Nak cantik, gebu dan berseri memang menjadi kegilaan ramai. Bukan itu sahaja, memiliki kulit yang sihat jugak merupakan faktor yang harus dititikberatkan.Tapi anda pastikah cara yang anda gunakan adalah cara yang betul untuk memiliki kulit yang sihat?
Nak tahu cara ataupun langkah yang betul untuk kelihatan berseri dan lebih mudah? Balkis akan kongsikan tip-tip tersebut di sini. Kena pastikan anda baca sehingga habis ye
5 Langkah Untuk Kelihatan Berseri dan Lebih Muda
1) Konsisten Pengambilan Kolagen
Kolagen ditemui dengan banyak di bawah kulit anda, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalan. Tanpa kolagen untuk kulit, krim anti penuaan anda akan menjadi tidak berkesan. Peningkatan kadar pengambilan kolagen sangat disyorkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan. Dengan kombinasi Vitamin C, dapat membantu melindungi kolagen daripada rosak dengan cepat dan meningkatkan kualiti kulit anda
Mencari kolagen yang berkualiti, boleh klik di sini - collagen-powder-shaklee.
Kenapa perlu ambil kolagen - 5-sebab-kenapa-anda-perlu-mengambil.kolagen
2) Vitamin C
Vitamin C dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk membaiki kerosakan kulit secara sendiri, akibat kulit berkedut , kulit kering dan kasar. Selain itu fungsi Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan, meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, ia juga merupakan komponen yang diperlukan dalam kolagen, di mana ia membantu menyokong kulit yang kukuh, lembut, berseri dan sihat
Kenapa pentingnya kombinasi Kolagen dan Vitamin C, klik di sini : Kolagen +Vitamin C
3) Rawatan dan Urutan Muka
Rwatan muka adalah sebagai alternatif pilihan selain daripada botox dan pembedahan. Ia membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu wajah anda, menghasilkan kulit yang sihat. Selain itu, ia juga membantu merangsang pengeluaran kolagen dan elastin untuk kulit yang licin, lebih lembut, mengurangkan penampilan bengkak dan kedut
4) Minum Air Kosong yang Mencukupi Untuk Tubuh Anda
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari kerana dehidrasi akan menyebabkan masalah kulit lebih banyak seperti kelihatan kering dan rasa kasar. Apabila kulit dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menampung air yang hilang, menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering akan terhasil. Oleh itu, minum air yang mencukupi dapat melembapkan kulit anda supaya ia kelihatan lebih lembap, liang pori yang mengecil dan kedutan berkurangan
5) Gunakan Produk Penjagaan Kulit yang Selamat dan Bersesuaian
Dengan pengunaan produk penjagaan kulit yang betul, ianya dapat membina kulit yang sempurna Pilih la produk yang mengandungi bahan semulajadi, selamat dan terbukti untuk memulihkan aras penuaan sehingga anda kelihatan muda setiap hari. Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya dan bahan yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan keradangan. Mengamalkan rutin harian penjagaan kulit adalah penting untuk mendapatkan kesihatan kulit yang optimum.
Mencari produk penjagaan kulit yang semulajadi dan selamat, klik di sini : Youth
Sayangi kulit anda, Lindungi kulit anda, Berikan yang terbaik untuk kulit anda.
No comments:
Post a Comment