Pages

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

18 August 2018

Nutrisi Semasa Berpantang Yang Wajib Di Ambil Oleh Ibu Bersalin

Siapa yang mengalami masalah ketika berpantang?

Tekanan emosi semasa dalam pantang?

Tidak mendapat rehat yang secukupnya?

Kurang makan makanan yang seimbang semasa berpantang?


Nutrisi  Semasa Berpantang Yang Wajib Di Ambil Oleh Ibu  Bersalin


Jika anda salah seorang seperti di atas, kemungkinan anda tidak mendapat nutrisi yang terbaik semasa berpantang. Ibu-ibu umumnya menganggap tempoh berpantang selama 44 hari adalah sangat mencabar.

Kenapa Pentingnya Berpantang ?

Proses melahirkan anak memerlukan seluruh tenaga si ibu. Kadang-kadang ada yang mengalami masalah kekurangan darah yang menyebabkan mereka lemah. Sebab itu juga pentingnya tempoh berpantang supaya ibu dapat mengembalikan semula tenaga dan membaik pulih badan akibat proses kelahiran yang panjang

Berpantang dikatakan juga proses jalinan ikatan antara ibu dan bayi. Dalam tempoh berpantang si ibu dilarang membuat kerja rumah dan hendakla diberi cukup keperluan nutrisi makanan yang sihat supaya proses penyembuhan berlaku dengan teratur.

Bukan setakat ibu ibu perlu berpantang daripada melakukan kerja rumah, tetapi hendakla berpantang daripada makan makanan  tertentu. Ini kerana jikalau tersilap makan, keadaan badan yang lemah akan menjadi lebih teruk

5 Sebab Kenapa Ibu Perlu Berpantang Makanan

1) Mengelakkan sembelit
Keadaan usus dan organ pencernaan sepanjang kehamilan telah terhimpit dengan bayi di dalam kandungan. Tetapi bila bayi dilahirkan, keadaan usus dan organ pencernaan akan menjadi berbeza dan memerlukan masa untuk menyesuaikan denagn keadaan baru ini

Oleh itu seringkali orang tua berpesan elakkan makan ayam di awal berpantang kerana daging dan ayam boleh menyebabkan sembelit. Sembelit juga akan memberi kesan kepada luka jahitan bersalin.


2) Elakkan Luka Gatal dan Lambat Sembuh
Penjagaan luka bersalin adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman terhadap luka bersalin.Pantang makanan yang gatal seperti ayam bagi mengelakkan rasa gatal di bahagian luka bersalin. Jika kerap menggaru di bahagian luka, ianyan boleh menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebih teruk 

3) Elakkan Terkena Bentan Urat
Bentan adalah satu keadaan di mana ibu tiba-tiba diserang sakit sendi yang keterlaluan, kejang otot secara tiba-tiba, dan demam yang mengigil tanpa henti.Bentan dikatan terjadi apabila ibu tidak menjaga pemakanan seperti memakan buah atau sayur yang menganggu sistem saraf.

4) Untuk Imbangi Hormon Ibu
Pemilihan makanan seperti ikan dan ayam yang segara adalah sangat penting supaya ibu tidak mengalami masalah hormon yang tidak stabil.

5) Mengurangkan Berat Badan Selepas Bersalin
Makanan yang digoreng adalah tidak dibenarkan sama sekali.Ibu berpantang diwajibkan memakan makanan lauk yang dibakar, rebus dan stim sahaja.Pemakanan lauk yang kurang kolestrol dapat membantu proses pengurangan berat badan berlaku dengan lebih cepat

Jadi apakah nutrisi yang terbaik untuk ibu semasa berpantang? 


Nutrisi  Semasa Berpantang Yang Wajib Di Ambil Oleh Ibu  Bersalin


1) Vitalea
Merupakan multivitamin dan mineral yang disalutidengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.  Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera makan, tekanan darah rendah, depresi, kebas – kebas, letih danlesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

2) B-Complex


Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.


3) Vitamin C
Mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh di samping membantu membina kolagen dan membantu meningkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi tulang dan pembentukan tisu baru.  

Ibu yang tidak dapat cukup vitamin c akan mengalami rasa mudah penat dan mereka juga akan menjadi cepat marah serta mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan badan mereka tidak kuat

4) ESP
Merupakan non-GMO soy protein yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem  imun, mencegah migraine, imsonia dan tekanan.

Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makanan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur,  badan letih dan lesu .Protein juga dapat meningkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein. 

Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatakan tisu-tisu penghubung

5) Ostematrix
Terdiri daripada nutrient kalsium, magnesium,  vitamin D, zink, dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. OsteMatrix menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusu anak.Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. 

Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakkan masa mereka berbaring di atas katil. Supplement kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang. Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal

6) Alfafa
Bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan anak. Pengambilan alfafa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice ataupun sakit kuning.

