Pages

23 January 2018

Ketahui Keperluan Nutrisi Untuk Golongan Lelaki Mengikut Peringkat Umur


Inila masanya menyerlahkan yang terbaik di kalangan lelaki.

Kaum lelaki sering digambarkan sebagai idola dan juga wira. Mereka menguruskan pelbagai perkara penting dalam kehidupan dan sering diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan melaksanakan semua urusan dengan baik.

Ketahui Keperluan Nutrisi Untuk Golongan Lelaki Mengikut Peringkat Umur


Apabila anda sering memberi tumpuan kepada kehidupan seharian, masa anda adalah terhad untuk menjaga kesihatan. Oleh kerana tubuh kita berubah dari semasa ke semasa, keperluan tubuh kita turut berubah.Jadi bagi kaum lelaki yang bakal menghampiri usia 20 atau memasuki usia 40 an, perhatikan perubahan ini dan amalkan pemakanan yang betul untuk prestasi tubuh dan minda yang optimum

1) Usia 20 an

Apa yang akan anda alamiApa yang akan anda perlukan
Metabolisme berada pada tahap tertinggi.Protein
Membantu untuk membentuk dan memelihara otot.

Omega 3
Menyokong sintensis protein dalam otot.
Tenaga yang optimum diperlukan.B-Complex
Mempercepatkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
Kesukaran untuk ambil makanan yang seimbang.Multivitamin
Memenuhi jurang pemakanan anda.
Gaya hidup yang sibuk membuatkan anda mudah sakit.Vitamin C
Meningkatkan imuniti anda.
Paras hormon testosteron berada pada paras kemuncak.Vitamin E
Mengekalkan paras hormon yang sihat dan meningkatkan paras testosteron lelaki.1
2) Usia 30 an

Apa yang anda akan alamiApa yang akan anda perlukan
Berat badan yang berlebihan kerana metabolisme yang rendah.Protein
Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Multivitamin
Menyokong metabolisme badan.
Tekanan dan stres.B-Kompleks
Membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Pendedahan yang berterusan terhadap pencemaran.Vitamin C
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan imuniti.
Risiko yang lebih tinggi terhadap masalah berkaitan dengan jantung.Omega-3
Mengurangkan risiko penyakit jantung2 dengan merendahkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL Cholesterol) & trigliserida.
Merancang untuk mempunyai keluarga.Vitamin E & Selenium
Meningkatkan kadar kesuburan lelaki.3.4
Anda mahukan lebih tenaga, tenaga dan tenaga!Polifenol
Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.
3) Usia 40 an dan ke atas

Apa yang anda akan alamiApa yang akan anda perlukan
Kesukaran untuk mengekalkan berat badan yang ideal walaupun anda aktif secara fizikal.Protein
Untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Mutivitamin
Menyokong metabolisme badan.
Kurang tumpuan yang boleh menjejaskan produktiviti kerja anda.B-Kompleks
Meningkatkan daya ingatan dan menyokong prestasi minda yang sihat.5
Tanda-tanda penuaan mula muncul.Vitamin C
Penuaan yang sihat & meningkatkan imuniti.
Mula mengalami ketidakselesaan sendi.Omega-3
Menggalakkan kesihatan dan meningkatkan mobiliti.
Kerap kencing dan tidak lawas.Vitamin E & Selenium
Mengoptimumkan kesihatan dan hormon lelaki.6
Berisiko tinggi untuk osteoporosis.Kalsium
Untuk tulang yang lebih kuat, otot dan sendi yang sihat.
Anda mahukan kehidupan yang penuh bertenaga dan aktif!Polifenol
Mengecas sel badan untuk prestasi optimum.
Jadi sayangi diri anda wahai kaum lelaki kerana anda merupakan ketua dan hero bagi keluarga. Kekalkan bertenaga dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hilangkan tekanan dan seimbangkan emosi anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti sihat bersama keluarga


No comments:

Post a Comment

Siti Balkis Official Blog © . Designed by MaisarahSidi.com