka. Jika pakaian, mainan dan gadget bayi anda boleh berusaha untuk berikan yang terbaik dan berkualiti, apa salahnya berikan set mandian yang benar benar terbaik agar bayi anda sentiasa ceria dan tidak meragam.

Untuk dapatkan Set Mandian Shakleebaby boleh hubungi Balkis di : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram : Siti Balkis



22 December 2017

Hilangkan Parut Jerawat Dengan Langkah Mudah Ini

Bila dah selesai dengan masalah jerawat, ada lagi masalah yang menghantui diri kita. Jerawat sudah semakin berkurangan tapi bekas ataupun parut jerawat pulak yang tinggal. Ya ampun stress lagi sebab nak hilangkan parut jerawat 

hilangkan parut jerawat dengan langkah mudah ini


Maka bermula la episod mencari produk produk kecantikan yang terdapat di pasaran untuk menghilangkan parut jerawat ini. Tetapi AWAS!! Jangan sampai tersalah pilih kosmetik sehingga mengakibatkan kulit wajah kembali bermasalah. Mimpi ngeri kot kalau jadi macamni kan.

Jadi disini Balkis akan kongsikan bagaimana untuk meghilangkan kesan parut jerawat dengan mudah dan yang paling penting ianya adalah selamat. Apa maksud selamat disini? Ianya menunjukkan bahawa cara yang digunakan tidak memberikan kesan sampingan terhadap kulit kita dan kulit dapat bertindak balas dengan baik bagi menghasilkan sel yang baru.

HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN LANGKAH MUDAH INI

1) Vitamin E

hilangkan parut jerawat dengan langkah mudah


Vitamin E merupakan vitamin yang popular untuk membantu dalam menghilangkan masalah parut jerawat. Bukan itu sahaja, Vitamin E  dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat, memperbaiki tekstur kulit yang rosak dan melancarkan peredaran darah.

Fungsi Vitamin E membantu memelihara sel-sel yang terdedah kepada radikal bebas agar tidak rosak.
Kandungan utama Vitamin E adalah semulajadi yang dijamin selamat untuk kulit kita.

2) SR Vita-C Plus

hilangkan parut jerawat dengan lebih mudah

Vitamin C berfungsi membantu dalam pembentukan kolagen. Dengan pengambilan vitamin c yang konsisten, kulit akan menjadi lebih cerah, anjal dan halus. Parut jerawat menjadi semkin kecut, cerah dan melindungi kulit rosak dari sinar UV

3) ESP

hilangkan parut jerawat dengan langkah mudah ini

ESP adalah minuman berprotein yang membantu dalam membina sel-sel kulit yang baru bagi menggantikan sel kulit kita yang telah mati. ESP mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita

Di antara fungsi ESP adalah : 
  • Menyembuhkan luka jerawat dengan cepat
  • Menghasilkan kulit baru yang lebih sihat dan segar
  • Mencerahkan kesan gelap kesan jerawat dan tona kulit yang lebih sekata
  • Mengandungi isoflaven yang baik untuk hormon kulit 
Protein yang lengkap akan membantu membina sel-sel tubuh yang sihat. Ini kerana sel yang sihat akan lebih mdah menyerap vitamin dan juga nutrient.


4) Collagen Powder

hilangka parut jerawat dengan langkah mudah ini

Collagen Powder memberikan kelembapan pada kulit, jadinya kulit yang bermasalah akan cepat sembuh dan parut jerawat semakin pudar.Kulit menjadi lebih tegang sekaligus dapat mengelakkan proses penuaan sebelum tiba masanya.

Mari Balkis kongsikan pengalaman mereka  yang berjaya konsisten dengan vitamin Shaklee bagi mengatasi masalah parut jerawat 

hilangkan parut jerawat dengan langkah mudah ini



hilangkan parut jerawat dengan langkah mudah ini



Untuk dapatkan Set Vitamin ini   dan konsultansi yang betul mengenai panduan makan supplemen ini, boleh hubungi Balkis di : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 
Instagram : Siti Balkis







20 December 2017

7 Cara Mudah Atasi Masalah Jerawat

Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.


7 cara mudah atasi masalah jerawat

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat namun jerawat semakin berleluasa. Kulit muka menjadi kemerahan terasa terbakar kepedihan setiap kali dicuci.


Pernahkah anda mengalami masalah jerawat sebegini rumit? Buntu mencari jalan penyelesaiannya? Mohon baca entry Balkis kali ini sehingga habis. Mudah-mudahan dapat membantu mengatasi masalah jerawat anda. 


Apakah Masalah Jerawat Ini?

Jerawat adalah penyakit kulit yang sering berlaku di kalangan remaja dan golongan muda. Ia dikatakan dalah disebabkan oleh perubahan hormon. Jerawat tidak seharusnya dipandang remeh kerana jika tidak dirawati dengan betul ia boleh menjadi teruk sehingga sukar dirawati.


