Pages

30 July 2018

Risau dengan Kes HFMD yang Semakin Meningkat? Ikuti 5 Langkah Pencegahan yang Boleh Diambil


Aduh, risau sungguh bila tengok dekat berita jumlah peningkatan kes HFMD ini. Semakin hari semakin tinggi jumlah kanak-kanak yang menghidap penyakit HFMD . Sehingga kini , wabak ini telah dilaporkan sebanyak 37,986 kes di seluruh Malaysia. 

Peningkatan jumlah kes ini sudah tentu agak membimbangkan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak kecil. Anak-anak terpaksa dikuarantin selama seminggu ke dua minggu bergantung kepada keadaan anak-anak masing. Bagi ibu bapa yang bekerja sudah tentu ini adalah salah satu perkara yang merungsingkan.

Risau dengan Kes HFMD yang Semakin Meningkat? Ikuti 5 Langkah Pencegahan yang Boleh Diambil



Apakah Itu HFMD?
HFMD adalah singkatan dari HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE ( penyakit tangan, kaki dan mulut) yang disebabkan oleh Virus Coxsackie dan Enterovirus yang kebiasaannya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Bagaimana HFMD ini merebak?
Penyakit HFMD ini boleh merebak  melalui sentuhanlangsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HDMD

Apakah Tanda-tanda HFMD?
  1. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka(ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.Ada juga yang mengalami gejala seperti sakit tekak disebabkan ulcer.
  2. Hilang selera makan. Ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kanak-kanak akan menjadi keletihan dan tidak bermaya. Pengambilan air yang banyak adalah sangat digalakkan
  3. HFMD selalunya akan menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, terdapat juga jangkitan HFMDA yang berpunca daripada jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagaimana Untuk Mengelakkan Jangkitan HFMD?
  1. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ianya mudah berlaku di tempat yang sesak serta mutu kebersihan yang rendah
  2. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan,. Selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  3. Jangan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, pakaian dan cadar.
  4. Ibu bapa ataupun penjaga kanak-kanak yang menghidap HFMD hendakla segera mendapatkan rawatan dan kuarantin anak selama 7-14 daripada berjalan di tempat awam
  5. Cuci alat mainan, permukaan meja dan kerusi yang dicemari air liur anak.
RISIKO UNTUK WANITA HAMIL
Tiada risiko tertentu tetapi kemungkinan janin terjejas tetap ada. Jika wanita hamil terpaksa menjaga kanak-kanak penghidap HFMD, pastikan mencuci tangan dengan kerap. Amalkan kebersihan dengan cara yang betul.

Selain menitikberatkan tahap kebersihan, ada beberapa cara lain untuk kita mengoptimumkan gejala HFMD. Balkis akan kongsikan 5 cara mudah untuk kita meminimumkan tanda tanda penyakit HFMD daripada merebak.


Risau dengan Kes HFMD yang Semakin Meningkat? Ikuti 5 Langkah Pencegahan yang Boleh Diambil


1) Omega Guard
Untuk meningkatkan imunisasi badan anak anak bagi melawan jangkitan HFMD ini. Mengurangkan keradangan dan kegatalan di badan kanak-kanak.Mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk perkembangan otak. Kandungan Asid Lemak Omega 3 memelihara fungsi otak, penglihatan dan sendi.

2) Meal Shakes
Membekalkan nutrisi dan vitamin yang secukupnya kepada anak kita. Meal Shakes mengandungi gabungan 19 jenis vitamin dan mineral beserta 9 jenis asid amino yang sememangnya diperlukan oleh badan. Inidapat mengelakkan badan anak mengalami dehadrisi kerana kurang makan dan minum.

3) Basic H
Boleh dijadikan cucuian untuk mencuci permainan anak - anak. Selain itu, Basic H sesuai dijadikan semburan di tangan anak-anak selepas bermain. Boleh juga digunakan untuk mengelap kerusi bayi atau troli semasa membeli belah di mall.

4) Fresh Laundry Concentrate
Membersihkan pakaian anda daripada kotoran. Pencuci pakaian yang mesra dengan alam sekitar, tanpa bahan pewarna dan bahan kimia yang berbahaya. Pakaian menjadi lebih  bersih dan selamat.

5) Herbal Blend Multipurpose Cream
Krim ini memang wajib untuk ibu dan bapa bawa bersama ke mana sahaja. Kebiasanya bila ada anak kecil kulit mereka akan menjadi lebih sensitif . Kandungan yang tidak mengandungi paraben dan daripada sumber semulajadi memang sangat sesuai dengan kulit anak kita. 

