Sakit, dan pedih ketika membuang air besar?
Seksa meneran setiap kali hendak membuang air besar hingga seakan fobia untuk membuang air besar. Lagi teruk setiap kali membuang ai besar, darah mengalir keluar darah dari dubur. Apa yang dah jadi ini? Tanpa anda sedari ini adalah tanda- tanda penyakit buasir.
Apakah Penyakit Buasir
Buasir adalah keadaan di mana pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia akan menganggu dan menyebabkan membran di sekitar membengkak, terasa sakit, pedih, gatal dan berdarah.
Sebenarnya setiap orang mempunyai buasir. Buasir ini tidak memberikan masalah kepada manusia, tetapi disebabkan amalan pemakan yang tidak sihat makan buasir menjadi penyakit yang serius jika tidak dirawat.
Punca-punca Penyakit Buasir
1) Faktor Usia
Apabila semakin berusia, tisu di sekeliling dubur menjadi lembut atau lemah sehingga menyebabkan buasir terkeluar.
2) Sembelit atau cirit birit yang kronik
Terdapat sekatan pada dubur hingga menyebakan buasir menjadi bengkak
3) Berdiri atau duduk dalam satu jangka masa yang panjang
4) Pemakanan yang tidak seimbang dan kurang serat, fiber
5) Obesiti
6) Kehamilan
7) Mengangkat sesuatu yang berat
Tanda - tanda Penyakit Buasir
1) Pendarahan yang tidak menyakitkan semasa pergerakan usuu
2) Gatal-gatal atau kerengsaan pada bahagian dubur
3) Kesakitan dan ketidakselesaan pada dubur
4) Bengkak di sekitar dubur
5) Gumpalan berhampiran anus anda yang mungkin sensitif atau menyakitkan
Buasir boleh dibahagikan kepada 4 peringkat dan setiap peringkat mempunyai tanda-tanda tersendiri. Peringkat pertama menunjukkan gejala pendarahan ketika pesakit meneran membuang air besar. Peringkat kedua buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk membuang air besar tetapi akan naik semula apabila selesai meneran
Buasir peringkat ketiga adalah buasir akan menjadi bengkak dan terkeluar setiap kali membuang air besar tetapi pesakit perlu memasukkan semula buasir dengan jari. Peringkat keempat kesakitan ketika membuang air besar menjadi semakin teruk sehingga buasir terkeluar sendiri dan memerlukan rawatan segera.
Jenis-jenis Buasir
1) Buasir Dalaman
Buasir jenis ini biasanya jauh di dalam rektum yang tidak dapat dilihat dan dirasa. Ia tidak cedera kerana mempunyai beberapa saraf yang merasakan kesakitan di kawasan terbabit. Hanya pendarahan menjadi petunjuk bagi buasir jenis ini.
2) Buasir Luaran
Buasir luar terjadi di bawah kulit sekitar dubur yang di mana terdapat lebih banyak saraf pengesan kesakitan sehingga pesakit menjadi terlalu sakit serta berdarah. Kadang-kadang buasir akan menjadi lebih besar dan timbul diluar dubur
Kemudian akan terdapat benjolan lembap yang lebih merah di sekitarnya yang akan mengakibatkan anda kesakitan ketika membuang air besar. Buasir jenis ini akan biasanya kembali ke dalam dengan sendiri tetapi mengambil masa yang lama.
Cara Mencegah Penyakit Buasir
1) Banyakkan Makan Serat
Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin, buahan, sayuran, kacang-kacangan dan kekacang
2) Banyakkan Minum Air
Amalkan minum 2 L air atau 8 gelas air setiap hari. Ia akan membantu pergerakan najis dan mengelakkan daripada terkeana sembelit teruk .
3) Sentiasa Bersenam
Aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari adalah cara untuk menjaga darah dan usus bergerak. Jika anda sudah mendapat buasir, lakukan senaman ringan seperti berjalan supaya tidak memberi tekanan kepada bahagian dubur.
4 ) Jangan Tahan Buang Air Kecil atau Besar
Jangan tahan dalam masa jangka yang lama kerana ia boleh menyebabkan anda kesakitan ketika membuang nanti
5) Elakkan Ketegangan
Menegangkan dan meletakkan lebih banyak tekanan pada urat dan rektum anda adalah salah satu punca penyebab buasir yang menyakitkan.Keadaan lain yang boleh menyebabkan ketegangan seperti mengangkat benda berat, kehamilan, atau batu kronik
6) Hindari Tekanan dan Stress
Tekanan boleh menyebabkan buasir anda menjadi semakin teruk.