7) Omega Guard
Minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkain spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Omega Guard dapat membantu perkembangan otak bayi dan memori, serta merupakan nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi berupaya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran



Kelebihan Set Berpantang Shaklee

1) Dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat
2) Sebagai pelengkap nutrisi yang diperluka oleh badan
3) Membnatu meningkatkan penghasilan susu
4) Ibu berasa lebih cergas dan bertenaga
5) Emosi ibu lebih stabil semasa berpantang
6) Luka jahitan bersalin lebih cepat sembuh
7) Meningkatkan sistem imun ibu dan anak
8) Mencantiikan kulit ibu


Antara Pengguna Set Berpantang Shaklee

1) Sepanjang tempoh bersalin alhamdulillah tidak mengalami kontraksi yang lama, tiada koyakan bersalin, dan cepat discaj..sebelum masuk ke labour room sue mengambil 6 biji pil ostematrix untuk mengurangkan kontraksi. selepas dibenarkan discaj sepanjang tempoh rawatan susulan jaundis anak diklinik tiada masalah dan kali ini tiada lg episod berkampung didalam wad seperti abang-abang yang lain.
Berpantang sendiri bersama dengan 2 orang hero sangat mencabar, nasib la sue ambil set pantang yg ada b complex membantu sue daripada stress dan meroyan dan lecithin mengurangkan bengkak susu. selain daripada kekal bertenaga dengan set berpantang bonus yang sue dapat alhamdulillah susu meriah, sehingga kini awliya sudah berumur 1 tahun 2 bulan masih lagi menyusu badan berbanding abang-abang nya sebelum ini hanya sampai usia empat bulan sahaja.

Nutrisi  Semasa Berpantang Yang Wajib Di Ambil Oleh Ibu  Bersalin

2) Alhamdulillah walaupun dari pukul 11 malam kat labour room, saya masih lagi bertenaga untuk lahirkan anak saya pada pukul 6.37 pagi tanpa epidural. Kira okay la kan untuk anak pertama.


Ini adalah antara Shaklee Effect yang saya dapat sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang bersama produk Shaklee.


  1. Tiada lagi masalah rambut gugur sejak dari zaman Diploma. 
  2. Jarang sembab kaki. Sepanjang tempoh kehamilan ada la dalam 2 3 kali macam tu je kot kaki sembab. 
  3. Tiada migrain atau pening kepala
  4. Tiada masalah sembelit semasa hamil dan berpantang. 
  5. Tiada masalah kejang kaki, kejang perut atau simpul mengkarung.
  6. Tiada morning sickness
  7. Tiada kemurungan atau gangguan emosi (stress)
  8. Badan cergas seperti bateri fully charge.
  9. Tiada stretchmark semasa hamil dan selepas bersalin
  10. Hari kelima berpantang dah boleh jalan laju mcm org tak bersalin. Yg paling best family dan kawan2 datang melawat kat rumah cakap "tak nampak macam orang bersalin pon".
  11. Berat turun tanpa sedar. Berat asal sebelum hamil 46kg. Berat akhir kehamilan sy 59.4kg. Selepas 25hari pantang berat dah turun 47kg. Sepupu datang rumah tengok saya terus cakap "tak gemuk pon?" 
  12. Susu banyak melimpah ruah. Alhamdulillah rezeki baby saya dapat buat stok ebm dari hari ke-3 berpantang lagi.
  13. Kurang stress walaupun tak cukup tidur baby nak menyusu tengah malam, menangis, tukar pampers


Nutrisi  Semasa Berpantang Yang Wajib Di Ambil Oleh Ibu  Bersalin


3) Saya mula jatuh cinta dengan suplemen Shaklee melalui Set Berpantang. Masa tu saya berpantang anak yang ke 4. Melahirkan anak melalui pembedahan memberi cabaran besar buat saya. Iyelah kan...saya kena fikir macam mana nak uruskan anak-anak dan diri sendiri...Maklumlah berpantang sendiri katakan...
Tapi selepas mengambil suplemen Shaklee.Saya rasa badan semakin pulih dengan cepat.Sepanjang hari bertenaga dan kurang stress.Paling saya suka luka cepat sembuh.Alhamdullilah...susu pun meriah.Murah rezeki Abang Chik Hadif.
Suplemen Shaklee yang membantu saya semasa berpantang ialah ESP,Vitamin C,Vitalea,Ostematrix,Alfalfa Complex, Zinc Complex dan B Complex.
Antara kebaikan berpantang yang saya dapat dengan suplemen Shaklee adalah :
  1. Luka bersalin cepat sembuh 
  2. Bertenaga sepanjang hari
  3. Menguatkan imun tubuh ibu dan anak
  4. Mengawal emosi ibu dari stress
  5. Mengelakkan rambut gugur
  6. Susu badan meriah



Pengalaman berpantang dengan suplemen Shaklee adalah satu pengalaman yang luarbiasa bagi saya.Maklumlah sebelum ni saya ada cuba pelbagai produk berpantang.Tapi berpantang dengan suplemen Shaklee memang terbaik.
Bagi kawan-kawan yang masih tercari-cari suplemen untuk berpantang.Saya syorkan anda mencuba set berpantang Shaklee. Di jamin selamat,semulajadi dan berkesan.

