Pages

6 May 2018

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

Welcome back. Hari ini baru datang mood nak menulis sambungan entry Hong Kong yang tetiba stop sekejap kan. hehe

Untuk hari keempat Balkis dengan kawan kawan nak pergi seberang laut kejap iaitu melawat Macau. Macau dengan Hong Kong ni kira sebelah menyebelah. Kitaorang pergi dengan menaiki feri. Jadinya awal pagi dah bergerak ke China Ferry Terminal.

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Kalau dari Tsim Sha Tsui :

1) Jalan terus menuju ke arah Horbour City ( akan jumpa Kowloon Park ) di sebelah kiri
2) Jalan sehingga jumpa junction berhadapan dengan bangunan Harbour City
3)  Junction tersebut di sebelah kanan  danjalan terus menuju ke Canton Road
4) Jalan sahaja terus ke hadapan sehingga  terjumpa China Hong Kong City Shopping Mall sebelah kiri
5) Masuk shopping mall, naik escalator ke Level 1. Kalau taknak masuk shopping mall jalan terus ke bangunan seterusnya dan ambil lift untuk ke Level 1
6) Ikut saja arah menuju ke terminal feri

Untuk pengetahuan korang, di China Ferry Terminal, ada 2 perlabuhan iaitu Cotai Jet yang berlabuh 
berlabuh di TAIPA FERRY TERMINAL bersebelahan dengan Airport Macau. Taipa Ferry Terminal berdekatan dengan Venetian, City of Dream

DAN 

Turbo Jet yang berlabuh di Macau Ferry Terminal. Terminal ini berdekatan dengan Grand Lisboa, Senado Square, Wynn, Ruins of St. paul.

Jadinya waktu pergi Balkis naik Cotai Jet dan waktu balik tu kitaorang naik Turbo Jet. Perjalanan tak lama sangat cuma mengambil masa sekitar 1 jam sahaja. Jangan risau feri memang bersih dan selesa.Sentiasa check jadual perjalanan feri supaya korang tahu masa nak balik nanti. Tapi tak perlu risau jadual perjalanan setiap jam.

Sampai sahaja di perlabuhan, macam biasa kena lalu imigresen juga dekat sana tapi tak perlu VISA. Suhu di Macau tak banyak berubah cuma rasa macam dekat Macau lagi sejuk.

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Destinasi pertama kitaorang adalah nak pergi City Of Dream. Boleh naik bus free untuk ke destinasi. City Of Dream ni dekat dengan Hard Rock Cafe dan Venetian. Naik bus pun tak lama dalam 15 minit aje dah boleh sampai City Of Dream.

City Of Dream ibarat macam mall yang jual barang branded. Kalau korang yang kaki shopping tu boleh la membeli di sini sebab Balkis rasa agak murah juga barang branded di sini berbanding di Malaysia. 

Korang tak perlu risau nak tukar duit ke apa sebab Macau terima mata wang Hong Kong. Boleh aje guna duit Hong Kong untuk shopping. Internet pun takde masalah masih boleh diterima di Macau cuma ada limit tertentu. Bila korang dah nak sampai limit yang ditetapkan, korang akan dapat mesej mengenai penggunaan data internet di sana.

Selain shopping dekat City Of Dream ni,korang boleh menonton show Naga yang agak famous dekat Macau ni.Makanan halal disini agak susah jadinya Balkis dengan kawan kawan memang dah siap siap bawa bekal dari Hong Kong lagi.

Hard Rock Cafe berada di level atas bangunan City Of Dream ni. Di bahagian hujung sekali kalau tak jumpa korang boleh tanya pada pekerja di sana. Diorang memang dengan baik hati akan tunjuk dekat korang. Jujurnya agak murah juga barang dalam ni,Boleh la nak beli tshirt ke, seluar ke mana mana yang berkenan. 

Next tempat yang paling sinonim dengan Macau iaitu The Venetian. Venetian ni berhadapan aje dengan City Of Dream. Korang jalan kaki lepas tu seberang jalan dah sampai. Excited betul kitaorang tengok bangunan Venetian ni. 

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Untuk pengetahuan korang, Venetian ini adalah pusat kasino terbesar di Macau. Memang ramai yang datang ke Macau semata mata untuk pergi ke kasino ini. Untuk menggalakkan lebih ramai yang datang ke sini, sebab itula disediakan perkhidamatan free shuttle bas ke sini. Tapi kitaorang ke sini sebab nak tengok bangunan Venetian aje..hehehe

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Masuk aje dalam bangunan ini, terpegun kejap kitaorang dengan keindahan dalam ini. Cantik kot.. Bersalut emas semua. Memang nampak moden dan ekslusif sangat. Kalau ada budget lebih boleh la korang plan menginap di sini.Dengar cerita bilik hotel pun boleh tahan mewah juga.