7) Pemeriksaan Fizikal
Lakukan pemeriksaan jika anda merasa terkena penyakit buasir. Doktor akan melakukan pemeriksaan kepada anda dengan
8) Amalkan supplemen organik dan semulajadi
Apakah Supplemen Semulajadi Yang Dapat Membantu Mengatasi Masalah Penyakit Buasir Tanpa Rasa Sakit
SET BUASIR SHAKLEE
1) VIVIX
Kandungan Vivix yang mengandungi Resveratrol akan membaik pulih sel yang telah rosak hingga ke peringkat DNA. Vivix akan dapat membantu anda menjadi lebih sihat secara keseluruhan
2) Omega Guard
Mengurangkan pembengkakan pada rektum akibat tekanan ke atas dubur dan kawasan yang sakit
3) Alfafa
Membersihkan bahagian dalaman terutamanya usus kerana alfafa bersifat alkali dan melegakan tekanan kepada rektum
4) Herb-Lax
Kombinasi herba yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan menjadi lawas
5) Ostematrix
Dapat melawaskan sistem pencernaan dan melancarkan pembuangan air besar
Antara Pengguna Setia Set Buasir Shaklee :
Masalah buang air besar dan sembelit boleh menyebabkan ia menganggu kerja harian dan aktiviti kita setiap hari. Kulit mudah kusam akibat toksin didalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna.
.
Malah berat badan juga akan makin naik tanpa ada sebarang perubahan walaupun sedang berdiet. Sembelit dan masalah penghadaman boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat dan ia boleh menyebabkan buasir terjadi akibat dari terlalu kerap meneran dan menahan dari membuang air besar.
.
Jika terus dibiarkan masalah ini, ia boleh mengakibatkan badan kita tidak sihat dan kulit wajah kita pun kusam, tua dari usia sebenar kita dan kita boleh mengidap KANSER USUS.
.
Alhamdulillah itulah yang saya alami sebelum kenal set vitamin Shaklee ini. Pada mulanya saya mengambil set menyusu asas yang terdiri dari alfalfa, lecithin dan Ostematrik.
.
Kalau ingatkan dahulu 2 kali seminggu atau 3 atau 4 hari sekali adalah rutin biasa saya dapat membuang. Dan dah tentulah ia sangat menyakitkan.
.
Pada mulanya saya menyangkakan adalah perkara biasa sebab badan saya baru kenal vitamin ni, mungkin tindak balas dari vitamin saja yang menyebabkan ia memudahkan pelawasan. Tapi sangkaan saya meleset. Masalah sukar buang besar dan sembelit saya terus hilang malah saya kini konsisten dapat membuang air besar 1 atau 2 kali sehari. Alhamdulillah.
.
Ostematrik Shaklee ini ialah supplement kalsium yang lengkap dengan pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia mengandungi mineral magnesium,fosforus,vitamin D, zink , kuprum, manganes dan boron.
.
Jadi terbukti Ostematik Shaklee bukan sekadar kalsium biasa.. Dan baru saya tahu jika ingin memilih pil kalsium pastikan pil kalsium yang kita pilih ada vitamin D agar ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan tubuh kita dengan baik.
.
Alhamdulillah setelah konsisten mengambil set vitamin ini, apa yang menggembirakan hati saya selain masalah buang air besar dan sembelit dapat diatasi, berat badan saya juga kembali turun dan bmi saya kini stabil.
.
Kulit saya kini juga tidak kusam lagi malah sakit lutut yang saya alami kecederaan dizaman sekolah dulu kini tidak sakit lagi... Alhamdulillah.
Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah seperti saya dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini. Alhamdulillah.
Suami saya bangun pagi jam 5.30am untuk bergerak ke tempat kerja. Setiap pagi selepas mandi dia akan terus buka peti ais dan ambil satu tea spoon vivix dengan secawan air
Secara jujurnya, ikut logik setiap hari memandu ke pejabat yang agak jauh kira-kira 70km sehala dan kerja long hours memang sangat penat dan letih. Tetapi dengan vivix dia dapat bertahan dan lebih bertenaga.
Lagi satu kelebihan vivix ni katanya pencernaan lebih senang dan mudah. Tiada sembelit dan buasir
Ha pas tu bab gatal-gatal hidung. Sebab suami saya ni ada resdung. Biasanya tanpa vivix. Mesti menggaru lepas pekena belacan. Tapi dengan vivix Alhamdulillah vivix dapat mengawal kegatalan akibat resdung
Okay dah tak nak sakit sakit tahan sembelit sebab susah nak membuang kan. Apakata kita cuba ikhtiar dengan supplemen pulak. Jadi anda boleh hubungi Balkis seperti di bawah :
Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Fb : Siti Balkis
Fb Page : Anggun Blossom Beauty Care
COD SEKITAR : BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG
No comments:
Post a Comment