Sapu je satu badan dari awal sampai la bintik bintik menjadi kering pada masa yang sama parut dan bintik-bintik merah yang kecil akan cepat hilang.

6) Chewable Vitamin C Plus


Chewable Vitamin C sudah berada di pasaran bermula 10 Ogos 2018 selepas sekian lama menyepi. Kelebihan  Chewable Vitamin C adalah untuk meningkatkan imunisasi anak-anak terutamanya kanak-kanak yang selalu asma, kerap demam, selsema , batuk, masalah kegatalan kulit seperti eczema atau kulit sensitif dan Kanak-kanak yang ada masalah resdung dan alergik


Lindungi anak anda dengan langkah pencegahan yang terbaik dengan Set dari Shaklee ini. 
Sayangkan anak dengan memberikan lebih perlindungan terhadap mereka. Anda boleh menghubungi Balkis  seperti di bawah untuk mendapatkan produk ini. 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram :balkis_starbeauty




COD SEKITAR : BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG

ATAUPUN ANDA BOLEH DAPATKAN YOUTH MELALUI ESELL BALKIS. CARANYA MUDAH HANYA KLIK DI SINI SAHAJA : ESELL




24 July 2018

INGINKAN KULIT YANG CANTIK DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI

Kulit yang cantik dan lembut sudah tentu menjadi idaman setiap wanita. Siapa yang tak nak cantikkan? Bukan setakat golongan wanita sahaja yang ingin rasa menarik dan cantik, tetapi kini kaum lelaki sudah mula menitikberatkan soal penjagaan wajah untuk lebih kelihatan menarik. 

INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI

Ini kerana memiliki kulit wajah yang bebas daripada masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, dan liang pori yang besar dapat meningkatkan tahap keyakinan diri. Betul tak? Anda pun sudah pasti salah seorang daripada golongan ini.

Jadi Balkis kongsikan dengan anda tips bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri dengan miliki kulit wajah yang cantik dan lembut tapi dalam masa yang sama miliki kulit yang sihat tanpa dicemari kandungan bahan kimia yang merbahaya.


YOUTH SKINCARE TEMAN TERBAIK ANDA PADA MASA KINI

INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI





YOUTH Skincare ini terdiri daripada 6 jenis produk yang sangat amazing, iaitu:




  • YOUTH® Luminous Gel Oil Cleanser
  • YOUTH® Perfecting Skin Toner
  • YOUTH® Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
  • YOUTH® Activating Serum
  • YOUTH® Advanced Renewal Night Cream
  • YOUTH® Radiance C + E


  • JOM KITA DEKATI SATU PERSATU PRODUK YOUTH INI


    1) LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI

    💙Tidak ada sabun & pH yang seimbang. Jadi muka anda  akan rasa lembut dan halus  selepas mencuci muka
    💙Lagi satu yang best dia boleh jadi MAKEUP REMOVER! Boleh buang semua daki, sisa makeup & kotoran di muka
    💙Dalam cleanser YOUTH ni juga ada MUSCADINE GRAPE EXTRACT, bahan premium dalam Vivix. Dia berfungsi utk melindungi & perbaiki sel DNA kita & juga menghalang kerosakan kolagen + elastin.

    Bahan lain:
    💕Ekstrak Alga Hijau yg menghaluskan💕Vital Repair+


    2) PERFECTING SKIN TONER .


    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


    Antara fungsi  toner YOUTH:

    💙Membersihkan kulit dari sel kulit mati. 

    💙Membebaskan kulit dari sel sel kusam dan ejen pencemaran dari persekitaran
    💙Mencerahkan kulit dan kelihatan lebih berseri, segar
    💙Menghidrat & membekalkan nutrisi kepada kulit .

    Bahan2:
    💕Ekstrak Alga Hijau yang meremajakan💕Muscadine Grape Extract💕Vital Repair+


    3) YOUTH ACTIVATING SERUM


    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI

    💙Paling POWER antara item dalam YOUTH. 

    💙Ada 10x ganda bahan aktif yang akan membantu PERBAHARUI SEL yg kritikal. 
    💙Campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex akan menggalak penghasilan KOLAGEN agar kulit kita jadi lebih muda, remaja dan berseri.  

    Bahan:
    💕YOUTH Complex .

    💕Apple stem cell
    💕Lotus Japonicus
    💕Vitamin A berkapsul

    4) AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50.



