Pages

26 January 2018

7 Keperluan Nutrisi Bagi Ibu Yang Melahirkan Anak

Tubuh wanita mengalami perubahan yang luar biasa semasa tempoh kehamilan, dan berterusan selepas kelahiran bayi. Semasa tempoh kelahiran bayi, ibu akan mengalami tempoh berpantang dimana terdapat beberapa perkara yang mereka tidak boleh lakukan dalam tempoh tersebut. Tempoh berpatang ini bergantung kepada budaya dan amalan kaum masing-masing

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak


Sebagai contoh, tempoh berpantang bagi kaum Cina adalah 30 hari manakala bagi kaum Melayu dan India pula adalah sehingga 44 hari.Dalam tempoh ini, berbagai amalan dan pantang larang harus diikuti untuk kesejahteraan dan pemulihan badan ibu

Ini adalah bertujuan agar ibu ibu dapat pulih dengan lebih cepat dan bertenaga. Dengan keadaan bayi yang masih kecil, badan anda memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk bersaing dengan keperluan aktif bayi anda

7 Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Bagi Memastikan Ibu Sentiasa Aktif dan Bertenaga

1) B-Complex

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Mengandungi 8 jenis vitamin penting penting untuk  mengurangkan risiko kemurungan semasa dalam tempoh berpantang dan ia adalah baik untuk:

• Penghasilan sel darah merah yang normal
• Fungsi sistem saraf
• Penghasilan tenaga

2) Vitamin C

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Vitamin larut air ini melibatkan pembentukan tisu baru dan membantu mempercepat pemulihan luka. Ia juga:
• Berperanan dalam proses pembaikan sel.
• Membuang jangkitan terutamanya di sekitar kawasan luka.

3) Omega 3

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Baik untuk anda, baik untuk bayi anda! Omega-3 dipanggil asid lemak penting kerana ia tidak disintesis oleh badan dan terbaik diperoleh melalui suplemen. Omega-3:
• Membantu perkembangan otak dan  bayi anda untuk lebih sihat
• Menggalakkan peredaran darah yang baik.
• Membantu mengurangkan keradangan di dalam badan.

4) Kalsium
7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Semasa mengandung, bayi anda mengambil kalsium tulang anda untuk proses pertumbuhan mereka. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kekuatan tulang anda untuk kehidupan masa depan dan ia:
• Memastikan pengaliran saraf dan otot yang baik
• Mencegah kejang otot.

5)Alfafa

7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Disifatkan sebagai "bapa kepada semua makanan", alfalfa adalah penggalak susu semulajadi yang memberikan pelbagai manfaat kepada badan dan:
• Makanan untuk tubuh ibu, untuk mendapatkan pemulihan yang lebih pantas.
• Mengandungi serat yang membantu mengawal pergerakan usus, selepas kehamilan.

6) Protein
7 keperluan nutrisi bagi ibu yang melahirkan anak

Makronutrien penting yang terlibat dalam proses penyembuhan luka
Protein:
• Menyediakan tenaga yang berkekalan. 
• Menyediakan badan anda untuk pengeluaran susu ibu.
.
7) Multivitamin
Multivitamin adalah makanan utama bagi setiap individu dan ini termasuk ibu-ibu yang menjalani tempoh berpantang.  Multivitamin berfungsi sebagai :
• Memenuhi keperluan makanan dalam diet seharian kita
• Membantu dalam  penghasilan tenaga


Jadi ibu-ibu jangan ambil mudah soal penjagaan kesihatan. Lengkapkan nutrisi keperluan anda supaya anda boleh membina kehidupan yang lebih sihat

Ingin mendapatkan vitamin vitamin seperti di atas?Boleh hubungi Balkis di sini : 

Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Instagram : Siti Balkis


No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com