Kebiasannya masalah jerawat ini menyerang mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana pengeluaran hormon yang berlebihan akan merangsang kelenjar sebum untuk menghasilkan sebum    ( bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum) secara berlebihan. Ini menyebabkan muka menjadi lebih berminyak.


Sebahagian besar daripada kelenjar sebum dalam badan akan tertumpu di muka terutamanya di bahagian dahi, pipi, dagu dan hidung. Apabila pengeluaran sebum terlekat pada bahagian folikel rambut, jerawat akan tumbuh.


Punca-punca Masalah Jerawat


1) Perubahan Hormon

Apabila berlaku perubahan hormon seperti cukup umur (baligh), mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan iaitu hormon androgen (testosterone) yang terdapat dalam badan lelaki dan wanita.Ketidakstabilan hormon ini kadang-kadang terkawal dan sekiranya tidak terkawal ianya akan berlarutan.

2) Tekanan (Stress)
Stress emosi yang dihadapi setiap hari berpunca daripada penghasilan minyak dan sebum kulit yang bertambah. Tekanan terdiri daripada dua kategori iaitu emosi dan fizikal.


Tekanan Fizikal :

a) Senaman atau bersukan tanpa rehat yang cukup
b) Tidur yang tidak mencukupi
c) Jadual harian yang terlalu padat
d) Merokok ataupun mengambil dadah

Tekanan Emosi
a) Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
b) Buli
c) Masalah hubungan rumah tangga ataupun peribadi
d) Tekanan kerja atau belajar yang berlebihan

3) Pemakanan
Mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, makanan laut, makanan bergoreng, dan makanan berlemak.

4) Toksin
Jika kita tidak pernah membuang toksin selepas berumur berpuluh puluh tahun, bermakna sudah bermacam -macam sisa toksin berkumpul di dalam badan. Jika sistem semulajadi badan kita tidak dapat mampu membuang toksin tersebut secara semulajadi, maka itula yang akan menyebabkan kulit kita menjadi kusam dan berjerawat.

5) Faktor Keturunan
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak mengalami masalah jerawat seperti masyarakat arab yang rata-rata mempunyai kulit yang lebih licin tetapi tidak bagi masyarakat Asia yang memang mengalami masalah jerawat. 

6) Alergik atau Alahan
Kandungan bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kita mengalami alergik kulit. Cara pembersihan kosmetik yang tidak betul akan menyebabkan liang roma menjadi tersumbat.

7) Persekitaran dan Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar bandar besar dan di kawasan kilang boleh menyebabkan masalah jerawat. Bahan-bahan ini boleh menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi iaitu radang kemerahan pada kulit.

8) Jangkitan Pada Kulit dan Resdung
Bakteria jenis Propionobacterium Acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Sebab itu, kita sentiasa diingatkan agar tidak memicit jerawat agar bakteria tersebut tidak merebak ke kawasan sekitar yang boleh menyebabkan jangkitan jerawat pada tempat lain.

Atasi Masalah Jerawat Anda Dengan Pengambilan Supplemen yang Dapat mengembalikan Semula Sel Sel Yang Telah Rosak Akibat Dikerjakan Oleh Jerawat.  Cegah Sebelum Terlambat

1) GLA Complex


7 cara mudah atasi masalah jerawat

  • Membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan. 
  • Memainkan peranan memastikan kulit sentiasa lembap dan memperbaiki sempadan bendalir kulit.
  • Fungsi GLA selain daripada mampu mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA juga berfungsi merencatkan hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon yang tidak stabil adalah kemunculan jerawat yang banyak ketika haid

2) Vitamin C Shaklee
7 cara mudah atasi masalah jerawat
  • Bertindak mengatasi kulit jerawat sebagai antioksidan dan menghasilkan pembentukan kolagen yang baru.
  • Sebagai antioksidan, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran daripada merosakkan kulit. Ini adalah kerana bahagian kulit adalah bahagian luar yang paling terdedah dengan pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka perlulah dilindungi secara berhati hati.
3) ESP Shaklee
  • ESP adalah sumber protein yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit yang baru. 
  • Pengambilan ESP dapat merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jadi ESP diperlukan bagi merawat kulit yang rosak akibat masalah jerawat
4) Collagen Powder



  • Merupakan supplemen kolagen yang terhebat mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Molekul Collagen ini adalah sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton, menunjukkan bahawa Collagen ini dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu dalam peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
5) B-Complex


7 cara mudah atasi masalah jerawat
  • B-Complex mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress jadi sangat sesuai untuk yang mengalami masalah jerawat disebabkan oleh stress.
6) Vitamin E


7 cara mudah atasi masalah jerawat

  • Fungsi utama vitamin ini adalah mengurangkan parut jerawat, mengatasi masalah whitehead dan blackhead yang menjadi punca jerawat, mencegah segala pertumbuhan abnormal sel, mempercepat proses baik luka jerawat dan membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
7) Alfafa Complex



  • Bertindak sebagai agen anti detox semulajadi.
  • Membuang segala toksin dari badan. Ini adalah salah satu punca kehadiran jerawat.
  • Membantu meneutralkan asid dalam badan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat daripada berulang.
Untuk tips kulit cantik boleh rujuk artikel ini : tips untuk kulit kekal cantik

APA KATA MEREKA YANG DAH CUBA SET JERAWAT INI???