    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


    💙Boleh jadi moisturizer dan melindung kulit dari matahari. 2 in 1👍
    💙Pelindung matahari yg berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Jadi moisrurizer ni akan melindung kulit kita dari terkena sunburn terutama yang banyak terdedah dengan cahaya matahari. 
    💙Juga boleh melembapkan kulit wajah dan menambah baik tona kulit secara sekata. 

    Bahan:
    💕Vital Repair+ Complex

    💕Muscadine Grape Extract
    💕SPF 50.

    5) ADVANCE RENEWAL NIGHT CREAM


    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


    UNTUK PENGGUNAAN PADA WAKTU  MALAM .

    💙Krim malam yang best. Sekarang ini  dah jadi rutin Balkis akan sapu night cream sebelum tidur. Bangun pagi kulit rasa segar dan lembut jer tau👍😍.
    💙Night cream ni akan menggalak proses pembaharuan sel kulit masa kita tidur malam.

    💙Dan juga membantu merangsang penghasilan KOLAGEN dan elastin. Sebab tu bila rajin guna night cream ni kulit korang jadi lebih licin, cerah dan muda!

    Bahan:
    💕Vital Repair+ Complex

    💕Schisandra Chinensis
    💕Lotus Japonicus

    6) RADIANCE C+E .



    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


     UNTUK PENGGUNAAN PADA WAKTU  MALAM .

    Kapsul emas ni yang paling menarik untuk anda cuba.

    💙RADIANCE C+E akan membantu mengurangkan tanda penuaan di muka, termasuk jeragat, kedutan, eyebag dan melicinkan struktur kulit jadi lebih sekata. 
    💙Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yg berpaten, vitamin E dan ekstrak sel raspberi membantu menegang, mencerah, mengurangkan garisan halus dan kedutan.
    💙Utk kesan TERBAIK boleh guna selepas serum. .

    Bahan:
    💕20% Vitamin C tulen, Vitamin E & Raspberi


    KESAN POSITIF BAGI YANG SUDAH MENCUBA YOUTH INI 



    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI

    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


    INGINKAN KULIT YANG CANTIK  DAN LEMBUT? IKUTI 6 LANGKAH MUDAH INI


    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang pengguna setia YOUTH. Balkis sudah anda bila lagi kan?? Anda boleh menghubungi Balkis  seperti di bawah untuk mendapatkan produk Youth ini

    Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
    Instagram : balkis_starbeauty




    COD SEKITAR : BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG

    ATAUPUN ANDA BOLEH DAPATKAN YOUTH MELALUI ESELL BALKIS. CARANYA MUDAH HANYA KLIK DI SINI SAHAJA : ESELL

    19 July 2018

    TIPS UNTUK BERCUTI DI HONG KONG

    Sebelum ini Balkis dah kongsikan itinerary semasa bercuti di Hong Kong. Jadi untuk entry kali ini Balkis sertakan beberapa panduan perjalanan semasa berada di Hong Kong. Tips ini berdasarkan pengalaman Balkis dekat sana dan mungkin juga tak sama dengan pendapat orang lain ye.

    tips untuk bercuti di hong kong


    So,ini antara senarai berdasarkan permerhatian Balkis di Hong Kong

    1) Pilih musim yang sesuai untuk ke Hong Kong sebab Hong Kong pun ada 4 musim. Masa Balkis pergi sekitar awal Februari, still lagi musim sejuk. Tapi musim sejuk kat HK takde salji ye. Check suhu sebelum berangkat ke sana supaya korang boleh standby dengan pakaian yang sesuai.Elakkan pergi Hong Kong pada hujung tahun sekitar Sep, Oct dan November sebab kebiasaannya Hong Kong akan dilanda ribut taufan. Rugi sebab kena stay kat hotel aje nanti

    2) Harga hartanah di Hong Kong sangat mahal. Sebab itu harga hotel memang mahal sangat.Korang boleh menginap di guest house, dorm, hotel ataupun apartment. Tapi keluasan rumah atau hotel diorang ni silap silap solat pun atas katil. Jadi plan la budget anda sebaiknya.

