Itula pendapat Balkis bila kali pertama berkesempatan menonton circus. Tak pernah terjangka sebenarnya nak tengok live circus ni. Bila scroll dekat Instagram tengok ada yang bagi review okay, terus cadangkan pada suami. Nasib baik suami layankan aje
untuk info |
Balkis tengok circus ni pada hari terakhir 2017 iaitu 31 Disember 2017. Ada dua sesi untuk tengok circus ini iaitu pukul 5.30 petang dan 8.30 malam. Disebabkan Balkis dan keluarga ada hal pada petang hari, jadi kami memilih untuk menonton circus pada pukul 8.30 malam.
Sebelum itu, dua sesi untuk tengok circus ini hanya untuk hari cuti dan cuti am sahaja. Kalau hari bekerja hanya ada satu sesi sahaja iaitu pukul 5.30 petang.
bergambar di depan pintu masuk |
Kali ini Balkis tengok circus dekat IOI Mall Puchong. Bila tengok dekat FB Great British Circus Malaysia, rupanya circus ini dah lama buat tour dekat Malaysia. Diri sendiri saja yang tak tahu.
Dalam pukul 8.00 malam kami dibenarkan masuk ke dalam dewan. Makanan dan minuman memang tidak dibenarkan bawa masuk. Jangan risau dekat dalam dewan ada makanan ringan disediakan. Bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.
Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak mereka di bawah setahun, pastikan anak anda jenis yang tak cepat terkejut ye. Sebab speaker kat dalam dewan tu memang kuat. Ada sesetengah anak yang takut bunyi kuat, memang menangis sepanjang persembahan.
Ada berbagai jenis persembahan yang dipersembahkan sehingga masa selama 2 jam rasa cepat berlalu. Boleh dikatakan semua persembahan memang best. Anak anak pun excited sepanjang persembahan.
Ada sesi photobooth dengan watak Spiderman dan beberapa watak kartun yang lain. Yang ini kena bayar RM10 baru boleh bergambar. Nanti sebelum balik, boleh kutip gambar yang sudah di cetak.
Ada banyak persembahan yang dipersembahkan. Tapi Balkis banyak ambil video makanya tak banyak yang boleh di upload disini,
Ini di antara video yang sempat Balkis muat naik kan. Diharap anda enjoy dengan video yang disediakan.
Circus yang dekat IOI Mall ini sudah pun berakhir pada 1 Januari 2018. Bagi yang ingin menonton circus ini boleh dapatkan info di FB mereka dimanakah destinasi tour mereka seterusnya. Sebelum balik, Balkis sempat bertanya pekerja di situ mengenai destinasi seterusnya, tetapi mereka sendiri tidak pasti mengenainya.
Akhir sekali, harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan persembahan. Pilihan tiket dengan tempat duduk standart sememangnya sudah cukup baik kerana jarak nya masih lagi dekat dengan pentas. Tetapi jika mampu, apa salahnya pilih tempat duduk VIP kan.
Siti Balkis
dan klik di bahagian highlight
FB Page Circus hanya klik di sini : Great British Circus Malaysia
No comments:
Post a Comment