Hazab sungguh menanggung kesakitan luka pembedahan caesarean ini. Rasa macam dihiris hiris aje. Kalau nak tergelak, nak terbatuk, nak bangun dari baring memang kena kontrol habis la. Yang penting kena pastikan luka tersebut sembuh dengan cepat. Tak mahu la nak ulang alik hospital akibat luka pembedahan caesarean terbuka balik. Ngeri sungguh rasanya
Begitu la luahan ibu ibu yang terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak. Tidak diminta tapi apa kan daya kesihatan anak lebih diutamakan.
Kenapa Perlunya Pembedahan Caesarean ?
1) Ibu mempunyai berat badan yang berlebihan
2) Pernah menjalani pembedahan perut
3) Bayi telah berak atau breech semasa dalam kandungan
4) Bayi songsang
5) Bayi mempunyai berat badan yang berlebihan sehingga keperluan ibu untuk melahirkan secara normal
6) Tiada proses perkembangan bayi yang baik iaitu tiada bukaan yang sepatutnya
7) Telah di induce tetapi masih tiada perkembangan
Risiko-risiko Pembedahan Caesarean
1) Kesakitan
Anda akan merasa sakit selepas pembedahan apabila ubat bius semakin berkurang.Keadaan ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian perut.
2) Jangkitan
Terdapat 3 jenis jangkitan yang perlu dititikberatkan iaitu :
- Jangkitan pada bahagian luka. Tanda- tanda jangkitan adalah seperti kemerahan, berair atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut
- Jangkitan pada rahim yang dipanggil endometritis. Masalah ini berlaku apabila air ketuban telah pecah dalam jangka masa lama sebelum anda mula rasa sakit. Ia juga boleh berlaku sekiranya terlalu kerap pemeriksaan faraj dilakukan sebelum pembedahan. Tanda jangkitan adalah mengalami pendarahan yang teruk dan demam
- Jangkitan salur kencing. Jangkitan boleh terjadi melalui tiub nipis yang dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing semasa pembedahan dilakukan.
3) Darah Beku
Setiap pembedahan berisiko untuk mengalami darah beku. Jika pembekuan berada dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda jangkitan adalah seperti batuk, sesak nafas dan kesakitan pada bahagian betis
4) Lekatan
Lekatan ialah kelompok tisu yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat dengan sendiri atau pada bahagian dinding perut. Dianggarkan separuh daripada wanita yang menjalani pembedahan mengalami masalah ini
5) Pembiusan
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa mmbius tetapi hanya diberikan suntikan epidural yang mengebaskan perut anda. Epidural adalah lebih selamat berbanding pembiusan
Jadi bagaimana untuk memastikan luka pembedahan sembuh dengan cepat?
1) Banyakkan bergerak selepas pembedahan
Ada sesetengah ibu bersalin agak takut untuk bergerak selepas menjalani pembedahan bersalin. Katanya takut luka pembedahan terkoyak kembali. Tetapi sebenarnya dengan melakukan pergerakan akan mengurangkan risiko darah beku. Jika rasa tidak selesa untuk membuat pergerakan, mohon bantuan daripada ahli keluarga untuk membantu.
2) Makan makanan berzat dan seimbang
Sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan protein dan mineral kerana selepas pembedahan badan kita kehilangan sumber-sumber ini.Amalkan sayur sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
3) Minum air secukupnya
Kita disarankan meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengelakkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Bagi ibu yang menyusukan bayi anda sangat penting pengambilan air yang mencukupi bagi mencukupi pengeluaran susu
4) Makan pil penahan sakit
Jika perlu anda dinasihatkan untuk mengambil pil penahan sakit jika berasa tidak selesa dan agak sukar untuk bergerak. Penggunaan pil penahan sakit hendaklah mendapat nasihat daripada doktor.
5) Menyusu badan secara ekslusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali kita menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
7) Pastikan luka sentiasa kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau boleh gunakan pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru atau menyapu ubat tanpa sarana daripada doktor keran dikhuatiri berlakunya jangkitan kuman.
8) Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa sakit. Elakkan daripada mengangkat benda yang berat semasa tempoh berpantang.
9) Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga yang lain adalah sangat penting semasa tempoh berpantang kerana emosi anda ketika ini adalah tidak stabil. Jadi mintalah bantuan daripada mereka jika ingin lakukan sesuatu
10) Mengambil suplement besi dan multivitamin
Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin adalah sangat digalakkan selepas pembedahan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam badan kita dan proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat kerana semasa pembedahan anda telah kehilangan darah yang banyak sekitar 2-3 lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah yang banyak ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan luka pembedahan jadi lebih lambat untuk sembuh.
Anda tahu tak kandungan resveratrol yang tinggi dengan bahan antioksidan dapat membantu pembaharuan sel dengan sempurna. Luka pembedahan akibat bersalin akan lebih cepat sembuh jika sel-sel kulit diperbaharui dengan segera.
Semasa pembedahan, 7 lapisan tisu tubuh badan kita dipotong lalu menyebabkan kematian sel secara paksa. Jadi amatla perlu bantuan bagi luka pembedahan cepat sembuh untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa bersalin.
Nak dengar pengalaman ibu bersalin secara pembedahan ?
Dengan pengambilan Vivix, anda tidak perlu risau lagi mengenai luka pembedahan lambat sembuh. Bukan sahaja Vivix menjadikan luka pembedahan bersalin anak lebih cepat sembuh, malah memberikan tenaga untuk anda menguruskan diri semasa dalam tempoh berpantang.
Ini kerana Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi bagus menyembuhkan luka pembedahan bersalin. Kandungan mitokondria yang terdapat dalam Vivix memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu semasa dalam pantang.
Lagi testimoni Vivix menyembuhkan luka pembedahan bersalin dengan cepat
" Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.
Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang"
Anda ibu bersalin secara pembedahan dan ingin kan luka pembedahan czer sembuh dengan cepat? Boleh hubungi Balkis di sini untuk mendapatkan Viviv :
Talian / Whatsapp / Telegram : 0192463390
Fb : Siti Balkis
Fb Page : Anggun Blossom Beauty Care
COD SEKITAR : BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG
No comments:
Post a Comment