    3) Kawasan strategik untuk kemudahan anda menginap adalah sekitar Tsim Sha Tsui, Kowloon dan Nathan Road. Ini memang tempat kegemaran pelancong dan sangat dekat dengan public transport seperti bas dan tren. Tapi bagi yang bercuti bersama anak kecil elakkan untuk menginap hotel di kawasan Chungking Mansion sebab kawasan tu penuh dengan foreigner dan terlalu padat. Jadi semasa buat tempahan hotel, jangan lupa semak kemudahan yang disediakan dan jarak hotel korang dengan public transport

    4) Public transport dekat Hong Kong sangat efficient . Walaupun korang travel dengan anak kecil pun okay aje naik bus dan tren. Kebanyakkan tempat tempat perlancongan dekat sana memang ada kemudahan tren. Tren dekat sana dipanggil MTR. Jadi jangan lupa beli Octapus Card untuk kemudahan korang untuk naik bas dan MTR. Nanti dekat airport waktu nak balik boleh return balik kad tersebut untuk dapatkan semula baki kad

    5) Makanan halal ada dijual di sekitar Hong Kong. So memang takde masalah sebab korang boleh makan makanan seperti nasi, kebab dan pizza. Harga memang agak mahal sedikit.Kalau makan dekat area Chungkin Mansion, siap ada kedai boleh tawar menawar lagi harga makanan. Kalau nak berjimat, jangan lupa bawa stok makanan sendiri.

    6) Kalau korang jenis yang suka aktiviti ekstrem, korang boleh pergi Ocean Park berbanding masuk ke Disneyland. Dekat Ocean Park, memang banyak mainan macam roller coaster, yang ganas ganas la. Di Disneyland, kebanyakkan mainan level kanak kanak dan tak ekstrem sangat. Tapi kalau korang peminat watak watak Disney, memang wajib masuk Disneyland. Make sure korang stay sampai malam sebab waktu malam diorang ada perarakan watak watak Disney. Memang best

    7) Dalam Disneyland ada 2 restoran halal iaitu Tahitian Terrace dan Explorer City. Ruang solat pun ada jadi korang boleh solat dekat City Hall iaitu belakang restoran Explorer City. Wajib pergi theme park Grizzly Gulch dan naik roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Walaupun kena beratur panjang, sila beratur. Berbaloi baloi ekstremnya.

    8) Pastikan handphone korang dah siap siap install Google  Map dan Waze. Dua benda sangat membantu korang dekat sana. Google Map tu senang guna sebab korang boleh check sekali nak naik tren yang mana dan patut berhenti di stesen yang mana.

    9) Rakyat Hong Kong boleh dikategorikan sebagai tak friendly sangat. Sebab kalau korang tegur diorang dekat tengah jalan, tanya apa apa pun diorang tak layan pun.Tak pasti sebab apa tapi ada juga Balkis dengar disebabkan faktor bahasa. Tapi kalau korang tanya dekat petugas tren ataupun kedai makan yang macam international sikit macam Starbuck, for sure diorang akan tolong.

    10) Waktu solat dekat Hong Kong agak awal berbanding di Malaysia, Korang boleh check dekat Muslim Pro.Waktu siang agak cepat iaitu seawal pukul 6.30 pagi.

    11) Plug di Hong Kong sama macam dekat Malaysia. Jadinya tak payah nak bawa adapter universal.

    12) Ada satu laman web yang korang beli harga tiket ke tempat perlancongan dengan murah iaitu KLOOK. >>>>> KLOOK <<<< Balkis dapat beli tiket ke Disneyland dengan harga yang jauh lebih murah berbanding beli di laman web dan agen. Macam  Balkis pergi The Peak, tempat tu memang kena tunggu turn lama untuk naik tram, tapi dengan KLOOK, tak buang masa tunggu lama lama.

    13) Selain beli tiket masuk ke tempat perlancongan, korang juga boleh beli dekat airport Hong Kong iaitu di kaunter China Travel Services (CTS)view, memang murah juga harga yang diorang offer. Balkis takde pengalaman beli tiket di kauter CTS, jadi tak dapat nak buat perbezaan dengan KLOOK.

    14) Kalau nak beli sourvenir, boleh pergi ke Ladies Market ataupun Temple Night Market. Dekat sini harga boleh tawar menawar dan pastikan bila korang dah tawar menawar tu korang beli la. Kang memang kena marah dengan tauke kedai.

    15) Pastikan jangan lupa ambil travel insurance. Tak mahal pun sebenarnya sebab kos perubatan di negara orang lagi mahal. Standby ubat-ubatan ataupun supplemen yang bersesuaian dengan korang.

    >>>>>. Supplemen semasa bercuti <<<<<<<<<<

    Setakat ini sahaja tips dan panduan semasa di Hong Kong. Semoga ianya bermanfat untuk dikongsi bersama. Nak dapatkan itinerary semasa di Hong Kong? Boleh refer dekat link di bawah : 

    <<<<<< Hari Kedua di Hong Kong >>>>>>
    <<<<<< Hari Ketiga di Hong Kong >>>>>>
    <<<<<< Hari Keempat di Macau >>>>>>>>





    Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com