Pages

31 March 2023

4 Idea Menu Sahur Sihat Yang Mengenyangkan


Alhamdulillah awal-awal bulan puasa ini cuaca adakalanya hujan dan ada juga panas. Begitula dugaan bulan Ramdahan ini. Hari ini sudah hampir seminggu kita berpuasa dan bersahur. Ada yang tak bangun sahur ke tu? Untuk saya dan anak-anak masih lagi dalam keadaan terkawal. Anak-anak pun bangun nasib baik  la tak buat drama yang bukan-bukan.

Mencabar juga la bersahur kali ini sebab nak kena sediakan menu sahur anak-anak sekali. Untuk anak saya mereka memang tolak nasi waktu bersahur sama macam mak dia juga la. Jadi saya memang tidak bersahur dengan nasi sebab saya memang consume Set Puasa Shaklee. Jadi menu sahur saya memang mudah dan ringkas setiap hari. 

Sahur merupakan santapan yang pertama sebelum kita berpuasa di siang hari. Fungsinya sama seperti sarapan pagi. Memilih makanan dan khasiat yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengurangkan masalah rasa cepat lapar atau rasa terlalu lapar sepanjang kita berpuasa.

Bagi menu sahur  anak-anak saya pelbagaikan menu supaya sesuai untuk kami sekeluarga. Antara Idea Menu Sahur Sihat yang saya sediakan untuk keluarga adalah : 

1) ESP+ Kurma 




Yang ni memang kegemaran  seisi keluarga. Cara sangat mudah saja Selalunya malam sebelum tidur saya akan rendamkann kurma yang telah dibersihan dan dibuang biji dan direndam dalam air suma semalama. Kemudian esok paginya, saya masukkan air rendaman kurma beserta ESP dan susu segar kedalam blender. Jadi la rasa macam milkshakes sikit kan. Yang penting kenyang sepanjang hari. 

2)Smothie Buah-Buahan

Smoothie buah-buahan yang rendah gula dapat memberikan nutrisi yang baik untuk tubuh badan anda. Boleh cuba buah-buahan sepeti pisang, strawberi, blueberi, mangga dan boleh tambahkan dengan fresh milk. Kalau saya setiap kali buat smothie buah-buahan saya akan campur sekali dengan Cinch Shakes. Memang rasa lazat dan tinggi protin. 

3) Oat dengan Kekacang dan Buah 




Oat adalah sumbers erat dan protin yang baik, dan kekacang seperti kacang almond dapat menambahkan nutrisi dan rasa yang enak. Tambahkan buah-buahan seperti pisang, blueberi ataupun strawberi untuk menambhakan rasa manis yang semulajadi

4) Sup Sayuran dengan Daging atau Ayam



Sup sayuran yang tinggi serat dan rendah kalori dapat membantu menjaga tubuh anda untuk kenyang sepanjang hari. Tambahkan daging atau ayam untuk menambahkan protin 

Ini antara menu sahur yang sihat dan mudah untuk sediakan ketika bersahur. Banyak sebenarnya menu menu yang lain yang boleh kita sediakan. Tetapi untuk saya, saya lebih memilih menu yang ringkas dan mengenyangkan. Lebih mudah disediakan sebab nak bangun awal pagi pun satu hal juga kan. Jadi nak elak banyak masa  di awal pagi, kita pilih menu yang ringkas ajela. 

Untuk lebih banyak lagi Menu Sahur yang menarik, anda boleh merujuk kepada  link Menu Sahur ini untuk rujukan. Akhir kata Selamat Berpuasa dan jangan lupa bangun sahur tau. Rugi kalau kita tak bangun sahur ni sedangkan kita sendiri sudah tahu banyak pahala untuk mereka yang bangun sahur ini kan. 


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee #pengedarshakleebatucaves

No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com