Nutrisi  Semasa Berpantang Yang Wajib Di Ambil Oleh Ibu  Bersalin

Balkis dan ibu ibu yang lain memang dah mencuba set berpantang Shaklee. Jujur Balkis kata kan memang Balkis sependapat dengan ibu -ibu lain bahawa set  berpantang Shaklee mampu memberikan anda kesihatan yang lebih baik dan penting untuk kekal bertenaga semasa berpantang. Bayi yang baru lahir memerlukan belaian dan perhatian yang sangat tinggi.

Hilangkan stress dan elakkan meroyan dengan pengambilan Set Berpantang Shaklee. Anda boleh dengan menghubungi Balkis seperti  di bawah : 


Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram :balkis_starbeauty




COD SEKITAR : BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG


ATAUPUN ANDA BOLEH KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN SET BERPANTANG INI SECARA ONLINE : SET BERPANTANG SHAKLEE




26 January 2018

7 Keperluan Nutrisi Bagi Ibu Yang Melahirkan Anak

Tubuh wanita mengalami perubahan yang luar biasa semasa tempoh kehamilan, dan berterusan selepas kelahiran bayi. Semasa tempoh kelahiran bayi, ibu akan mengalami tempoh berpantang dimana terdapat beberapa perkara yang mereka tidak boleh lakukan dalam tempoh tersebut. Tempoh berpatang ini bergantung kepada budaya dan amalan kaum masing-masing

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak


Sebagai contoh, tempoh berpantang bagi kaum Cina adalah 30 hari manakala bagi kaum Melayu dan India pula adalah sehingga 44 hari.Dalam tempoh ini, berbagai amalan dan pantang larang harus diikuti untuk kesejahteraan dan pemulihan badan ibu

Ini adalah bertujuan agar ibu ibu dapat pulih dengan lebih cepat dan bertenaga. Dengan keadaan bayi yang masih kecil, badan anda memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk bersaing dengan keperluan aktif bayi anda

7 Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Bagi Memastikan Ibu Sentiasa Aktif dan Bertenaga

1) B-Complex

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Mengandungi 8 jenis vitamin penting penting untuk  mengurangkan risiko kemurungan semasa dalam tempoh berpantang dan ia adalah baik untuk:

• Penghasilan sel darah merah yang normal
• Fungsi sistem saraf
• Penghasilan tenaga

2) Vitamin C

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Vitamin larut air ini melibatkan pembentukan tisu baru dan membantu mempercepat pemulihan luka. Ia juga:
• Berperanan dalam proses pembaikan sel.
• Membuang jangkitan terutamanya di sekitar kawasan luka.

3) Omega 3

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Baik untuk anda, baik untuk bayi anda! Omega-3 dipanggil asid lemak penting kerana ia tidak disintesis oleh badan dan terbaik diperoleh melalui suplemen. Omega-3:
• Membantu perkembangan otak dan  bayi anda untuk lebih sihat
• Menggalakkan peredaran darah yang baik.
• Membantu mengurangkan keradangan di dalam badan.

4) Kalsium
7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Semasa mengandung, bayi anda mengambil kalsium tulang anda untuk proses pertumbuhan mereka. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kekuatan tulang anda untuk kehidupan masa depan dan ia:
• Memastikan pengaliran saraf dan otot yang baik
• Mencegah kejang otot.

5)Alfafa

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Disifatkan sebagai "bapa kepada semua makanan", alfalfa adalah penggalak susu semulajadi yang memberikan pelbagai manfaat kepada badan dan:
• Makanan untuk tubuh ibu, untuk mendapatkan pemulihan yang lebih pantas.
• Mengandungi serat yang membantu mengawal pergerakan usus, selepas kehamilan.

6) Protein
7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Makronutrien penting yang terlibat dalam proses penyembuhan luka
Protein:
• Menyediakan tenaga yang berkekalan. 
• Menyediakan badan anda untuk pengeluaran susu ibu.
.
7) Multivitamin
Multivitamin adalah makanan utama bagi setiap individu dan ini termasuk ibu-ibu yang menjalani tempoh berpantang.  Multivitamin berfungsi sebagai :
• Memenuhi keperluan makanan dalam diet seharian kita
• Membantu dalam  penghasilan tenaga


Jadi ibu-ibu jangan ambil mudah soal penjagaan kesihatan. Lengkapkan nutrisi keperluan anda supaya anda boleh membina kehidupan yang lebih sihat

Ingin mendapatkan vitamin vitamin seperti di atas?Boleh hubungi Balkis di sini : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram : Siti Balkis


Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com