Sebelum ini Balkis dah kongsikan itinerary semasa bercuti di Hong Kong. Jadi untuk entry kali ini Balkis sertakan beberapa panduan perjalanan semasa berada di Hong Kong. Tips ini berdasarkan pengalaman Balkis dekat sana dan mungkin juga tak sama dengan pendapat orang lain ye.
So,ini antara senarai berdasarkan permerhatian Balkis di Hong Kong
1) Pilih musim yang sesuai untuk ke Hong Kong sebab Hong Kong pun ada 4 musim. Masa Balkis pergi sekitar awal Februari, still lagi musim sejuk. Tapi musim sejuk kat HK takde salji ye. Check suhu sebelum berangkat ke sana supaya korang boleh standby dengan pakaian yang sesuai.Elakkan pergi Hong Kong pada hujung tahun sekitar Sep, Oct dan November sebab kebiasaannya Hong Kong akan dilanda ribut taufan. Rugi sebab kena stay kat hotel aje nanti
2) Harga hartanah di Hong Kong sangat mahal. Sebab itu harga hotel memang mahal sangat.Korang boleh menginap di guest house, dorm, hotel ataupun apartment. Tapi keluasan rumah atau hotel diorang ni silap silap solat pun atas katil. Jadi plan la budget anda sebaiknya.
3) Kawasan strategik untuk kemudahan anda menginap adalah sekitar Tsim Sha Tsui, Kowloon dan Nathan Road. Ini memang tempat kegemaran pelancong dan sangat dekat dengan public transport seperti bas dan tren. Tapi bagi yang bercuti bersama anak kecil elakkan untuk menginap hotel di kawasan Chungking Mansion sebab kawasan tu penuh dengan foreigner dan terlalu padat. Jadi semasa buat tempahan hotel, jangan lupa semak kemudahan yang disediakan dan jarak hotel korang dengan public transport
4) Public transport dekat Hong Kong sangat efficient . Walaupun korang travel dengan anak kecil pun okay aje naik bus dan tren. Kebanyakkan tempat tempat perlancongan dekat sana memang ada kemudahan tren. Tren dekat sana dipanggil MTR. Jadi jangan lupa beli Octapus Card untuk kemudahan korang untuk naik bas dan MTR. Nanti dekat airport waktu nak balik boleh return balik kad tersebut untuk dapatkan semula baki kad
5) Makanan halal ada dijual di sekitar Hong Kong. So memang takde masalah sebab korang boleh makan makanan seperti nasi, kebab dan pizza. Harga memang agak mahal sedikit.Kalau makan dekat area Chungkin Mansion, siap ada kedai boleh tawar menawar lagi harga makanan. Kalau nak berjimat, jangan lupa bawa stok makanan sendiri.
6) Kalau korang jenis yang suka aktiviti ekstrem, korang boleh pergi Ocean Park berbanding masuk ke Disneyland. Dekat Ocean Park, memang banyak mainan macam roller coaster, yang ganas ganas la. Di Disneyland, kebanyakkan mainan level kanak kanak dan tak ekstrem sangat. Tapi kalau korang peminat watak watak Disney, memang wajib masuk Disneyland. Make sure korang stay sampai malam sebab waktu malam diorang ada perarakan watak watak Disney. Memang best
7) Dalam Disneyland ada 2 restoran halal iaitu Tahitian Terrace dan Explorer City. Ruang solat pun ada jadi korang boleh solat dekat City Hall iaitu belakang restoran Explorer City. Wajib pergi theme park Grizzly Gulch dan naik roller coaster Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Walaupun kena beratur panjang, sila beratur. Berbaloi baloi ekstremnya.
8) Pastikan handphone korang dah siap siap install Google Map dan Waze. Dua benda sangat membantu korang dekat sana. Google Map tu senang guna sebab korang boleh check sekali nak naik tren yang mana dan patut berhenti di stesen yang mana.
9) Rakyat Hong Kong boleh dikategorikan sebagai tak friendly sangat. Sebab kalau korang tegur diorang dekat tengah jalan, tanya apa apa pun diorang tak layan pun.Tak pasti sebab apa tapi ada juga Balkis dengar disebabkan faktor bahasa. Tapi kalau korang tanya dekat petugas tren ataupun kedai makan yang macam international sikit macam Starbuck, for sure diorang akan tolong.
10) Waktu solat dekat Hong Kong agak awal berbanding di Malaysia, Korang boleh check dekat Muslim Pro.Waktu siang agak cepat iaitu seawal pukul 6.30 pagi.
11) Plug di Hong Kong sama macam dekat Malaysia. Jadinya tak payah nak bawa adapter universal.
12) Ada satu laman web yang korang beli harga tiket ke tempat perlancongan dengan murah iaitu KLOOK. >>>>> KLOOK <<<< Balkis dapat beli tiket ke Disneyland dengan harga yang jauh lebih murah berbanding beli di laman web dan agen. Macam Balkis pergi The Peak, tempat tu memang kena tunggu turn lama untuk naik tram, tapi dengan KLOOK, tak buang masa tunggu lama lama.
13) Selain beli tiket masuk ke tempat perlancongan, korang juga boleh beli dekat airport Hong Kong iaitu di kaunter China Travel Services (CTS)view, memang murah juga harga yang diorang offer. Balkis takde pengalaman beli tiket di kauter CTS, jadi tak dapat nak buat perbezaan dengan KLOOK.
14) Kalau nak beli sourvenir, boleh pergi ke Ladies Market ataupun Temple Night Market. Dekat sini harga boleh tawar menawar dan pastikan bila korang dah tawar menawar tu korang beli la. Kang memang kena marah dengan tauke kedai.
15) Pastikan jangan lupa ambil travel insurance. Tak mahal pun sebenarnya sebab kos perubatan di negara orang lagi mahal. Standby ubat-ubatan ataupun supplemen yang bersesuaian dengan korang.
>>>>>. Supplemen semasa bercuti <<<<<<<<<<
Setakat ini sahaja tips dan panduan semasa di Hong Kong. Semoga ianya bermanfat untuk dikongsi bersama. Nak dapatkan itinerary semasa di Hong Kong? Boleh refer dekat link di bawah :
<<<<<< Hari Pertama di Hong Kong >>>>>
<<<<<< Hari Kedua di Hong Kong >>>>>>
<<<<<< Hari Ketiga di Hong Kong >>>>>>
<<<<<< Hari Keempat di Macau >>>>>>>>
No comments:
Post a Comment