Untuk dapatkan Set Jerawat yang hot ini dan konsultansi yang betul mengenai panduan makan supplemen ini, boleh hubungi Balkis di : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 
Instagram : Siti Balkis











17 December 2017

Kesan HB Rendah Untuk Ibu Hamil

Masalah  HB rendah merupakan salah satu masalah yang selalu dialami oleh ibu hamil. Jika tidak diatasi dengan serius ianya boleh membawa masalah untuk ibu dan juga kandungan. Tetapi sebelum itu, apakah yang kita faham mengenai HB ini




Apakah yang dimaksudkan dengan HB rendah?
HB rendah ataupun dipanggil kurang darah ataupun Anemia. Ini adalah satu keadaan di mana apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (HB) di dalam darah berkurangan.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi ibu hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Kebiasannya jumlah hemoglobin sebelum hamil akan berbeza sedikit semasa hamil. Namun demikian, jika paras hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu tersebut berisiko untuk menghidapi masalah anemia.

Punca HB  rendah :

1) Kurang pengambilan zat besi, folat dan vitamin B
2) Penghidap Thalassemia
3) Perubahan hormon semasa hamil
4) Kehilangan darah akibat kemalangan atau pendarahan

Risiko HB Rendah Untuk Ibu Hamil :
1) Ibu mudah pitam dan pening
2) Pendarahan semasa hamil dan pendarahan semasa bersalin
3) Dengupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko mengalami kegagalan jantung
4) Sentiasa lemah dan mengantuk
5) Jangkitan kuman
6) Keguguran

Risiko HB Rendah Kepada Bayi :
1) Bayi mengalami kegagalan pertumbuhan ataupun terbantut
2) Bayi mengalami masalah kekurangan berat badan
3) Kelahiran bayi pra matang
4) Risiko kematian bayi semasa sebelum atau selepas dilahirkan




Cara Mengatasi Masalah HB Rendah Untuk Ibu Hamil

1) Makan makanan yang kaya dengan kandungan zat besi  - Zat besi penting untuk merangsang pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ini ialah daging, ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti tembikai, dan juga buah-buahan kering seperti kurma, kismis dan prun.

2) Makan makanan yang kaya dengan Vitamin C - Vitamin C dapat membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Di antara contoh makanan yang kaya dengan kandungan Vitamin C adalah buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau.

3) Pengambilan supplemen tambahan - Kebanyakan pakar perubatan mencadangkan pengambilan pil za besi sebagai makanan tambahan bagi mengatasi masalah HB rendah ini. Supplemen ini bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami masalah alahan ketika mengandung.

Supplement Untuk Masalah HB Rendah




1) Vita-Lea - Multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membnatu merangsang pembentukan sel darah merah

2) B Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting termasuk vitamin B12 dan asid folik. Asid folik membantu dalam pembentukan janin yang sempurna. Pengambilan B Complex yang konsisten dapat mengawal stress dan tekanan kerana ibu mengandung mengalami perubahan hormon yang tidak terkawal.

3) Vitamin C - Membantu kecekapan tubuh menyerap zat besi dan B12. Menambah tenaga dan kecekapan sistem pertahanan tubuh.

Ibu ibu hendaklah sentiasa beringat untuk mengelakkan pemgambilan supplemen bersama dengan susu dan kafein. Ini kerana sumber tenusu dan kafein mampu merencatkan penyerapan zat besi dalan tubuh badan kita.

Jarakkan pengambilan antara 2 hingga 3 jam dan pastikan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak bagi mengelakkan masalah sembelit semasa mengandung. Vitamin yang mengandungi kandungan zat besi adalah digalakkan diambil secara serentak dengan minuman yang kaya dengan vitamin C seperti minuman berjus.

Jadi untuk mengelakkan  masalah HB rendah ini daripada berpanjangan, boleh dapatkan supplemen yang Balkis syorkan seperti di atas. Lebih mudah dan senang untuk ibu hamil konsisten sihat dan bertenaga.

Ataupun boleh dapatkan supplement semasa mengandung yang mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil : makanan tambahan untuk ibu hamil kekal cergas dan bertenaga

Testimoni Set Vitamin HB Rendah



Untuk dapatkan Set HB Rendah ini bagi keperluan nutrisi ibu  hamil  dan konsultansi yang betul mengenai panduan makan supplemen ini, boleh hubungi Balkis di : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390 
Instagram : Siti Balkis









Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com