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Masuk dalam tandas pun sibuk nak amik gambar sebab mewah sangat tandas diorang ni. Berangan ajela nak ada tandas mewah dekat rumah gini. Tak henti henti la amik gambar dalam Venetian ini. Kasino dekat level bawah ni aje. Ada palang penutup jadinya tak nampak sangat aktiviti diorang kan.

Kalau nak feeling berada di Itali, korang wajib pergi level atas Venetian  ni( tak ingat dah level berapa) sebab deco memang macam dekat Itali sangat.  Boleh ambil peluang untuk naik Gondola. Boleh tahan juga harganya.hehe. Nati korang akan dibawa pusing pusing la sekitar level tu

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Ada restoran halal di sini iaitu Indian Spicy tapi Balkis tak pasti kesahihannya sebab Balkis tak makan di sini. Ada food court di level ini. Sambil sambil boleh shopping lagi di sini.

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

Disebabkan kitaorang asyik sangat ambil gambar, tak sedar  masa dah nak lewat petang. Jadinya tak banyak tempat di Macau yang sempat kami pergi. Plan asalnya nak pergi ke Senando Square, Grand Lisboa dan St Ruin tapi disebabkan tak cukup masa, kitaorang tak pergi. Masih berpuas hati sebab dapat pergi The Venetian. Yang ni memang wajib korang pergi ta

Kitaorang naikbas untuk balik semula ke pelabuhan. Bas tu korang boleh naik di luar Venetian ini aje. Sampai di terminal feri, kitaorang terus beli tiket. Kali ini kitaorang naik Turbo Jet. Ramai waktu yang nak balik ke Hong Kong kami terpaksa menunggu selama hampir 1jam setengah jugak la.

Pengalaman Balkis naik Cotai Jet dan Turbo Jet?

Jujurnya Balkis tak suka naik Turbo Jet sebab feri ni agak memeningkan. Macam laju sangat dibawa sampai kita pun rasa melayang layang. Bila  dah melayang kepala mula la pening dan memang ada yang muntah pun dalam feri tu. Ada disediakan beg untuk muntah di setiap tempat duduk. Berbanding Cotai Jet yang lebih rilek sikit.

Sampai di Hong Kong kitaorang balik hostel kejap sebelum keluar semula untuk ke Ladies Market. Ladies Market ini ibarat pasar malam yang menjual macam macam jenis pakaian, mainan dan aksesori. Boleh la nak beli souvenir untuk dibawa balik. Dekat sini korang kena pandai tawar menawar untuk dapatkan harga yang murah. Jangan main terima  saja harga yang mereka tawarkan.

Tapi lepas korang tawar menawar tu janganla pula tak beli. Memang kena marah la jawabnya, hehe

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Macam macam benda korang beli dekat sini. Pilih yang mana berkenan di hati. Balkis pun sempatla beli beberapa benda yang comel.

HARI KEEMPAT BERCUTI DI HONG KONG - MACAU DAY TRIP DAN LADIES MARKET


Cara untuk pergi ke Ladies Market ini senang saja dengan tren.
Dari stesen Tsim Sha Tsui, ambil aliran ke Tsuen Wan Line dan berhenti di Mong Kok stesen. Lepas tu korang keluar dari stesen dan terus jumpa Ladies Market.

Untuk keesokan hari tak banyak aktiviti kami sebab flight awal pagi. Jadi keesokan hari  after check out terus ke airport. Dari Chungkin Mansion, cross jalan untuk tunggu bas A21 yang memang pergi ke airport sahaja.Lebih kurang sejam perjalanan.

Lepass dah check in barang semua, jangan lupa return semula Octapus Cad korang sebab nak dapat balik balance dalam kad tu ye. Dekat aiport Hong Kong ada tempat solat. Kalau tak jumpa sila tanya dekat staff airport di sana.

Begitu la kisah perjalanan Balkis semasa di Hong Kong. Kalau nak datang Hong Kong, datang la pada musim yang agak sejuk supaya korang selesa untuk berjalan. Elakkan datang pada hujung tahun kerana Hong Kong kebiasaanya mengalami ribut taufan pada ketika ini.

Sekian sahaja perjalanan 5 hari 4 malam Balkis di Hong Kong. Actually banyak lagi tempat menarik di Hong KOng yang belum sempat nak pergi. Mungkin kena datang lama sikit baru paus nak jalan semua tempat kan.














No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com